Pages

Total Pageviews

Jun 30, 2015

kisah pokok ceri

Masa aku kecik kecik dulu, aku bukan lah dikategorikan sebagai seorang kanak kanak versi perempuan perempuan walaupun aku perempuan. aku lebih cenderung ke arah dak dak laki. anak patung? memang tak pernah ada. sebab aku anak kedua dan aku ada kakak. jadi aku dengan kakak aku sangat independent dari kecik lagi, kitorang lah abang dan kakak kepada adik2 yang lain. 

Mak aku pulak kerja2 yang dia tak boleh buat macam panjat panjat tempat tinggi atau masuk bawah rumah yang sempit tu (kalau ada pape jatuh dr celahan lantai rumah) semua la aku dengan kakak aku yang akan amik alih. ayah aku selalu takdek kat rumah sebab kerja sara hidup keluarga. so keadaan ini lah yang membuatkan aku lagi independent. 

itu kalau kat rumah, kalau scene main waktu petang pulak, main baling tin guna selipar kalau kene kepala tu boleh berpinor biji mata, main panjat pokok, pi mandi sungai sampai ada taik orang timbul aku ingat kayu, (cilakak) and racing basikal ramai2 kat jalan ke rumah tok Anjang tempat kami mengaji. 

scene panjat pokok ni ikut musim. kalau pokok berbuah, biasanya rambutan la paling best panjat sebab boleh makan terus. selain dari tu, panjat pokok ceri yang tak payah tunggu musim sangat. biasa memang ada je buah dia. pokok ceri ni banyak yang rendah je sebenarnya. tapi dekat sebelah rumah aku memang tinggi. korang kenal tak pokok ceri ni? Ni ceri kampung. bukan ceri dok bubuh atas kek tu. buah ceri ni kalau dah masak memang lembut dan rapuh. kalau picit sikit boleh terburai isi dia. manis. masa kecik2 memang suka makan. tak basuh petik makan terus haha. selain dari makan boleh guna untuk pedajal member. letak atas kerusi lepas tu bila member yang dipedajal duduk habis lah seluor dia . haha

ni gambar ceri yang dah dipetik.



zaman zaman ni siapa panjat pokok ni paling laju dan tinggi ofcos dia power. macam biasa aku memang kalau dalam segala hal memang taknak kalah. satu hari aku konon nak tunjuk yang aku boleh panjat pokok tu dekat member2 aku especially lelaki, dengan pakai baju power rangers seluar pendek paras lutut, selamber je aku panjat tak pikir dah orang lain

terror kot masa ni. sampai jek atas tetiber rasa bangga macam nak cakap kat satu dunia wahai semua lihatlah kepantasan aku panjat pokok tanpa berpaut pon. tapi2 ada pulak suara2 sumbang kat bawah pokok dok gelak gelak kan aku sambil bisik2. dah kenapa?

cilakak

rupanya2 seluar aku koyak. betul2 kat tengah. takyah la aku eksplen kat mana karang terbayang bulan puasa ni dah susah aku nak handle. nasib baik aku pakai sepender. terus laju2 aku turun balik sambil jelir lidah kat dak dak lain. apa lagi dah malu haruslah lari naik rumah. 

lepas case tu, scene panjat pokok aku dah slow sikit. aku tukar main jual2 nasik lemak guna daun dan tanah liat kat tepi padang takraw sambil tenung pokok semalu. 

kah kah kah





Jun 24, 2015

27

weh!!! tetiber je kan hari ni genap umur aku 27. tetiberrrr je kan? rasa macam baru semalam umur 21. masa berlalu begitu lajuuu. amal ibadat sama laju tak ezan? hurmm. 

di hari jadik diri sendiri ni. aku nak wish pada diri sendiri lah, 

1. ubah le perangei suka tangguh tangguh solat suka emosi tak bertempat tuu. malu orang menengoknyeee.

2. move on dari comfort zone! please lah cabar diri sendiri dengan benda yang lagi adventure. ni tengok cerekarama sikit nangis. sikit nangis. 

3. dah 27 tahun ni elok elok la pi kuruskan sikit mana yang patut. dah nak masuk level mak mak ni penyakit senang dah nak datang kalau makan tak jaga. 

4. pentingkan orang lain jangan pentingkan diri sendiri dah. hargai laa orang yang susah payah untuk awok. 

5. be good do good. inshallah balasan nya baik2 juga. 


okey selamat ulang tahun kelahiran ezan. thanks mom sebab lahirkan kita yang 4kg ni. ilebiu


Jun 9, 2015

Memori Sekolah (3) - Pengawas garang

Masa sekolah menengah dulu. aku pengawas. baju biru kasut hitam. masa ni acah acah kakak kawasan. nak nak kalau part jaga pagar sekolah waktu pagi. tulis nama budak budak datang lambat. masa tu baru tingkatan dua. deodorant pon stok pakai mak punye. tapi bila jadi pengawas acah acah gipang (gila pangkat) . buku nota penuh nama orang buat salah. kadang kadang nampak dak dak tingkatan satu tak pakai tie pon laju laju tulis nama. peh


Seronok betul kalau dapat nama budak2 tak ikot disiplin. rasa berkuasa. time cikgu mesyuarat pulak , semua pengawas diagih agihkan untuk jaga kelas supaya diorang tak bising/lari sana sini/. masa ni rasa lagi power. jaga kelas kot. memang tak berani dorang bising punya kalau aku jaga . kahkah



Suatu hari masa perhimpunan, aku dengan gipang nya suruh budak budak kelas yang aku jaga beratur elok elok. kasik lurus lurus. bahu sama dengan bahu orang depan. jangan senget. masa ni cikgu cina apa tah nama dia tengah bagi ucapan kat depan. cikgu ni cikgu disiplin. garang jugak. masa ni aku malas nak dengar sangat ucapan cikgu tu. konon2 berkuasa la jadik pengawas. siap borak dengan orang sebelah. 


sekali

"ha kamu yang pengawas perempuan tu. kalau nak bercakap sangat naik atas pentas ni saya bagi bercakap."

gulp.

masa ni taktau nak letak muka kat mana sebab semua orang pon pandang aku. muka dah naik cemas. sekali cikgu ni pulak tetibe garang dengan pengawas sendiri

tetiber

"naik atas ni saya cakap"

masa ni aku punya muka tebal nukhurum. apa lagi terus naik atas stage. masa ni ada senior ting. 2 minat kat aku. (eceh) . dia pon pengawas. dia usha jek masa aku dok atas stage sorang2. malu wei malu

last2 habis perhimpunan aku kene ikut masuk bilik cikgu tu. habis sebaldi kene leter . 

sejak insiden tu aku jadik pengawas biasa biasa jek . dah tak gipang sangat. 

k tu je nak cerita

kahkah.


atas stage ni la aku naik. hehehehe. rindu gilaaaaaa 

Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda, Parit Jawa Muar Johor 2001-2002 :)

Jun 8, 2015

burger sedap di 7eleven thailand - kohlipe thailand

Last Chinese new year aku dengan The Monicas pergi bercuti sambil mengorat di Koh Lipe Thailand. Aku tak sempat lagi weh nak cerita perjalanan and experience kat sana. nampak tak sekarang dah masuk June tapi cerita bulan dua baru nak up? dia punya bz bini pm pon kalah gituh. 


ok the monicas ni kawan kawan puaka yang memang takkan insaf. kitorang kenal kat twitter. ye kat twitter. tapi aku rasa dah 3,4 tahun kawan dan kamcing sampai sekarang. siapa kata kawan kenal kat media sosial takkan kekal lama? The monicas buktinya. dalam group whatsapp, selain cerita hal yang tak penting, kami jugak cerita pasal hal rumahtangga, malam pertama dan crush memasing. hahaha. aku tak la. dah kahwin ni, crush aku suami aku jek.eh?



eh terpanjang pulak cerita pasal The Monicas. ok back to the main point. 



Masa jalan jalan balik hotel dari tengok sunrise sambil usha mat saleh selamberr pakai 2 piece , kitorang tetibe lapar. bila dah lapar, kedai masa ni banyak lagi la yang tak bukak. baru pukul 7 masa tu. Jadi kami pon singgah 7e nak mencari sesuap brekfez. 



YE KAT SINI MEMANG BANYAK ANJING WEH T_T




perut tengah lapar, masuk je terus usha bende yang senang dan mengenyangkan dan tak mahal la ofcos. tapi kna hati hati sikit . banyak makanan tak halal. karang makan, hati jadik gelap hakhak. thennnnn tetibe ternampak burger siap packing sebijik rasa mcm mekdi wehh






yang ni black paper. sedap nukhurum wohoiii. aku taktau sama ada aku tengah lapar atau burger ni memang sedap.T_T . yang penting carik dulu halal. 



masa nak bayar tetibe je cashier tu amik burger aku tah bawak gi mana? aku ni dah la tengah lapar. nak main sorok sorok pulak. eh tapi bukan dia sorok. dia nak reheat dalam microwave jek. beriya jek aku ingat nak sorok haks. bagus pulak 7e ni rajin betul nak panaskan bagai. kalau dekat 7e mesia smua self service . tu pon kalau diaorang provide la service ni





Ok dah panaskan boleh lah makan. lapar gila dah ni












menggodaanyaaaa. aku tengah taip pon boleh terliurr . rasa dia ada macam gabungan prosperity dengan gcb. aku rasa dalam 5-8 ringgit duit malaysia. aku dah lupa sebab dah lama la kata kan. 


ok muka tengah makan harus buruk lantak sebab gelojoh ya amat. so haruslah di edit. makan sambil jalan pulak tu pffft




kawan aku cakap dia pernah nampak burger brand ni dekat giant mesia. nak try carilah!
ok bye ada masa nnt aku update full story pasal Koh Lipe!