Masa sekolah menengah dulu. aku pengawas. baju biru kasut hitam. masa ni acah acah kakak kawasan. nak nak kalau part jaga pagar sekolah waktu pagi. tulis nama budak budak datang lambat. masa tu baru tingkatan dua. deodorant pon stok pakai mak punye. tapi bila jadi pengawas acah acah gipang (gila pangkat) . buku nota penuh nama orang buat salah. kadang kadang nampak dak dak tingkatan satu tak pakai tie pon laju laju tulis nama. peh
Seronok betul kalau dapat nama budak2 tak ikot disiplin. rasa berkuasa. time cikgu mesyuarat pulak , semua pengawas diagih agihkan untuk jaga kelas supaya diorang tak bising/lari sana sini/. masa ni rasa lagi power. jaga kelas kot. memang tak berani dorang bising punya kalau aku jaga . kahkah
Suatu hari masa perhimpunan, aku dengan gipang nya suruh budak budak kelas yang aku jaga beratur elok elok. kasik lurus lurus. bahu sama dengan bahu orang depan. jangan senget. masa ni cikgu cina apa tah nama dia tengah bagi ucapan kat depan. cikgu ni cikgu disiplin. garang jugak. masa ni aku malas nak dengar sangat ucapan cikgu tu. konon2 berkuasa la jadik pengawas. siap borak dengan orang sebelah.
sekali
"ha kamu yang pengawas perempuan tu. kalau nak bercakap sangat naik atas pentas ni saya bagi bercakap."
gulp.
masa ni taktau nak letak muka kat mana sebab semua orang pon pandang aku. muka dah naik cemas. sekali cikgu ni pulak tetibe garang dengan pengawas sendiri
tetiber
"naik atas ni saya cakap"
masa ni aku punya muka tebal nukhurum. apa lagi terus naik atas stage. masa ni ada senior ting. 2 minat kat aku. (eceh) . dia pon pengawas. dia usha jek masa aku dok atas stage sorang2. malu wei malu
last2 habis perhimpunan aku kene ikut masuk bilik cikgu tu. habis sebaldi kene leter .
sejak insiden tu aku jadik pengawas biasa biasa jek . dah tak gipang sangat.
k tu je nak cerita
kahkah.
atas stage ni la aku naik. hehehehe. rindu gilaaaaaa
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda, Parit Jawa Muar Johor 2001-2002 :)
'Gipang' ek?
ReplyDeleteMenggamit memori betul istilah tu...hahahaha
No wonder laa kebanyakan cikgu disiplin dibenci ramai,
sampaikan pengawas sendiri pun tak selamat. Hehehe
Tu laa, lain kali jangan gipang sangat...hehehe
ahahhaa biasalah masa tu baru nak up jadik pengawas. over je kan
DeleteLoooooorrr... sekoloh kat MuO rupanya... jauh bebeno dari Pahang.. kah kah kah...
ReplyDeleteistilah Gipang tu dah lama tak dengo... hahahaha....
yeeee keh ni orang muooo. tapi murtad pi pahangg hahaha
DeleteHMMM AKU TAK DE PENGELAMAN DENGAN PENGAWAS SBB AKU TAK CAMPUR ORG ... KAH KAH .. KLU AKU NAMPAK PENGAWAS MACAM TAK NAMPAK ... KUIKUI
ReplyDeleteahahaha
Deletekahkahkah sadis sungguh.
ReplyDeletelama gila tak dengar perkataan gipang tu. Dulu-dulu, sempat jadi pengawas percubaan je seminggu, pastu stop sebab tak sanggup nak tegur kawan sendiri suruh diam. Sudahnya jadi librarian je. Tak nerd okay. HAHAHA
sama la dulu pernah jadi penolong presiden asrama masa tingkatan 5 . tp tak sanggup nak tegur mmber sndiri, tak smp sebulan dah tarik diri
Deleteperkara yang mengingatkan saya pada zaman sekolah adalah tercalon sebagai pelajar aktif koko sepanjang tahun. hihi I LOVE MY SMTS Ampang.
ReplyDeletemmg indahhh kann zaman sekolah
Deletekohkohkoh..gila kuasa namanya tu.. akak pengawas sek rendah je, sek men jd mawas.. dajal nakharom..
ReplyDeletehahaha!!! amboi perangai. hihi! xpelah, kenangan
ReplyDeletepaling xboleh blah naik stage sbb kena baca sifir 8 dan 9. hahaa
ReplyDeletepengawas garang ke