Visitors

May 16, 2012

Kisah cinta seorang mak ayam.

ah berdebarnya lah kali ni nak buat entry kisah cinta ni. 

cerita dia macam ni. dua hari lepas, aku sebagai kawan yang boleh dikatakan mengambil kira kesunyian kawan kawan, promot la seorang jejaka ni pada seorang kawan aku yang konon konon sunyi. saja tambah kenalan. orang kabor, kalau rezeki ni sama sama kita kene kongsi ye dak? nak makan sorang pon tak boleh jugak. tamak org kabo. kahkah, jadi aku dengan bersungguhnya mewaksap kawan aku kabor yang ada ''barang baik'' nak kasi ke dia. jadi sekarang ni aku kire dah jadi mak ayam la, bagi anak anak ayam aku barang baik. faham? tak faham? peduli apa aku. kahkah.

tak, cerita dia bukan yang tu sebenrnya, tak start lagi cerita cinta aku ni.

macam ni

2 hari selepas kejadian mak ayam...

Lepas carik parking dekat bandar Raub Perdana yang mewah ni, aku dengan member aku laju laju keluar dari kereta sebab nak pergi cimb bank. ceritanya membe aku ajak teman dia ada hal mende tah. masa masuk tu, aku terus duduk  berhadapan dengan meja customer servis yang dekat je dengan kerusi aku tu.

masa ni duduk dah tak berapa nak senang sebenarnya. mana taknya, depan aku ni ada sorang pegawai bank merangkap kawan bapak aku . muda-hensem-wangi-menggiurkan, ok dah. dia punye kemeja belang belang coklat dengan tie maroon tu buat aku tak berapa nak menahan jugak sebenarnya. 


tiba tiba


Peg Bank  : eh awak ni anak en idris kan?
Aku          : aa , a'ah
peg bank  : buat apa sini
aku          : teman kawan, ada hal ( nampak tak sombong nya? )
peg bank  : oh, awak ada masa sikit? bz tak?
aku          : eh tak jugak
peg bank   : duduk depan saya kejap, nak discuss sikit.


masa ni hati meronta ronta tak payah nak kabo macam mana sebenarnya, woi peg bank ajak duduk bertentang mata woi. kahkah. aku pon duduk dengan ayu-sopan-santun. bila duduk tu aku letak hp atas meja, dia pon cerita la pelan goverment bagi untuk saving. sebulan 100. then dapat pencen dan perlindungan insuran dan bla-bla-bla. aku masa ni angguk je, sebab aku target last nanti aku nak kabo ke dia, sorry sy dah ada saving kat bank lain. tapi. 

tiba tiba


waksap hp aku masuk. hp nokia c3 ni kalau waksap masuk dia punye besor terpampang tu macam signboard Tunas manja jelas dia. waksap dari kawan aku berbunyi macam ni

''gud morning MAK AYAM''

laju laju aku tarik hp letak celah peha. masa ni aku punye gabra tak boleh nak handle macam mana bila pegawai bank tu ternampak dan tertegur

''eh? awak mak ayam?''

''eh, tak, kawan  saya , gurau. kitorg memang macam ni.''

''oh ok.''


masa ni aku rasa macam nak amek selipar yang aku pakai tu baling strek kat kawan aku yang hantar waksap tu. bila dah gabra tu, aku kaver balik.

''eh mana kita tadi? kalau saya amik ni , maknanya sy boleh keluarkan bila bila ke saving saya kalau dh taknak sambung?''

''yes. boleh cik.'' sambil sambung bla-bla-bla

masa ni dia punye malu, kalau bogel pon tak rasa berangin dah. aku perati peg bank tu dia macam nak gelak taknak gelak, nak heran taknak heran bila lepas dia baca waksap mak ayam tu. 

kesimpulan dari cerita ni adalah

1) aku dah setuju terima amek plan saving sebulan 100 sehingga umur 55 tahun sebab nak cover malu. 
2) Kisah cinta aku dengan peg bank tergantung begitu sahaja
3) gaji aku akan berkurang seratus setiap bulan lepas ni.
4) hah sekarang ni aku dah pegang title mak ayam paling power kat kawasan raub. mana mana yang nak barang baik sila dm kat twitter or waksap. harga boleh runding. 

bila aku cerita dekat kawan aku yang hanta waksap tu, dia bantai gelak bagai tiada hari esok.

lu  tengok dia bantai gelak je.


end.

   

May 10, 2012

menusuk, menebuk, dan mencucuk dengan hujung jari

Tadi, aku bukak fesbuk, lepas bukak saje je la kan cek bende bende yang dekat bahagian tepi kanan. Macam ada event ke apa. Lepas tu, aku ternampak ada dalam 9 orang poke aku. selama ni memang aku tak berapa nak ambil berat sangat jadah poke poke ni. Hari ni aku nak try mende best nye poke ni, aku bukak kamus  DwiBahasaOxfordfajar muka surat 307 maksud POKE disini ialah ''menusuk, menebuk, dan mencucuk dengan hujung jari. Ceritanya sekarang, macam mana aku boleh tak rasa apa apa bila 9 0rang  menusuk-menebuk-dan-mencucuk dengan hujung jari terhadap aku? Tapi dia punye tak putus asa tu tetap tak berakhir sebab ada pulak link suruh "POKE BACK" mereka yang poke aku tadi. jadi dengan selambanya aku telah menebuk 9 orang balik. kite tengok esok ada tak mana mana Orang mengadu ditebuk. Hah, siapa suruh berani menebuk aku dulu

May 2, 2012

hehehhehe

Apr 29, 2012

panas

Sejak dua tiga hari ni, panas kat mesia ni lain macam pergi dia, berpeluh mengalir ngalir, tak kesian lansung dekat org bujang mcm aku ni, kalau peluh siapa nak lap kan? ce kabo? ce kabo?

Apr 8, 2012

kemaluan yang tak berapa nak matang

Sebenrnya awk, saya tahan lama jugak nak cerita ni, tapi bila sy fikir fikir balik, apalah erti kegembiraan jika tidak dikongsi bersama, maka disini saya cerita lah juga ye? kihkih.


beginilah nak memulakan cerita, masa saya mula mula sampai perhentian bas raub tu, memang sy lansung tak perasan kehadiran awak sebab perut saya memulas, jadi disebabkan sy mementingkan perut saya daripada awak, maka saya masuk jugalah tandas awam berhampiran yg kene bayr 40 sen tu,. tp takpe sy gagahkan jugak, karang tercirit dalam perjalanan ke kolompo tu susah jugak sy nak handel.

lepas sy keluar dr toilet , sy nampak awk dr jauh pakai baju hijau lengan panjang, rmbut pacak2, peh masa ni sy bukan nak cakap apa, tp sy nak cakap jugak, kirenye sy telah menjatuhkan perasaan suka pandang pertama tau tengok kehenseman terhadap awk, hikhik. jadinya sy terus pandang tempat lain sebab taknak kasi feel jatuh hati tu terus merebak dan mmbuatkan awk perasan.

Kita sama sama tggu bas yang belum tiba, kelihatannya awk juga sperti memandang sy, tp sy buat sombong la masa tu. kihkih.

bas pon tiba, sy meluru nak naik bas sebab konon takut org amek seat saya kan. tp dalam hati tu berharap juga sbnrnya seat sebelah awk, kahkahkah . saya naik bas Raub ke KL , yela sy nak ke KL takkan naik bas ke kuantan pulak kan? dan sy nmpak awk pon membontoti saya, amboi membontoti perginya. kahkah

bila dah naik bas tu, saya pon dengan selesanya cr seat saya, tapi malangnya sebelah seat saya dh ada nyonya cina tau. sy agak kecewa jugak. tp sy tabah lagi. bila awk cri tempat duduk, entah mcm mana tmpat duduk awk dh ada org duduk, konon awk nak tnjuk  matang depan sy maka awk pon cr tempat duduk  yg kosong dan awk pon duduk. 

tiba2, ada sorg penumpang ni, tak de tempat duduk, semua seat dh penuh, 

jadi masa ni boleh tahan huru hara jugak keadaan dlm bas masa tu di mana tetibe je drebar bas tu cek, no seat awk gn no seat abam tu sama, ah gile betei perkhidmatan trans ni salah cetak tiket. masa ni awak dgn gagah nye prtahankan tempat duduk awk siap taknak bangun, drebar bas dh mula cuak dan pening lalu drebar bas turun semula untuk cek dgn caunter tiket

sabar awk. perjuangan awk mmpertahankan tempat duduk awk masih belum selesai

Bila drebar bas naik, dia tersengih sengih, sambil bertanya kepada awak,

''awak nak pergi mana sayang? 
''kuantan''
''ni bas KL syg, kuantan belah sana''
''oh ye ke. oh sorry2.
(sambil bangun dan berjalan tanpa memalingkan muka ke belakang)

masa ni kan awk sy rasa macam nak terajang awk tau,. sebab awk dh mnjatuhkan airmuka saya tau. eh tak, mejatuhkan air muka awk sndiri sbenarnya, kahkah. sy ni tahan gelak smpai hr ni bru sy cerita dkt entry ni. kahkahkah. Jika cinta kite bermula dengan cara begini, saya rela,. kahkahkah

saya upload pic tempat kejadian, nak kasi dramatik sikit

Ps/ tak guna hensem kalau kuantan gn KL tak boleh beza ejaan nya. kahkahkahkah