Pages

Total Pageviews

Oct 25, 2013

JALAN JALAN DI MIRI SARAWAK - Trip to Sarawak Part 3.

Hah! Ni final part. 

siapa nak baca part 1 & 2 tekan link bawah ni.


Hari last kitorang gerak ke Miri. Daripada gua niah dalam dua jam je kot. Miri bandar dia cantik dan banyak jugak tempat menarik. 

so sampai sana je terus check in hotel. Hotel ni aku search kat internet. Review pon ok so, aku pon book awal awal. Nama Hotel ni Dragon Inn. Terletak dekat je dengan bandar Miri. Harga dia aku tak berapa ingat. Tapi aku ambik 2 bilik untuk 4 orang dalam 200+ sekali deposit. 

ni details Dragon inn :
  1. Address: 355, Jalan Masjid, 98000 Miri, Sarawak, Malaysia









So puas hati bilik dia. Then mula mula sekali kami pergi Canada Hill. Mula mula aku ingat apa mende la canada hill ni, rupanya dekat sini boleh tengok view bandar miri. 


View gambar kitorang dari atas Canada Hill tu. Disebabkan kami pergi waktu siang, so view dia takde la berlampu bagai. 


Gambar Waktu malam dari Canada Hill. Sumber blog 

Then dekat sebelah Canada Hill ni terletaknya The Grand Old Lady. Telaga Minyak Pertama kat Miri. Juga merupakan tempat proses minyak yg bersejarah di Sarawak. Apa lagi kami pon bergambar la. hahaha





Dan dihadapan Grand Old Lady ni, ada Muzium Petroleum, tapi disebabkan kami datang hari Ahad, Muzium ni tutup. so Bergambar kat depan pon jadi la.



Lepas tu kitorang bergerak pulak ke Taman Buaya Miri. Yang ni aku rasa paling best kat Miri. Maybe sebab aku memang suka tengok binatang ni. Buaya berlambak lambak kat sini ok! Kira ni tempat Penginapan buaya buaya sedunia agaknye.  Nama je Taman Buaya Miri, tapi banyak gila binatang lain menghuni kat situ. 


Fee masuk RM18/person

kalau nak bagi makan buaya satu kupon RM10, dapat la 4 ketul potongan ayam.



berlambak lambak




Nampak tak kitorang berusaha nak pancing dia bagi makan. seronok gila weh bagi dia makan. Sebab dia tarik kayu pancing tu sekali sampai jatuh terus dalam kolam. wkakaka. Bengkek je abang yang jaga tu kayu pancing dia masuk dalam kolam :p



Sampai ternganga nganga



Muka sha takut nk bagi kuda makan. wkakaa

Jinak gila beruang ni. Nak ambik gambo dengan dia kene bayo 5 hengget ok!


Selain tu, Kat miri ni dia punye trademark Kuda Laut, jadi kami pergi Pantai Marina Bay bergambar gambar sambil melompat lompat. Sangat Cantik tempat ni, tapi aku tengok mcm dah terbengkalai dah dia punye resort ke apa tah kat situ. Maybe tak dapat sambutan kot?




Melompat lompat engkau


Dan malam tu acara banyak dihabiskan kat Bandar Miri je, jalan jalan lepak minum. Dekat dengan hotel kitorang stay tu, ada kedai makan Nasi lelapan. Aku tak ingat pulak nama kedainyeeeeeeeee. Biasa la aku kalau dah jumpe makanan, lantakla kedai tu nama apa pon yedak. hahahaa, orang ramai gila. Memang best la nasi Lelapan dia, ayam pon beso beso. Harga sepinggan dalam 12-15 kot. 

Nah gambar bagi korang terliur sikit. 




Memang terbaikkkk. 




So far aku rasa macam nasi ayam penyet.  tapi sambal dia la yang menentukan kesedapan seketul lelapan tersebut. OhmyBM!



Disebabkan malam tu kami lepak lepak je dekat hotel , tetiba perut rasa lapar nak makan mcd. aku call la nak delivery, rupanya Mcd cuma buat penghantaran kat Kuching sahaja! tempat lain kat sarawak memang tak hantar,  Nak makan sila pergi sendiri, So malam tu kami pon guna la waze cari Mcd berdekatan dekat Hotel tu, dekat je tak sampai 5 min pon.

Esok nya pulak sebelum balik, flight pukul 7 pm tapi delayed pukul 9, kitorang pon menjalankan acara shopping cenderahati kraftangan dan Kek Lapis untuk orang orang semenanjung.


Nak cari tempat Handicraft kat miri ni aku rasa ada kat sini je kot. Tempat lain macam susah je


Disebabkan aku tekun carik souvenir jadi takde nak snap gambor pon, maka korang klik la link ni untuk tengok apa yang ada kat Miri Handicraft Centre ni LINK

Setelah pusing satu miri cari Kek Lapis yang sedap dan harga berbaloi, kami terjumpa satu kedai kek lapis ni tepi jalan je, Nama dia Embun Citra Kek Lapis, Kedai dia tepi sungai je, so agak agak nak terjun lepas makan kek tu ikut enkorang la, kakakaa, 


Kalau perisa biasa RM18. Tapi kalau ada coklat and special sikit dalam RM25. Aku nak cadbury tapi dah habis, jadi ambil je la kitkat. sedap jugakk



Ok lah itu sahaja la cerita pasal trip aku pergi Sarawak. Pengalaman yang power dengan kawan kawan haruslah jadik kenangan paling indah ye dak. so tahun depan ke mana pulak? 


28 comments:

  1. Gila kalau aku dapat campak kau dalam tempat buaya tu

    ReplyDelete
  2. Dah jangka dah... dalam banyak2 gambar...

    mesti ada gambar lompat ramai-ramai dan beku...

    keh keh keh....

    ReplyDelete
  3. tkot tgok boye2 berlmbak2 tu.. skli jtoh dlm tu naya je..haha

    ReplyDelete
  4. bukan tahun depan lawatan ke rumah kenduri engko ke?

    ReplyDelete
  5. Skroll sambil nak dabel tap pulak, lupa ingatkan stegrem ehek. Nak kek!

    ReplyDelete
  6. Bestnya..sya tak pnh g sarawak lg ni?.tima kasih ezan kongsi gmbar2 ni eh..dpt jgk tgk2..best2...

    Nnti buat resipi bawang tu eh..sedap..hehe

    ReplyDelete
  7. downgila : eh dia ni mcm larat angkat kita. wkakaa

    ReplyDelete
  8. uncle : baru la best uncle. hehe

    ReplyDelete
  9. pn ezy : tu laa. tengok dekat lg seram

    ReplyDelete
  10. adrianna : haah sedap la tengok bawang tu. nnt nak try :)

    ReplyDelete
  11. bestnya! hehehe.. kena kumpul duit ni

    ReplyDelete
  12. Mcm best jer miri nie..akak selalu blk kg husband kt kuching jer.. nnti kalau blk sana nak ajak husband p miri la.. tp miri jauh sikit dari kuching kan..kena naik flight kalau nk pergi sana..

    ReplyDelete
  13. nanti kalau nak g bercuti mana2 lagi, contact je saya..hehe

    ReplyDelete
  14. Macam best jer...bolehla pegi nanti

    ReplyDelete
  15. macam best je...apapun thanks share segala bagai info...

    ReplyDelete
  16. Anda dan keluarga bercuti di Miri ? Kami dar HRB Car Rental Miri menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Miri dengan harga yang berpatutan . Sewa untuk kegunaan Miri-Brunei boleh di atur
    Hubungi kami di 019 233 6923 / 013 883 6923 untuk mendapat harga yang terbaik di pasaran!
    www.hrbcarrental.com

    ReplyDelete
  17. Best kan bercuti di Miri~ !

    Jika Anda, keluarga dan kawan-kawan ingin bercuti di Miri?
    Kami dari HRB Car Rental Miri menyediakan perkhidmatan kereta sewa dengan harga yang berpatutan. Sewa untuk kegunaan Miri-Brunei boleh diatur

    Hubungi kami di 019 233 6923 / 013 883 6923 untuk mendapatkan harga dan servis kereta sewa yang terbaik di pasaran !

    www.hrbcarrental.com

    ReplyDelete
  18. Anda, keluarga dan kawan-kawan ingin bercuti di Miri?
    Kami dari HRB Car Rental Miri menyediakan perkhidmatan kereta sewa dengan harga yang berpatutan. Sewa untuk kegunaan Miri-Brunei boleh diatur

    Hubungi kami di 019 233 6923 / 013 883 6923 untuk mendapatkan harga dan servis kereta sewa yang terbaik di pasaran !
    www.keretasewamiri.blogspot.com

    ReplyDelete
  19. Anda, keluarga dan kawan-kawan ingin bercuti di Miri?
    Kami dari HRB Car Rental Miri menyediakan perkhidmatan kereta sewa dengan harga yang berpatutan. Sewa untuk kegunaan Miri-Brunei boleh diatur

    Hubungi kami di 019 233 6923 / 013 883 6923 untuk mendapatkan harga dan servis kereta sewa yang terbaik di pasaran !
    www.keretasewamiri.blogspot.com

    ReplyDelete
  20. Nice info & nice share tentang Sarawak, khususnya Miri. Informasi bermanfaat buat saya yg minggu ini mau kesana dr South Tangerang, Indonesia. Terima kasih..

    ReplyDelete
  21. Nak tambah sket. Sapa nk try ABC plg top boleh singgah STALL NO 10 terletak berhampiran dgn Sin Liang supermarket Miri. Rojak tauhu dia perghh... Selain dari tu boleh la ke Pantai Luak Bay kalau nk tengok keindahan sunset @ matahari terbenam.

    ReplyDelete

  22. Bagi yg berminat nak pcnic dan bermlm di tepi pantai blh cuba homestay di pantai bungai. Pagi2 blh beli ikan fresh dari nelayan kat situ. Juga boleh beli hasil kampung di tamu hadapan honestay kalau nak msk2 sbb kat situ belum ada kedai makan. Bagi yg suka ambk gambar, pemandangan di pantai tusan juga menarik. Disitu juga boleh melihat fenomena blue tears beach jika bernasib baik. Boleh rujuk youtube dan google image apa itu blue tears beach. Bagi yg minat aktiviti lasak yg dikelilingi alam semula jadi (nak rihat sahaja pun boleh) blh cuba di Borneo Tropikal Rainforest Resort, Lambir Miri dengan bilik penginapan yg selesa. Siapa nak merasa makanan dalam buluh juga blh cuba di restaurant tempat tersebut yg turut mempunyai taman air ala2 sunway lagoon (cuma tak sebanyak sunway lagoon). Nak maklumat lanjut blh search nama Borneo Tropikal Rainforest Resort, Lambir Miri.

    ReplyDelete
  23. Kalauhari ahad bole pi tamu khas.. macam yg ada kat situ. Boleh juga tengok ragam penduduk buat urusan jual beli.

    ReplyDelete

komen itu penyegar jiwa