Pages

Total Pageviews

Dec 10, 2013

Percutian Ke DANOK Thailand. Percutian la sangat!

Hai semua. 

Hari ni aku nak cerita percutian acah acah ke luor negara ke danok padahal selangkah je dah sampai. haha. 

Aku pergi kenduri kawan aku Ally yang dalam entry ni, belah Bertam, Penang berserta dengan lima gadis yang lain. 


 
Tahniah 1000 kali ally dan suami

Disebabkan sekangkang kera je danok dengan Penang maka kami pon berhasrat la nak bercuti cuti sambil bermassage massage  ke danok, Thailand


Sebelum tu kami singgah Alor Setar dulu, rumah Aliazwa untuk bermandi manda dan tukar baju. Berlengas jugek nak pakai baju kurung g danok ork. kakkaa. Daripada Alor Setar, kedah tak jauh pon nak pergi danok ni. Kami naik dua kereta dalam sejam sahaja. Bapaklaa dekat woi.

apa yang enkorang perlukan nak masuk danok mestila pasport bagi yang takde border pass. sape yg lahir dekat kelantan dengan kedah gune border pass je. 

Sampai je sana terus serbu kedai supermarket dia sebab barang2 kat sana murah plus aku mmg nak cari nescafe yang kat mesia takde. buat stock orgkabo. 

Sempadan Danok dengan kedah. Sumber

Lepas tu aku pergi cari baju i love dannok tapi disebbkan takde aku beli je la i love hatyai. Sehelai untuk aku sehelai untuk bigboss. 


Ni je la hasil tangkapan


kemudian kami makan di kedai makan tepi jalan je. org islam punye kedai masak tomyam bapok sedak. disebabkan aku pelahap dan tak dan nak amek gambo maka dukacita lah dikmaklumkan tiada gambo untuk tatapan enkorang. 


Dan acara paling best dan kemuncak apabila masok thailand ialah MENGUURUTTTTTTT woiii. sedap pohpaleh!!  Aku just buat foot massage je sebab tak sempat nak buat full body memandangkan mmg nak kuar balik mesia malam tu jugak before 12mlm. 

Muke memasing stim habis kakaka





memang terbaik ah dia urut . rm25 je untuk kaki. full body 50 hengget sejam. kalau kat sempadan danok ni diorg still terima duit mesia. maka tayah tuko pon takpe. 

so selama beberapa jam je dekat negara orang aku rasa dah macam kat oversea kau. selangkah je ko masuk kat negara dorang terus rules lain, bahasa lain, peel lain, semua la lain. kadang kadang nak beza pompuan gn pondan pon susah kalau kat tempat derang ni.  Ok yang bawah ni aku ye bukan pondan.


 


okeylah tu je nak cite. korang yg nak pergi jangan lupa massage , kalau tak nescaya enkorang tergolong dlm golongan org yg rugi. kahkah


ah rasa nak massage full body pulak lepas ni. kbye



22 comments:

  1. Bestnya g danok..sya pun mau urut2..hehe..nnri klu ada org sdi blnja,baru pg danok ni..hehehe

    ReplyDelete
  2. comel lote la semua.. lama tak melancong ke siam..

    ReplyDelete
  3. uish nanti p danok sekali lagi, buat b2b..

    ReplyDelete
  4. Kakakakaka... aku pilih urut di Vietnam.. sebab kalau Siam, kat Malaysia pon ade.. nampak tak dia punya demand macam mana.. kakakaka

    ReplyDelete
  5. kira percutian obersi jugakla tu even sekangkang kera.. tunggu turn ezan nek pelamin lak ni..

    ReplyDelete
  6. murah sgt rm50 massage full body untuk sejam..

    ReplyDelete
  7. cane la rasanya ngurut ngan org sana? ada baca2 tak waktu nak ngurut tu?

    ReplyDelete
  8. Peh asam yang tutup pink tu lejen gila kot. Kat sini jual mahal gila -___________-"

    ReplyDelete
  9. huh full body massage with stim ke hape ko nk buattu .. wakakaka

    gurau je wei ... hahahhah
    budak jate kat opis aku rajin pi ke danok nu .. wat ghapo kawe dok tahu la .. rasanye pi buang air pastu balik kot ... hahahhaha

    ReplyDelete
  10. kita penah urut full body kat bangkok la tapi.
    x sampai 50 pon la.
    35 je.
    manyak syiokk!

    ReplyDelete
  11. aikk..mai bertam habaqla..bole sy belanja mee udang power!!!!!

    ReplyDelete
  12. Mengurut dgn thailand mcm xleh pisah je kn...hihihi.dpt bjln pon sronok dh.. :)

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum ezan.. bestnya! dorang bab mengurut memang power gila. sheila kena sekali kat Krabi. first time berurut. ehehe walaupun geli sampai kebas badan tauu ;p

    ReplyDelete

  14. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete

komen itu penyegar jiwa