Pages

Total Pageviews

Jul 31, 2011

sayang, nikmatnya,

sayang, sayang tau tak.
bila sayang datang,
saya rasa indah sangat,
bila sayang singgah,
saya rasa nikmat sangat.


bila sayang datang,
saya rasa selamat dari gangguan,
bila sayang datang,
saya rasa lebih dekat kepada tuhan.


tapi kan sayang
betapa dosanya saya , 
kalau mensia-siakan kedatangan sayang,
mengambil sikap sambil lewa menyambut kedatangan sayang.
dan hanya biarkan sayang berlalu tanpa mengambil keberkatan daripada sayang.


dan.
semoga tahun ini, saya akan menggunakan sebaik-baik peluang kedatangan sayang. sayang tunggu saya sayang, saya nak rasa nikmat itu lagi.






Sayang : Ramadhan.












Salam Ramadhan buat semua Pembaca. 


*saya cuba untuk puasa penuh . tapi kalau tak penuh, redha je lah kan kan kan. sebab saya perempuan. Percayalah.

Jul 30, 2011

ini memang tidak masuk akal


malam itu. aku ke kedai mamak untuk menonton bola. peminat bola sepak bermusim katakan :) 

hanya berkemeja dan berseluar jean bersama farra dan rakan lain. ketika itu, kedai dipenuhi peminat bola. peminat bola ini bukan lah semuanya setia, ada yang datang cuma nak makan. ada yang datang kerana setia pada malaysia, ada yang datang kerana boyfriend diorang minat bola. alolololo, ape yang awak minat sy minat juga. tp awk janji awk kene teman saya shopping. so sueeetttt. -_-

aku berjalan dengan bersopan santun, disebabkan kebanyakan jejaka di kedai itu lebih menumpukan aku, dr bola. kahkahkah. 

tempat duduk kelihatan penuh. hampa sedikit. ambil tempat dihujung bahagian luar, tiba2 pelayan menawarkan tempat di dalam yang lebih selesa. oh baik hati pelayan. sambil duduk, sambil mata tertumpu ke arah screen tv. 

Pelayan : minum apa?
Farra :   Cincau
pelayan : minum? (sambil mengacukan pen nya terhadap aku)

mata aku tidak lari lagi dari screen (peminat bermusim katakan)

pelayan : minum? (persoalan lagi sekali diajukan)
aku : zaquan adha satu. eh, sorry. tea o ais hihihi

pelayan berlalu dengan ketawa. tak lupa juga farra, yang join ketawa. 

Note : ini memang tidak masuk akal, zaquan adha bukan sejenis minuman.




Jul 27, 2011

jangan salahkan wanita kerana dibenarkan makan di bulan puasa

aku pernah menolak cinta. kerana bagi aku hati tak boleh dipaksa. perasaan tak boleh di tipu, apatah lagi di bawa bermain petang2. itu mustahil. kerana perasaan itu bukan bola. yang boleh disepak, yang boleh di baling. 

tidak. perasaan itu bukan macam tu

kalau nak samakan perasaan dengan bege ayam pon tidak logik juga, kerana bege ayam itu sedap di makan. nak2 kalau tengah bulan puasa . tiba2 bendera jepun datang singgah. jangan salahkan wanita kerana dibenarkan makan di bulan puasa, kerana tanpa bendera jepun itu, wanita di gelar tidak subur. jejaka tidak berpeluang jadi bapa. dan bege ayam tadi. makan pulak depan jejaka. sambil buka mulut luas dan buat muka ghairah. sambil goyang2 badan. 

makan bege ayam sambil goyang badan dapat mengurangkan kadar kolestrol. tahu? 

haha. 

cinta tidak boleh dipaksa. kerana aku pernah menolak cinta seorang rakan. aku dijadikan bahan ejekan. bahan tawa. tidak apa, aku tidak mengambil kira. kerana aku anggap itu gurauan semata. pernah aku bagi harapan. tapi aku biarkan dia menunggu dengan penuh harapan. dan, harapan itu aku pandang sepi. sehingga dia membenci. aku tahu ini salah aku. kerana aku sudah beritahu. cinta dan perasaan bukan utk dipaksa.

dan sekarang, hati aku mula suka. mula tertarik ats budi baik dia. tapi jawapan yang aku dapat.

'maaf, saya bukan mcm dlu, sy dah takde hati dekat awak. awak cari orang lain'





Faham tak perasaan cinta ditolak itu bagaimana? macam makan bege ayam sambil goyang2

ini sangat memeritkan. maaf atas apa yg dilakukan dahulu.

bibir siapa paling sexy



hari ni aku nak korang pilih, bibir mana paling sexy







atau dari jarak dekat


aku harap. lu orang pilih calon yang betul.

Jul 26, 2011

sunyi

Malam ini sunyi.
sunyi malam ini
ini malam sunyi
sunyi ini malam

Iya

ini yang aku rasakan semasa menaip entry ini.
entah kenapa. 
tak cukup terbaloi rasanya rasa sunyi ini.

Gcb
Chicken spicy mcdeluxe
Double cheese burger

itu santapan aku minggu ini
orang kata makan itu penenang diri.

Ya, Tuhan. Alhamdulillah, engkau berikan rezeki. 

apa kata berikan satu lagi rezeki.

Kekasih Hati.


Amin :) ( senyum gatal)

Jul 22, 2011

password kad bank

Kawan bukan macam petai
kau makan sedap,
kau berak bau cam haram


Kawan bukan macam Kuaci
isi kau makan,
Kulit kau buang


Kawan bukan macam kelapa
kau perah perah, kau ramas ramas
hampas kau buang


Kawan bukan macam kad topup prepaid
kau gores, kau kikis
kau buang, 
ke simpan?


kawan tu macam password kad bank
buruk mana kad kau tetap ingat password
takde duet pon kau tetap ingt password.
kalau rosak kau ganti yg baru dan kau tetap guna password yang sama


faham?


tapi, kalau lu org bagi kawan pasword, pastu kawan lu org songlap duet, yg tu celaka namanya










Terima kasih atas kalian kerana mendoakan kejayaan aku, kalau aku dapat kerja tu, aku belanja kau orang gula-gula hacks.


HACKS - Hanya Aku Cinta Kau Seorang - Sweet kan? kehkehkehkeh


Note : aku blom habis ganti pose. Sape geng? sep sket!

Jul 20, 2011

Kawan blogger sekalian

Orang kata, apa yang kita ucap tu satu doa kan?
Jadi Boleh tak kamu semua ucapkan goodluck untuk Harizan Bte Idris?
Ucapkan utk apa itu nanti saya maklumkan.
Simple update but sangat mengharapkan doa kalian.
Love u all , Blogger,


With Love,
Ezanidma @ Harizan bte Idris

Jul 19, 2011

indah sungguh gadis itu bila berhijab.

Semalam.

Gadis itu meminta tolong aku gayakan.
bila ia terletak di atas rambut gadis itu.
aku rasa macam sesuatu,
indah sungguh gadis itu bila berhijab.
semoga suatu hari nanti kamu kekal berhijab ya gadis ku?
Dan semoga kita sama-sama mengubah kelakuan kita sebagai gadis islam. 
aku juga masih jahil
Amin










Jul 18, 2011

adik lelaki

Kau orang. Kalau dah keje. dan ada pulak adik lelaki.jangan terkejot la nanti, kalau diorang,

mintak duet beli kasut but







dan mintak duet beli tiket nak tengok Liverpool




dan bergembira setelah mengepow duet gaji kakaknya, 


Terima kasih kerana men'ceria'kan hari kakak kamu ya adik2. semoga kamu menjadi pemain bola dan penonton bola harapan negara.

Sekian

Jul 15, 2011

aku seorang penipu

maklumat lanjut klik disini











p/s


kan da kate aku sorg penipu. 

Lol :D
jgn mare haaa... 
muahmuah. addoohh!!






* Gua kat kuantan sekarang, tengok game softball :) nt gua blogwalking.Goodnight Bloggers. u make MYDAY :)


Jul 14, 2011

telur

Makanan ini sedap apabila dimakan bersama nasi panas,
lagi sedap jika ada ulam ulaman
bertambah sedap jika ada budu 
lagi sedap jika makan dengan kicap kipas yg dh mahal gile skrg
dan lagi sedap kalau makan beramai2


Resepinya disini










































perempuan yang belum kawen, selalu berbual pasal ini. percaya lah.




Perempuan. ya aku perempuan. bagi aku , walaupun aku belum lagi berumahtangga, kalau aku pegang baby, naluri ibu itu ada dalam diri. faham tak keinginan naluri yang ingin dilontarkan dalam baris ayat tadi? tak faham? ok fine.

Biasanya, kaum perempuan belum kahwin macam aku ni. kalau duduk berborak, mesti cite pasal kahwin. contoh dialog nya, 


eeee takot la malam pertama, 
eee geli la, 
pas kahwin nanti, aku nak suami aku masak untuk aku, baru la sweeet ye dak? 

Jangan risau.


aku taknak terjerumus ke arah 'eee geli la' dlm entry ini. sebb sis rina dah banyak kali sound ckp aku nakal. malu lah aku sebagai seorang gadis dibawah umur ini. kehkehkehkeh

Dan antara perbualan kaum perempuan belum kahwin macam aku ni adalah , eh pas kahwin nanti kau nak anak kau panggil kau apa? 
( td cakap geli , skrg cite psl anak. dah cmne? geli tapi nak ank? dah cmne? )

Kalau aku,

aku nak anak aku panggil aku IBU.

kerana, aku rasa tersentuh apabila seorang anak memanggil Emaknya dengan panggilan ibu.

ibu nak memmem
meh syg ibu buatkan
ibu nak aci (nasi)
meh syg ibu suap
ibu nak tito
meh syg ibu dodoikan
ibu nak toto cekal
ah takde, boboy mintak gn ayh boboy, dgn ayah2 boboy kene dgn ibu

toto cekal - motosikal 





note : tau2 je panggil ank dengn panggilan 'boboy' ( imginasi itu perlu) kehkehkehkeh



Jul 13, 2011

Aku teguk lagi air itu.









aku teguk lagi air itu
aku teguk, dengan puas.
air itu mengalir perlahan mengikut rentak tegukan
hipotesisnya
semakin tinggi cara tegukan, semakin deras air mengalir
kadang-kadang setitis jatuh di bibir mungil
lidah memainkan peranan
air yg setitis itu dilibas oleh lidah
aku puas.
kadang-kadang sebotol
kadang-kadang dua botol
botol ku genggam tanda puas.








itulah nikmatnya mineral water.
minumlah 8 gelas sehari untuk kesihatan.

hari ni je dah 1liter aku minum.




Note : semalam danial cium pp aku, hidung, dahi, dan akhirnya bibir. Apakah makna semua ini? 






Jul 12, 2011

Selingkuh

   



ku peluk memeluk dirimu
                                                  tak hangat seperti dulu
ku jadi selingkuh kerana kau selingkuh
biar sama-sama kita selingkuh
i am sorry
                                                  ku takkan love you lagi
                                                 jangan kau selalu merasa
Jejaka bukan dirimu saja
lebih baik ku putuskan saja
Dan cari pacar lain.

Jul 11, 2011

mimpi manis


Aku suka malam.  

bila malam feel dia ada lain macam sikit. nak-nak kalau malam hujan lebat. sejuk dia lain macam . 

atas katil aku mesti ada, bantal peluk, bantal, comforter, ini senjata aku apabila malam. kalau ini tidak ada, nescaya aku tidak akan lena. 

katil aku jenis pelamin punya. kalau tidur sorang , mau bergolek2 aku dibuatnya. terasa seperti di padang yang luas. katil yang empuk menambahkan kenikmatan. lagi indah jika ditemankan mimpi manis. 

hanya aku dan dia. bercanda di malam indah. tiada siapa melainkan kita berdua, kau cium haruman rambut ku, aku juga begitu. haruman semakin dekat. 


emmmmm *menghidu
emmmmm *menghidu 
emmmm bau semakin pelik. 

terjaga aku dari tidur.

Bau itu semakin kuat. semakin menyengit. aku buka kerdipan mata ku sedikit demi sedikit. cet, air liur basi anak buah aku, danial rupanya. mulut aku lagi sikit nak kene mulut budak kecil ini.

ini kes mak pegi keje pastu cmpak anak kat rumah nenek. kakak aku punye keje la ni. katil aku jugak jadi mangsa. nasib baik kau comel , Danial.


dengan berpijama,  aku capai towel berjalan malas ke bilik air.


* sayang , malam esok kita sambung lagi ya (kata aku dlm hati)

Jul 9, 2011

Lepas kahwin nanti, sayang kene...




sayang, nanti lepas kita kahwin , i akan jaga u sebaik2nya tau, untuk permulaan. i nak pastikan tapak kaki u bersih dalam rumah. ini untuk u,





















eh ini i punye.





yg ni u punye,

kene pakai tau, kalau tak tido luar. ok sayang? :)

Klik perkataan sayang di permulaan entry untuk mengetahui bakal suami saya. kehkehkehekh

Yang benar,

Arjuna





Duhai arjuna
                                                           sayangi dia
kerna wanita dicipta untuk dicinta
jangan cemarkan harga dirinya
kerna dia juga masih punya cita