Pages

Total Pageviews

Nov 25, 2012

Memori Sekolah (1) - Pamela Anderson


Pamela Anderson

Hari outing ialah hari yang paling menggembirakan buat pelajar asrama. Gila kau tak gembira, masa ni la boleh nak merasa KFC dekat Bandar Kuala Lipis tu. Zaman ni, fast food paling power dekat kuala lipis KFC je la. Kira kalau budak budak sekolah rendah, mak ayah dia bawak pergi makan KFC time ni, kira paling in la kalau nak gebang dekat sekolah esoknya. macam biasa. Aku dengan geng geng aku memang tak ketinggalan kalau time outing, dengan kain singkat nya, dengan baju outing kaler kuning batiknya. Dengan kasut hi cut nya. Ini jam kalau lelaki sebelah lalu suwit suwit pon aku mendada kesombongan. Market kene jaga bhai. Hahaha


Macam biasa kalau outing bende paling aku menyampah bila kene tunggu bas ramai ramai. Dah semua orang pon nak outing. Sampai satu tahap kene berhimpit himpit dengan budak lelaki , kalau budak laki takpe la takde bende dia nak kene pertahankan, kami yang perempuan ni nak kene pertahankan aset masing masing. ye la time time umur 16 ni la bende tu tengah berkembang pesat. Jadi nak kene pertahankan aset ni ingat senang ke? Kahkahkah

Bila dah sampai Bandar, ada kawan aku nama dia Sufian. Si sufian ni perangai boleh tahan celaka. Kalau kes disiplin dekat sekolah, dia je la yang menduduki top 3. Entah macam mana aku boleh terserempak dengan dia, dia slow slow panggil aku.


"Woi ezan, sini kejap."

"Bende?"

"Sini la kejap, ah sombong sial kau."

"Bende gila? Kau nak mengorat aku ke?"

"Pui! Sini la aku nak mintak tolong sikit. Kau je la harapan aku sekarang ni. Ni antara hidup dan mati."

"Apesal kau jual dadah ke? Haha."

"Tak lah, aku jual perempuan. Sini la"

Aku pon perlahan lahan pergi dekat si sufian ni. Dengan muka serious dia berbisik.

"Bodoh! " jerit aku lepas mendengar bisikan rahsia sufian

"Ala tolongla wei, kali ni je, tolong la. Aku belanja ko dengan geng geng ko"

"Bodo sial, kalau kantoi macam mana?"

"Tak, aku rasa tak kantoi, ni jela cara paling selamat"

Masa ni aku dah resah gelisah mak minah dah. Nak tolong ke taknak . karang kalau kantoi, habis la cita cita aku nak jadi seorang jurutera bangunan yang Berjaya . tapi akhirnya aku setuju jugak. 

Masa dalam bas dalam perjalanan balik, aku paksa kawan kawan aku semua tolong si sufian ni. Si sufian ni mintak tolong sorokkan rokok Dunhill. Dia tokan rokok terbesar rupanya. Nak taknak kene buat jugak


Setiba nya di pagar sekolah, semua pelajar kene cek semua barang yang dibeli, takut ada pelajar yang bawak mende bukan bukan.


Masa ni kitorang steady. Sebab sorokan dunhill adalah ditempat yang paling selamat. Dan takkan diketahui oleh pak guard.


Dan akhirnya selamat di pas ke sufian dekat belakang kantin sekolah.


Tapi masa aku dengan kawan kawan aku nyorok rokok dunhill tu kat tempat rahsia tu,  aku rasa macam Pamela Anderson pon ada.

 Wohoi!


Dan satu bucket kfc dibelanja sufian buat makan malam tu.

 Sekarang ni jangan Tanya kat mana aku sorok rokok tu. 

37 comments:

  1. Ni mesti sorok dalam kasut ni kan? kan ezan kan?

    ReplyDelete
  2. kalau bab pamela enderson adakah di tuuutttt?????musykil ni....bg la tau kat akak..janji x citer kat org lain...;)

    ReplyDelete
  3. keywords, pamela anderson.

    best giler bandar lipis. aku selalu borong majalah kat kedai majalah uncle yg warna kuning sebelah bus stop. hehe

    ReplyDelete
  4. Ambik masa 5 minit untuk aku faham apakah motif penulisan kau ni. Lepas faham, aku terpaksa klasifikasikan artikel kau ni bukan untuk bacaan bawah 18.

    ReplyDelete
  5. elehhh, ingat aku tak tahu kau sorok kat mana

    ReplyDelete
  6. hamboii kau kemain lg kennnnn kehkeh


    gtw cucu kau nnt

    ReplyDelete
  7. Nampak tajuk post, rasanya saya sudah tahu dimana rokok tu disorok. Hihi.

    ReplyDelete
  8. perh..biar benar kak ezan sorok dekat situ?

    ReplyDelete
  9. power laa Ezan.. so... kat mana ko sorokkon Dunhill tue?.. kah kah kah

    ReplyDelete
  10. kalau pamela anderson ,faham-faham je la kat mana .hahahaha!

    Ish ish entri x sesuai utk kanak-kanak ni.lulz

    tapi betulkah ni?entah2 entri ni utk mennguji cara pemikiran pembaca pembaca sekalian. :p

    ReplyDelete
  11. mesti lepas tu budak sufian tu isap rokok dengan aroma mendarahkan hidung kan? kan?

    ReplyDelete
  12. shut this all before i find u there!!

    ReplyDelete
  13. Kalau dapat sedut tu, konpem melayang terlebih dos. Hahaha.

    ReplyDelete
  14. erk.. ezan sorok dalam bra ke?? hahahaha tu poket tradisi turun temurun nenek moyang tu... hahahahahaha

    ReplyDelete
  15. simpan kat "pamela anderson" hahhaha

    ReplyDelete
  16. kini anda tidak perlukan silicon lagi ngahaha

    ReplyDelete
  17. http://www.cicileydi.com/2012/11/organizer.html

    ReplyDelete
  18. hhahahhaha da taw da kt mana! Msti dalam... Kasut jd tnggi? *bebuat inesen*

    ReplyDelete
  19. apa kene mengena parmela enderson dgn dunhill? hahaha

    ReplyDelete
  20. wahh dah xpayah g wat operation nak besarkan tuttt..hahaha

    ReplyDelete
  21. rokok tu bau mende-mende tah. Dah tu mau tak lenjun kotak tu kakaka

    ReplyDelete
  22. kah kah kah.....x guna punya sufian....memperalatkan kewanitaan budak2 perempuan....

    dulu sy tokan jgk,,,tp xde la sampai mntk tolong kt pompuan cmtu...

    ReplyDelete
  23. mmg takde niat pon nak tanye kat kau sorok... cuma nak tanye sekaolah ape Lipis dulu?

    ReplyDelete
  24. kalau size bukan 36-DD, usah samakan dengan pamela anderson.. :D

    ReplyDelete
  25. awak boleh tolong simpan rokok saya?

    ReplyDelete
  26. Takut pulak nak tanya sorok kat mana. Hahahaha.

    ReplyDelete
  27. jilakak. dulu pun aku buat cemni kat matrik. hahaha.


    senang jd pempuan

    ReplyDelete
  28. sengal gak engko dik ezan.. akak dl simpan dlm anak tudung je paling kuat.. tp bkn simpan rokok la..

    ReplyDelete
  29. hahahahahahahha.. pamela simpan dlm ke. wahhhh kite pon penah simpan brg dlm tu. hehee
    tp diramas oleh pengawas girl. cisss

    ReplyDelete

komen itu penyegar jiwa