Pages

Total Pageviews

Nov 28, 2011

Misi berjaya akan tetapi....

berikutan dengan misi yang sudah dilancarkan seperti yang dinyatakan di dalam entry ini , aku jadi tak tentu arah jugak lah bila membaca mesej di dalam inbox adik aku. Tahukah anda adik aku baru sahaja mencecah umur 13 tahun. tahukah juga anda dia masih tidak mengerti apa itu cinta. dan tahukah juga anda dia bermain mesej dengan siapa. kahkahkah. berdebar tak aku punya trivia?



ok. back to the point. sebenarnya adik aku dah ada kakak angkat sejak dia duduk asrama tahun ni. aku rasa fungsi aku sebagai kakak dah macam samar2 je bila adek aku mengambil keputusan mengambil kakak angkat sekaligus mengambil tanggungjawab aku. haha. bukan aku sahaja terasa tercabar, malah kakak aku dan adik perempuan aku juga agak tercabar. 



tapi takpelah. untuk sedapkan hati, aku fikir dengan adanya kakak angkat ni, boleh jugak lah bagi semangat adik aku main mesej sambil senyum senyum. sekarang aku plak fikir nak cari abang angkat. boleh main mesej sambil jari gulung2 rambut.  Ye dak??  kehkehkeh 

Nov 22, 2011

misi

Aku dah mula risau bila adik lelaki aku main msj lepas tu senyum sorang2. Malam ni aku nak senyap2 bukak msj dia baca. kehkehkeh. aku bukan jahat. Wei, adek laki wei kene la jaga wei. Kang dia permainkan perasaan perempuan.  Jadi sebagai kakak aku harus menghalang hal ini dari terjadi. Bukan aku sengaja baca msj dia ok. Kehkeh ok misi bermula pada malam ini. 

Nov 15, 2011

Bila perempuan mengeluarkan peluh

Jogging. Suatu perkara yang bukan asing bagi aku. ni aku nak cerita benda-benda yang buat lagi aku bersemangat nak jogging. Berjogging berteman kan Lelaki yang badan-badan tough yang mengeluarkan peluh jantan. aku pula mengeluarkan peluh betina. eh. nampak tidak kurang sopan pula menggunakan perkataan betina pada peluh seorang permpuan. baiklah. kita tukar menjadi peluh gadis. ya peluh gadis. itu mungkin lebih sopan dan menampakkan keayuan seorang gadis seperti aku. kehkehkeh




Bila nampak kebonjolan meraka. ia buat aku meremang. oh, maksud aku kebonjolan betis. aku tak pernah lagi ternampak kebonjolan lain. Kebonjolan betis itu seksi, tahu? hal ini menyebabkan kelajuan aku berlari mengalahkan watson nyambek. Nasib baik masa sekolah dulu acara 1500m sudah menjadi kebiasaan bagi aku. Jadi tidak sukar untuk berlari beriringan dengan mereka. cewah. 

suatu petang yang tenang. Burung-burung berkicauan, kelihatan seorang perempuan sedang berjogging. berdekatan dengan nya kelihatan seorang lelaki juga sedang berjogging. terjadilah perbualan di antara mereka,


Lelaki tough  : hye. selalu nampak awak kat sini
Aku              : eh, hye. haah, berat dah naik. kenalah jog sikit
Lelaki tough  : oh yeke. kurus je saya tengok, Berapa round dah ni?
Aku              : 4
lelaki tough   : wah. saya baru satu. 
Aku             : tu lah, ni agak nak tambah satu round lagi. ok lah.saya pergi dlu
                    (sambil berlari dengan beriya-iya)
lelaki           : ok hati2



Note : sebenarnya aku baru je satu round. kadang-kadang kita perlu menipu untuk keyakinan diri. kehkehkeh