Pages

Total Pageviews

May 31, 2011

sembuh

demam. 

ye aku demam. 

ada siapa-siapa nak doakan aku supaya cepat sembuh?






May 26, 2011

Manje kah?





gambar hiasan






Tadi.




aku lepak sorang2 kat opis. dekat department aku ni ade 3 org. yg sorang pegi kursus. yg sorang lagi, join sesi gosip di belah petang kot kat pantry. aku plak layan blog. lagi bagus dari mengumpat bukan. 


tp kadang2 aku mengumpat jugak. haha.


Tiba-Tiba datang Ofismate aku, Gopi nama nya. Umur nya 26 taon, baru mempunyai awek 2 minggu setelah bertahun2 kesorangan. Agak segak. Pemain bola sepak. Boleh tahan putih orangnya. dia tegur aku sambil menarik kerusi beroda dan duduk mengadap aku. ala, mcm bertentang mata juga . 


Gopi : Ezan, susah jugak ek ade awek ni.
Ezan : Apsal? tu hari kao yg nak sangat awek. dah dapat, kau mengeluh
Gopi  : Takde la, aku tak faham la cara dia. kurang matang sikit
Ezan : contohnya?
Gopi : Aku mesej die, buat lawak. ingt die gelak tp die marah.
Ezan : kao mesej apa? 
Gopi : ade la mane leh cakap ( Dlm hati aku, mesej blue le tu ) HAHA
Ezan : ala, ko buat la lawak yg memberansangkan sikit.
Gopi : lagi satu aku tak faham la bahasa die tulis kat msg,
Ezan : Contohnya?
Gopi : titew (kite), caye (saye) , cuke, (suke), tito (tido)
Ezan : bape umur awek kao?
Gopi : 18
Ezan : oh patotla. 






Moral : kepada adek2 yg suke bermain msg manje2 cmtu, pastikan bf kamu bukan dilahirkan tahun 80-an dan seangkatan dengan nya.


 terima kasih

May 22, 2011

E la pulak


Salam pagi isnin.


kebanyakan org tak suka hari isnin. sama macm aku. hr isnin banyak file bertimbun ats meja. biasanya pagi isnin aku akan settlekan kerja sebaik mungkin. tapi hari ni aku nak buat kelainan sikit. mulakan pagi isnin dengan mengingatkan kisah muda2 dulu. 

baru la rare ye dok? 

tengah aku conteng2 a4 ats meja tadi. aku teringat kisah remaja dulu. aku taktau la sama ada korang mengalami ke tidak. yg pasti remaja 80-an mcm aku pasti mengalaminya. baik mengaku. HAHA


dulu masa zaman kanak2 dekat sekolah pasti ada kisah ejek mengejek, kau suka ni, si ramlah suka sameon dan lain2 lagi. dan biasanya stastitik akan dibuat untuk menandakan Gred mana perhubungan sepasang kekasih monyet itu. Cara nya adalah. dengan menggabungkan nama kau dengan kekasih monyet kau dan kira huruf . dan tambahkan bilangan huruf dr hujung ke hujung. aku tak tau nak explain cmne cara kira ni. kalo korang nak tau jugak YM la aku. HAHA


 contoh pertama . nama aku dengan 1st love tak jadi aku. 




 oh Gred A, HAHA. kalo A maknanya ade la kot bunga2 cinta nya? tp sayang, dia dah berpunya. aku saja yg masih single.






okey kita cuba padankan gabungan nama aku dengan Pemain Bola sepak Real Madrid.. / Portugal







Alamak. A lagi. haha. 




apa kata cuba pulak dengan nama Seorang blogger yg di ambil secara rawak. iaitu Raksasa Jahat. yg lain jangan iri hati, satu2, KAHKAH. harap2 makwe blogger ni tak serang aku. 


alamak E plak dah. takpe kalo gune nama sebenar mungkin A kot? haha

Buat raksasa jahat, kita tidak dijodohkan bersama,  *sobs -_-


May 19, 2011

PEREMPUAN HEBAD



Macam biasa. pagi2 sebelum aku pergi kerja, berdandan depan cermin perkara rutin. cermin rumah aku panjang. boleh nampak satu badan. ini lah punca kenapa punch card aku selalu merah. 


Macam biasa. pagi2 sebelum aku pergi kerja.aku sapu ubat ketiak. aku tepek bedak kompak. aku pakai celak sikit. aku calit gincu kat bibir. dah. aku pandang cermin panjang tadi. kadang-kadang aku ini cute juga ya. 


Macam biasa. pagi2 sebelum aku pergi kerja. aku cari kemeja. kadang2 baju kurung. aku cari tudung match dengan baju aku pakai. hr ni hari jumaat. dan aku tak tau kenapa aku suka pakai kemeja pada hari jumaat. hari lain aku pakai baju kurung. *songsang* 


Macam biasa. tiap2 pagi sebelum aku pergi kerja. mak aku dengar Ar-Rayyan di astro oasis. dan tiap2 pagi jugak aku dengar sekali. dan sebelum aku pergi kerja, aku akan tanya mak aku macam mana penampilan aku.  


tapi pagi tadi aku tanya, mak aku diam . tiada jawapan. aku tanya lagi. mak aku senyap. aku tanya lagi, mak aku pandang dengan sinis, sambil mulut kumat kamit tapi tak keluar suara. hairan aku jadinya. selang bape minit , siri ar-rayyan iklan. baru mak aku cakap. dengan nada marah. 


oh . aku terlupa mak aku pesan suruh diam tadi, sebab sejak dua menjak ni dia suka record suara dr tv guna hp sony ayah aku. nak rakam hadis2 , katanya. bila mak aku playback, haha, suara aku kedengaran , patot lah mak diam masa aku tanya tadi.. 




Perempuan hebad itu mak aku. aku bangga mak aku dah pandai gune recorder dalam hp setelah diajar oleh adik lelaki aku .

 

Hebad kan?



oh ini adek lelaki aku. dah besar dah dia




sape pakai sunsilk klik sini






Shocked

Aku baru Follow blog ni 2 , 3 hari lepas, 


dan Arwah sempat Jejak Aku balik.
yang aku terkilan,
aku belom sempat comment kat entry arwah.
belom sempat aku beramah mesra dengan penulis,
bagi aku die penulis hebat,kelakar,
namun atas takdir tuhan
beliau dah kembali ke rahmatullah.

boleh rujuk blog ni

bende ni mengingatkan aku, kematian,
boleh terjadi pada sesiapa sahaja pada bila masa,
Sedekahkan Alfatihah pada Allahyarham.
Semoga ditempatkan di kalangan org beriman.

andai aku pergi dlu,hanya doa ku pinta dr mu.



Surah 1 Al-Fatihah ( 7 ayat ) الفاتحة


1 Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

2 Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

3 Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ

4 Yang menguasai di Hari Pembalasan مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

5 Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

6 Tunjukilah kami jalan yang lurus, اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ

7 (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ



May 15, 2011

Regret.




ini entry repost,


name Cikgu aku en. Hazli FirdAus.
dia dikenali dgn name panggilan Cikgu Jebat di sekolah aku.
walopon dy hanye guru praktikal hanye utk 6 bulan.
tp da wat aku syg gile kat diadia memang t.care gile gn dak kelas aku
yg aku  tak boleh lupe.

mase pekhemahan kat skola aku
dy jd guru urusetia.

mase tu hujan lebat.

pelajar2 diarahkan kemas brg2

utk bermlm di surau

sebab air da masok dlm khemah..

ujan lebat sgt2..

petir sambung menymbung..


tiba-tiba


akuteringat kamera olympus milik ayah aku tertinggl di dlm khemah.
oh. mase tu dlm pikiran aku mesti kamera tu da basah,
mati aku kali ini dengan ayah,
hm.



tetibe cikgu jebat tegor aku
awk kenape izan.

cikgu, kamera sy tertinggl dlm khemah..

la.. nape x bgtao..takpe sy g amek.





cikgu jebat teros berlari di dlm ujan.

menuju ke kwsn khemah yg agak terpinggir d belakang skola.

hutan dikeliling nye.

meredah ujan yg lebat.

dgn petir..

aku risau
akan keadaan kamera itu.

dan cikgu jebat..

selamtkah beliau?



dan mlm tu.. dia bg kamera aku
kamera aku selamat.,

terima kaseh cikgu. sambil tersenyum.

ok same2.kata cikgu






keesokannye..

dia bg announcemnt dgn mggunekan pembesar suare.

suruh kami berkumpul.

oh. suare dia serak.

tentu sebab semlm.

aku puncenye.

maafkan aku cikgu..






6bulan lepas tu..


dia bakal menamatkan latihan praktikalnye.

hari terakhir dia bakal menigglkan aku dan yg lain

dia mintak maaf jikalao ade tersalah kata.

aku
menangis.

sedih.


dan berharap cikgu jebat dpt kerja tetap sebgai guru di sekolah kami

oh rupe nye tidak.

dia ditempatkan di teknik muadzam.

hati aku sayu.


2 tahun selepas itu..



aku d stesen bas temerloh

ingin pulang ke kampung pada cuti semester..

tetibe..

aku ternmpak

seorg lelaki

yg rupenye seperti Cikgu jebat.


tp


nak tego,

takot slh org.

tak tego

dkatakan sombong.

dia pandang aku

aku pandang dia

 
bas ke raub akan bertolak sebentar lg. suare dr pembesar suare stesen.


oh. aku meneruskan langkah

niat aku utk menegornye terbatal.

d dlm bas.

aku kesal.

hti aku kuat mengatekan itu cikgu jebat.



tp kesal aku da tiada gune.

2bulan lepas tu.

kawan aku kol

suro bace surat khabar sinar.
aku baca


''seorg guru mati lemas.''



air mate aku menitis apb, guru yg dmaksudkan oleh wartawan akhbar itu ialah


En Hazli Firdaus.

Cikgu. maafkan saya

kalau lah ade kesempatan tu lagi.

saye nak tego cikgu.

nak bgtau,

yg saye sayang cikgu.



semoga roh Arwah bersemadi dgn aman dikalangn org2 beriman.

alfatihah.

air mata saya menitis lagi.... Selamat Hari Guru kepada Allahyarham Cikgu hazli Firdaus.


P/s:kepade pmbace blog . sedekahkan alfatihah Utk allahyarham Cikgu Hazli Firdaus. aminn..

May 13, 2011

UPLOAD PHOTO

aku rase dah lama dah aku tak upload photo .

 ce try upload sekali




alololo. cutenye. 
cute cam gampang. 
hahahaha

May 10, 2011

hobi aku, kenekan orang.

hobi aku, kenekan orang.
bila aku kenekan orang, bila org tu ketawa terbahak2 aku rasa aku hebat.
sebab mampu buat org ketawa.
dan biasanya tak akan ade yang tak tergelak.
bila diorg gelak, so sweet kao tau?

dekat ofis aku, kebanyakan staf permpuan berumur,
maksud aku bukan lah tua sangat,
cukup lah aku paling muda kat situ.
eh ade lg yg paling muda. tak gitu pah? HAHA


dan di sekeliling permpuan berumur ni,

ade seorg staf lelaki yg selalu perasan muda.
nama nye en. mail
baru2 ni aku perasan gigi depan dia dah hilang satu.
oh, misai die lebat juga.


dan kebiasaannya kat ofis ni, aku selalu jadi mangsa buli staf lelaki,
mase aku on9 semalam,
sebok dua 3 org staf ni mengelilingi aku semata2 nak tgok sape ex bf aku.
aku baru putus cinta.
putus cinta itu sakit rupanya.


tiba2 aku dpt msg dr en mail.








aku balas : hahahaha

dan die reply








dan. akibat sifat nakal aku utk kenekan org ni. aku baca kuat2 msg tu kat satu opis.



korang pon tau ape jadi kat en. mail tu?

habis kene kutuk gn staf pompuan yg lain.
dan mereka tertawa.
sweet kan?

May 7, 2011

kuih kasui , kuih sagu

aku bangon pagi2. 

aku konyoh2 mata aku.

liat betol nak bangon.



tapi aku kene bangon jugak. hari sabtu ahad turn aku jaga kedai bapak aku. bila bangon dr tido mesti aku teringat kisah cinta aku yg terputus di tengah jalan. haha. takpelah jodoh takde. 


dan tiba2 aku teringat hari ni hari ibu, aku bersyukur, aku hilang cinta tapi aku masih ade ibu bapa yang sangat aku sayang, tiada kurang. aku tak prepare ape pon kali ni sebb keadaan kewangan memang tak mengizinkan. 


so sampai je kedai bapak aku, aku tanya mak aku nak hadiah ape kali ni. aku bukan tak nak buat suprise, mak aku punye taste aku tak dapat nak agak. so aku lebih senang suruh mak pilih then aku bayar, jadi lebih memuaskan hati mak.,


tp bila aku tanya mak nak hadiah ape, mak cakap mak nak kuih sagu singgit, kuih kasui singgit. adoi. sebak sangat hati aku masa mak mintak hadiah tu, mungkin mak dapat rase aku tgh sengkek kot? hm. ni yg wat aku tacing ni. 


seganas2 aku, kalo sebut pasl mak ayah ni, mengalir je air mata aku kuar T__T .Takpelah mak. Nanti Ja ada rezeki lebih ja bawk mak tunaikan haji kat Makkah ye. INSYALLAH. (pqgilan aku kat rumah 'JA' )

Semua org syg mak. semua org cakap mak mereka lah yg terbaik. dan sama seperti aku. mak aku adalah wanita terhebat dlm dunia ni. Kehidupan mak aku dan ayah aku dulu, tak seindah sekarang. Hanya aku dan adik beradik aku saja yg tau, betapa mak dan ayah aku berusaha membina keluarga IDMA. dan berkat kesabraan dan Doa pada tuhan, keluarga aku berjaya membina kehidupan yang lebih senang seperti sekarang. 


YaAllah ya tuhan ku,

Jika sakit itu untuk mak dan ayah, 
berilah pada diriku, 
jika susah itu, untuk mereka, 
izinkanlah aku merasainya . 
tidak sesekali sakit dan susah itu untuk ibu bapa ku. 
tidak sesekali. 

Selamat Hari Ibu . tak lupa juga Ayah. ja sayang mak n pa. ;')













Day 7 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.

Day 7 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.. 


sesape yg nak jawab soalan cenggini silalh klik sini
  

haha. rase2 kalo pempuan cam aku ni, minat bele ape? kucing? oh tidak. arnab? hamster? oh tidak sama sekali. aku taktau la kenape jiwa aku ni tak mcm sesetengah perempuan lain. balik dr kelas or keje g main gn pet masing2. haha taleh bla je pet masing2. phew.tak tak. gua bukan cemtu. eh gua pulak. tah la. nape tah gua takde perasaan cmtu... pastu soalan ni mcm memrangkap aku je, macam saje nak bgtau yg aku tak minat bele binatang. tp terpaksa jugak jawab. 


Antara binatang yg aku rase nak bele adelah









cicak tokek. haha. bukan pe. mahal gile bai skarg. puluh ribu. boleh gak wat sopping ke blanje mkn kengkawan ke. haha. korang lak?