Pages

Total Pageviews

Mar 18, 2014

Cara nak pikat hati mak mertua

Dewasa ini, banyak kita lihat ramai gadis gadis gagal memikat hati ibu mertua mereka.



dah kenapa intro nak dewasa ini bagai?

kahkah

ok start balik

Takdelah aku nak cerita cara sangat sebenornya sebab aku pon mana kahwin lagi beriya nak share tips bagai. 

Semalam aku teman future family in law aku pergi beli barang basah. Mak mertua, makcik mertua, pakcik mertua pon ada. 


jadi bila dah pergi teman haruslah menolong pilih sayur, angkat bakul bagai yedak. Nampak mcm bakal menantu pilihan sikit. amboi 


Jadiknye time pilih pilih sayur dekat NSK cheras tu, mak mertua dan makcik pakcik mertua ni dok sembang la pasal sayur situ murah gila plus segar.
sambil depa borak sambil selit la setiap sayur tu sedap masak mende. aku pon apa lagi, menyampuk la depa berbual baru la rasa in sikit dengan team team mak mak ni.

time lalu kat bunga kobis aku cakap

"sedap ni kalau buat tomyam"

time lalu kat terung

"sedap ni kalau bakar cicah dengan tempoyak"

time lalu dekat bunga kantan

"sedap ni kalau buat asam pedas"

begitulah seterusnya

barulah depa rasa cm aku ni terer memasak ye dak. padahal aku bukan terer pon. kakaka. setakat tahu je la, buat nye jarang . 


tapi kalau derang lalu tempat ikan , aku cuma tau ikan yg standard standard je, ikan kembung , keli, bawal, selar, patin dan yg sestandard dengan nya.

ikan yg lain jangan nak tanya. karang semua aku jawab ikan kembung karang. kakaka



aku rasa aku dh boleh in dengan geng geng ibu mertua ku la.