Pages

Total Pageviews

Jul 20, 2016

AKAR KOPI - REVIEW HIPSTER CAFE DI KUANTAN DARUL POWER

Hi semuaaa! Selamat Hari Raya diucapkann pada semua. Tahun ni raya aku balik Kuantan jadi dah round round bandar kuantan dengan husband and kengkawan petang2 tu singgah la pulak layan Akar Kopi cafe yang agak simple but nice di Bandar Kuantan. Hipster la jugak aku rasa bila dah lepak sini haha. Hipster ke? loll. 

Btw aku rasa konsep Cafe ni sangat kewll ahh . Menggunakan theme color black and white yang minimalis dan kerusi meja ala ala tong minyak and tong drum? diorang recycle tong minyak kot? power betul.  Meh layan gambar yang sempat aku snap. 










Cara order makanan pulak macam fast food restaurant , beratur lepastu tunggu demeh prepare then angkat la dengan dulang sendiri. Jangan korang p duduk tunggu waiter datang pulak? Tunggu pon tak lama, cepat staf staf diorang buat kerja. Senyumann pon manissss je. :P



Paling aku sukaa semestinya Akar Kopi dia yang sangat umph ni! pehhh beraromaaaa wokeyh. Harga pon not bad Rm3 jekk


Lepastu dah order Akar Kopi jangan lupa order roti bakar telur didih baru laaa sedondon di hari raya gituuu. 



disebabkan aku pergi dah banyak kali dengan Oi and rakan2, maka banyak laa jugak makanan yang kami dah tryy. so far semua tak mengecewakann dan harga berpatutan, 


Chicken Pie . Rapuh rangup rangup sedap!



Mushroom pie and Shepherd's pie . Dua dua sedap! 


Ni diorang namakan Nasi Lemak O sebab simple je kot? takde telur. aku taktau la terlupa letak atau memang sinonim dengan nama nya yang simple gituh? RM1.50 Sambal ada kat bawah nasik. kena selak nasik baru nampak. jangan risau ok? hahaha. 




Roti Bakar Butter + Kaya RM2.50


Ni waktu perniagaan Akar Kopi. Jangan datang hari Isnin demeh cutii.


Menu menu lain 






Business Hours : 4pm - 3am close every monday

Location Jalan Besar Kuantan bebetul di antara UOB Bank Kuantan and OCBC bank

Adress : 2-8, Exit Jalan Teluk Sisek 25050 Kuantan Pahang

Phone : 013 953 1526





Kalau korang pergi kuantan ni tempat wajib singgah tauuu!
 baru la lulusssss bro! 

bye!







5 comments:

  1. Balik Kuantn pun tak pernah p sbb famili tak minat kopi hehehe

    ReplyDelete
  2. balik kuantan memang lalu lalang ajela depan kedai ni. nak menyinggah taktau la bila.
    balerrr..keco lio nampk kopi ngan roti telo terrr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecor weyhhh tengok banyok kali pon rasa terliorr

      Delete
  3. Aku cukup suka dengan scene kopi hipstur yang makin berleluasa sekarang ni.
    Disebabkan dah makin banyak, jadi main point sekarang adalah harga, sama ada berbaloi atau tidak.
    Siapa nak habiskan duit berbelas ringgit untuk kopi yang sama rasa dgn yg harga 3 ringgit, kan?

    ReplyDelete

komen itu penyegar jiwa