Pages

Total Pageviews

Aug 22, 2013

Video Wani Ardy & Syafiq

Semalam member aku si Para Jamaludin tu, ada bagi satu link Wani Ardy dan suami nya, lepas tu bila aku tengok malam tadi pukul 12 setengah malam, aku terus nangis tersedu sedu. sensitif betul. Aku ni memang mudah menangis pon sebenornya, so mana mana nak amek aku berlakon tu sila contact k? kakakka

Yang aku nak sampaikan dalam entry ni ialah bersyukurlah dengan apa yang kita ada, jangan mengeluh, kerana ada orang lain yang lagi susah dari kita. So kalau ada yang mengeluh muka tak cantik banyak jerawat, bersyukurlah sebab beban yang kita tanggung tak seberat beban yang org lain tanggung,

peh deep.

so korang layan lah Video ni, baru korang paham ayat deep aku








P/S : Bersyukurlah sebelum anda bersyukur. eh?

Aug 16, 2013

Lelaki berjambang ?

kalau diberi pilihan, (cewaah) pilih lelaki yang mana aku suka (cewah lagi) , memang aku suka yang berjambang. yela, kang memalam bosan boleh main tocang tocang ork? kahkah 



tapi percayalah misai dan jambang itu dapat mengubah impression orang. contohnya


ha nampak? yang mana pilihan anda? kalau aku semestinya yang first miahhahaa. 



lepas tu tengok pulak perbandingan artis artis ni



Tony stark!!!! omggg tempting gilaaa

Remy ishak. oh baby, baby!

Hairul azreen. awak, sudikah awak nikahi saya?



Ah ni yang tak keruan ni taip entry macam ni, sendiri taip sendiri tergoda. kakaka, 
tapi tak semua lelaki aa sesuai berjambang misai bagai ni, tengok tengok karang pelik pulak. macam letak penyapu kat bibir. miahahhaa. 



ah tak kisah la lelaki bermisai ke berjambang ke tak, janji jangan pukul isteri dalam lift ok? 





P tocang misai S : Sudikah awak menjadi lelaki berjambang utk saya? 













Aug 15, 2013

Rest in Peace Department- Review

Hai semua.


Selamat Hari Raya yang ke 9 . Enkorang beraya kat mana? aku beraya kat Office. har har. 


Raya kali ni, aku tak berapa nak beraya beriya iya sangat sebab cuti pon tak banyak, cuma makan makan di pagi raya bersalam salaman dan menziarahi kubur arwah nenek dan kakak. oh lupa petang raya tu mak ayah aku ajak satu family naik Genting Highlands. bukan Genting Sempah. Genting Sempah makan buah berangan boleh aaa. . tapi diisebabkan dah petang so mcm rugi kalau join outdoor. so kami pon berjalan jalan di indoor je laa sambil layan magic performance dari mana entah. lepas tu tengok wayang satu family cerita R.I.P.D .  Best jugak cerita ni. Aku bagi 7/10. cerita ni kelakar macam aku . kakaka. 




Cerita mengisahkan seorang Anggota polis (Ryan Renolds) telah ditembak mati oleh kawan baiknya sendiri dan masa kat alam dia mati tu dia telah dilantik menjadi anggota polis dalam Rest in Peace Department (R.I.P.D). Yang aku takleh blah bleh plak dalam tengah mati tu ada department bagai? siap ada office. haha. cerita ni memang lain dari lain, Yang paling kelakar diorang menjelma jadi orang lain kalau berhadapan dengan manusia yang belum mati. cerita dia sekarang penjelmaan dia memang kelakar, kalau aku cerita jadik tak best aaa. hahaha. so kalau korang nak tau apa RIPD ni punye tugas so sila lah tengok! aku memang tak pandai buat review. kalau aku buat review nanti mesti tercerita satu cerita sekali. jadi baik aku berhenti sekarang. kakkaa. 




Tapi yang tak best aku dapat seat depan sekali. tak macam mencanak plak kepala?



Okeylah selamat hari raya sekali lagi. so tahun ni kaler hijau sama macam PM. jangan jealous.




Memang saja letak cenggini sebab suka hati la. kakakaa









Aug 6, 2013

RAYA 2013

Saya dengan ini dengan rendah hati ini dengan segala ikhlas dari sudut paling dalam paling kelam paling montel paling kiut mengucapkan
Selamat hari raya aidfitri maaf luar dan dalam.
Terimalah serangkap pantun yang tak seberapa.

Menjemur baju sambil menjeling
Menjeling jeling menjemur baju
Selamat hari raya aidilfitri
Maaf zahir dan batin.

Kakaka. Kerana pantun rhyme begitu mainstream jadik kita kasik pantun tak berapa nak rhyme.
Terimalah gambar pre-raya buat tatapan raya anda ;')