Pages

Total Pageviews

Nov 27, 2015

Dinner Di Restoran Cina Muslim - Haji Sharin Low - Review

Hari ni kita cerita pasal makan sikit bagi menterliurkan korang. Bukan senang aku nak review makan makan dalam belog aku ni. biasa aku cerita pasal diri aku yg power ni je ngahahha. entry before ni aku cerita pasal tips hubungan suami isteri. lepas post entry terkejut pulak aku bila baca balik. power jugek aku ni bagi tips rupenye bhaha. 


ok kali ni aku makan dekat restoren cina muslim bapak lah sedap woi. sekali sekala tukar mood makan kedai masakan cina pulak. ni dah kali kedua pergi. 1st dekat kota damansara, ni secondly dekat dengan danau kota setapak. restoran Haji Sharin Low nama dia. tudia. aku taktau la sharin ni hensem ke dok. nama boleh tahan macho pewit . kahkah, 

Ok jom tengok menu aku order kali ni

1. Lak Chi Crab - Macam ketam masak merah dengan telur kuah dia, masam masam manis pedas. ketam segar sedap giler


2. Baby Kailan Ikan Masin - siapa tak suka kailan ikan masin kan. sedap 


3. Chicken Marmaite - Yang ni ayam ni dia salut tepung lepas tu dia masak dengan kicap masin manis - rangup dengan bijan kat atas!


4. Sotong Telur Masin - Yang ni paling aku suka sebab telur masin dia veryyy fully coated kot dengan sotong tu. dengan crunchy nyeee aaaaaa sedap gilerrrrr



Adik ipor aku makan sampai ratah ratah


ni menu and harga dia 





So far aku rasa harga amat berpatutan dengan rasa and quantity dia . Sedap giler okay!

korang kalau makan jangan lupa sotong telur masin tu. paling best!

Total smua ni include air dan nasi dalam RM150 . makan 3 orang so sorang RM50 sahaja untuk makanan yang super sedap. 

yang ni kawan aku si faghah ni belanjer. Mekasih muah muah

k bye!

Nov 26, 2015

TIPS BILA RINDU SUAMI

hye guys. kalau korang berjaya baca entry ni atau sedang baca entry ni makanya entry ini berjaya tidak disimpan ke dalam draft. pffft hahaha

punya aku takde idea langsung nak mengarang ke mengomel ke sebab aku rasa life aku sekarang tak fun. penuh dengan kekosongan cewah. tapi apa apa pun aku bersyukur selera makan aku tetap fun hewhew

btw aku nak kongsi tips sikit kat korang yang memerlukan. Tips Handle Hubungan Jarak Jauh. andai kata satu hari nanti korang ditakdirkan berjauhan dengan laki enkorang macam aku ni,  maka guna la tips tips yang aku bagi ni. walaupun nampak macam aku relax je dok jauh dengan laki 3 bulan sekali baru jumpa, tapi once a month aku akan datang tahap rabak meroyan nangis tepi katil. tapi esoknya dah ok riang ria lompat bintang seperti biasa. kahkah

Biasanya maksalah maksalah macam ni jadik kat perempun je. Laki jarang layan perasaan rindu2 ni. Contoh nya laki aku la. aku ni tahap rindu dia kaw kaw dia relax je layan group truckers dia. tapi dalam hati siapa tahu yedokk. bahaha. 

Btw tips ni untuk orang yang dah kahwin. yang belum kahwin nak rindu sampai takde napas bagai tu kang aku taboq sat g. pi cari duit dulu lah nikah cepat2. kakaka


TIPS!

DON'T


  • JANGAN layan cerita love romance kalau nak selamat. bila layan ni korang akan terus rindu tahap meluap luap takleh control rindu kat laki. serius ni
  • JANGAN selalu layan perasaan dengar lagu tangkap leleh sambil tengok gambor laki. compem meleleh air liur rindu bahaha pfft
  • JANGAN selalu whtsapp suami cerita pasal kerinduan korang yang tak tertanggung tu. Kalau whatsapp just tanya khabar ke borok hal hal lain ke. janji jangan bg tau berulang kali yang korang rindu sebab ini akan memudahkan perasaan rindu tu muncul . 
  • JANGAN berfikiran negatif. Laki tak balas msj sikit dah emo tahap menangis tu sampai meniarap atas katil sampai hingus terkeluor. aku lempang sat g.


DO


  • Busykan diri dengan kerja korang, Cari hobby baru macam melukis ke baking ke. even tak pandai melukis pon try la tiru je dekat google . dah siap nnt frame kan boleh jadi hiasan kat rumah. cewah
  • Layan movie best. Kalau boleh series ke, supaya korang takde sikit pun masa terluang. so korang akan semangat nak sambung season series tu sekaligus buat korang lupa yang korang tengah rindu laki . tapi jangan sampai lupa korang ada laki pulak. kahkah
  • Kalau rasa rabak pergi beli aiskrim vanila pastu makan sorang2. Jangan bagi orang lain. 
  • Lebih mudah kalau korang dah ada anak. so tengok anak membesar depan mata lagi seronok dari mengstresskn diri dengan benda2 yang boleh mendownkan diri yedak.
  • update blog (yang ni aku tak bape nak follow kakakaa)
  • habiskan masa dengan kawan kawan. Yang ni agak susah bagi aku sebab mostly kawan aku semua dah berumahtangga so demeh pun dah ada life sendiri. tapi kalau diorang still boleh lepak2 even dah ada family, itu bonus bg korang. 
  • yang paling penting back to Allah pape pun yang korang buat. confirm korang akan strong punya hadap semua problem.


Tu je la kot. Kalau korang nak tambah silakan. Orang yang duduk jauh dengan laki je faham macam mana rabak nye bila time mood down datang. yang tak pernah rasa takkan faham punya. So bersyukurlah kalau korang boleh tengok muka laki korang tiap pagi bangun tidur tiap malam bila nak tidur. hargai suami ok!


tak sekarang dah kenapa aku nak kena bagi tips hubungan suami isteri pulak sekarang ni??



Sep 15, 2015

kalau sayang, sayang besar mana?

hai semua, jangan risau aku masih hidup dan membesar dengan pesat sekali. walaupun kegiatan mengupdate blog semakin kurasakan pudar dalam hatiku, namun aku tetap gigih jugak update walaupun nambulan sekali. ini baru la namanya blogger sejati bero. kahkah.

seperti biasa kalau lama tak update blog, mukadimah haruslah bercerita tentang kebizian seorang kuli seperti aku and latest update life acah2 ada orang menunggu sangat update dari enko. bhahaha


pasal tajuk entry aku nak cerita samthing yang dia punye level memalukan diri tu tahap atas punya level. 


Tapi disebabkan nak kasik korang bahan bacaan bergenre umum (kadang kadang je 18pl) aku cerita la jugek


Sejak berlong distance relationship ni, aku banyak menghabiskan masa aku selepas kerja dengan lepak lepak bersama kejiranan. satu hari petang mendung mendung, aku dapat mesej daripada kak ita. akak level 4 ajak aku pi lepak mamak layan roti canai garing dal sambal.


so kak ita ni bawak la dua orang anak dia lepak sekali. sorang darjah satu sorang lagi 4 tahun. dua dua perempuan. yang si kakak ni perangai dia jenis suka merajuk emo tak tentu pasal. mak dia marah cakap kuat2 dia merajuk pi berdiri tepi jalan. aku pon taktau apa jenis memberontak la budak2 zaman sekarang ni. yang si kecik ni pesen tak takut mender. semua dia berani. kalau dia nak tp tak dapat , dia jerit sampai terpaksa bagi apa dia nak. aduih 


disebabkan aku dh lama kenal depa, so takdeklah awkward sangat bila demeh wat peel.  aku jegil mata je senyap teruih.


cerita dia masa aku tengah tunggu roti siap, kak ita ni entah pi order apa entah dengan si kakak. so aku ni tinggal la kat meja berdua dengan si adik tu. disebabkan dia nak main atas meja lah bawah meja lah aku pon nak bagi dia behave aku pon ajak la dia bervideo.


so biasalah kalau nak goda budak kecik haruslah guna handphone. aku rakam la suruh dia nyanyi ke apa. then aku tanya


awatif sayang kak ezan tak?

dia jawab sayanggg sangat
aku balas balik sayang besarrrr mana?

tau apa dia jawab?


sayangggg besarrr kak ezan! kak ezan gemuk!


cilakak. 


masa ni aku rasa nak pause delete terus je video tu hahaha.


tapi disebabkan nak cover punya pasal aku paksa dia cakap aku kurus . siap tanya "siapa kurus?" dia jawab kak ezan!! . kakaka


puas hati aku

Jun 30, 2015

kisah pokok ceri

Masa aku kecik kecik dulu, aku bukan lah dikategorikan sebagai seorang kanak kanak versi perempuan perempuan walaupun aku perempuan. aku lebih cenderung ke arah dak dak laki. anak patung? memang tak pernah ada. sebab aku anak kedua dan aku ada kakak. jadi aku dengan kakak aku sangat independent dari kecik lagi, kitorang lah abang dan kakak kepada adik2 yang lain. 

Mak aku pulak kerja2 yang dia tak boleh buat macam panjat panjat tempat tinggi atau masuk bawah rumah yang sempit tu (kalau ada pape jatuh dr celahan lantai rumah) semua la aku dengan kakak aku yang akan amik alih. ayah aku selalu takdek kat rumah sebab kerja sara hidup keluarga. so keadaan ini lah yang membuatkan aku lagi independent. 

itu kalau kat rumah, kalau scene main waktu petang pulak, main baling tin guna selipar kalau kene kepala tu boleh berpinor biji mata, main panjat pokok, pi mandi sungai sampai ada taik orang timbul aku ingat kayu, (cilakak) and racing basikal ramai2 kat jalan ke rumah tok Anjang tempat kami mengaji. 

scene panjat pokok ni ikut musim. kalau pokok berbuah, biasanya rambutan la paling best panjat sebab boleh makan terus. selain dari tu, panjat pokok ceri yang tak payah tunggu musim sangat. biasa memang ada je buah dia. pokok ceri ni banyak yang rendah je sebenarnya. tapi dekat sebelah rumah aku memang tinggi. korang kenal tak pokok ceri ni? Ni ceri kampung. bukan ceri dok bubuh atas kek tu. buah ceri ni kalau dah masak memang lembut dan rapuh. kalau picit sikit boleh terburai isi dia. manis. masa kecik2 memang suka makan. tak basuh petik makan terus haha. selain dari makan boleh guna untuk pedajal member. letak atas kerusi lepas tu bila member yang dipedajal duduk habis lah seluor dia . haha

ni gambar ceri yang dah dipetik.



zaman zaman ni siapa panjat pokok ni paling laju dan tinggi ofcos dia power. macam biasa aku memang kalau dalam segala hal memang taknak kalah. satu hari aku konon nak tunjuk yang aku boleh panjat pokok tu dekat member2 aku especially lelaki, dengan pakai baju power rangers seluar pendek paras lutut, selamber je aku panjat tak pikir dah orang lain

terror kot masa ni. sampai jek atas tetiber rasa bangga macam nak cakap kat satu dunia wahai semua lihatlah kepantasan aku panjat pokok tanpa berpaut pon. tapi2 ada pulak suara2 sumbang kat bawah pokok dok gelak gelak kan aku sambil bisik2. dah kenapa?

cilakak

rupanya2 seluar aku koyak. betul2 kat tengah. takyah la aku eksplen kat mana karang terbayang bulan puasa ni dah susah aku nak handle. nasib baik aku pakai sepender. terus laju2 aku turun balik sambil jelir lidah kat dak dak lain. apa lagi dah malu haruslah lari naik rumah. 

lepas case tu, scene panjat pokok aku dah slow sikit. aku tukar main jual2 nasik lemak guna daun dan tanah liat kat tepi padang takraw sambil tenung pokok semalu. 

kah kah kah





Jun 24, 2015

27

weh!!! tetiber je kan hari ni genap umur aku 27. tetiberrrr je kan? rasa macam baru semalam umur 21. masa berlalu begitu lajuuu. amal ibadat sama laju tak ezan? hurmm. 

di hari jadik diri sendiri ni. aku nak wish pada diri sendiri lah, 

1. ubah le perangei suka tangguh tangguh solat suka emosi tak bertempat tuu. malu orang menengoknyeee.

2. move on dari comfort zone! please lah cabar diri sendiri dengan benda yang lagi adventure. ni tengok cerekarama sikit nangis. sikit nangis. 

3. dah 27 tahun ni elok elok la pi kuruskan sikit mana yang patut. dah nak masuk level mak mak ni penyakit senang dah nak datang kalau makan tak jaga. 

4. pentingkan orang lain jangan pentingkan diri sendiri dah. hargai laa orang yang susah payah untuk awok. 

5. be good do good. inshallah balasan nya baik2 juga. 


okey selamat ulang tahun kelahiran ezan. thanks mom sebab lahirkan kita yang 4kg ni. ilebiu


Jun 9, 2015

Memori Sekolah (3) - Pengawas garang

Masa sekolah menengah dulu. aku pengawas. baju biru kasut hitam. masa ni acah acah kakak kawasan. nak nak kalau part jaga pagar sekolah waktu pagi. tulis nama budak budak datang lambat. masa tu baru tingkatan dua. deodorant pon stok pakai mak punye. tapi bila jadi pengawas acah acah gipang (gila pangkat) . buku nota penuh nama orang buat salah. kadang kadang nampak dak dak tingkatan satu tak pakai tie pon laju laju tulis nama. peh


Seronok betul kalau dapat nama budak2 tak ikot disiplin. rasa berkuasa. time cikgu mesyuarat pulak , semua pengawas diagih agihkan untuk jaga kelas supaya diorang tak bising/lari sana sini/. masa ni rasa lagi power. jaga kelas kot. memang tak berani dorang bising punya kalau aku jaga . kahkah



Suatu hari masa perhimpunan, aku dengan gipang nya suruh budak budak kelas yang aku jaga beratur elok elok. kasik lurus lurus. bahu sama dengan bahu orang depan. jangan senget. masa ni cikgu cina apa tah nama dia tengah bagi ucapan kat depan. cikgu ni cikgu disiplin. garang jugak. masa ni aku malas nak dengar sangat ucapan cikgu tu. konon2 berkuasa la jadik pengawas. siap borak dengan orang sebelah. 


sekali

"ha kamu yang pengawas perempuan tu. kalau nak bercakap sangat naik atas pentas ni saya bagi bercakap."

gulp.

masa ni taktau nak letak muka kat mana sebab semua orang pon pandang aku. muka dah naik cemas. sekali cikgu ni pulak tetibe garang dengan pengawas sendiri

tetiber

"naik atas ni saya cakap"

masa ni aku punya muka tebal nukhurum. apa lagi terus naik atas stage. masa ni ada senior ting. 2 minat kat aku. (eceh) . dia pon pengawas. dia usha jek masa aku dok atas stage sorang2. malu wei malu

last2 habis perhimpunan aku kene ikut masuk bilik cikgu tu. habis sebaldi kene leter . 

sejak insiden tu aku jadik pengawas biasa biasa jek . dah tak gipang sangat. 

k tu je nak cerita

kahkah.


atas stage ni la aku naik. hehehehe. rindu gilaaaaaa 

Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda, Parit Jawa Muar Johor 2001-2002 :)

Jun 8, 2015

burger sedap di 7eleven thailand - kohlipe thailand

Last Chinese new year aku dengan The Monicas pergi bercuti sambil mengorat di Koh Lipe Thailand. Aku tak sempat lagi weh nak cerita perjalanan and experience kat sana. nampak tak sekarang dah masuk June tapi cerita bulan dua baru nak up? dia punya bz bini pm pon kalah gituh. 


ok the monicas ni kawan kawan puaka yang memang takkan insaf. kitorang kenal kat twitter. ye kat twitter. tapi aku rasa dah 3,4 tahun kawan dan kamcing sampai sekarang. siapa kata kawan kenal kat media sosial takkan kekal lama? The monicas buktinya. dalam group whatsapp, selain cerita hal yang tak penting, kami jugak cerita pasal hal rumahtangga, malam pertama dan crush memasing. hahaha. aku tak la. dah kahwin ni, crush aku suami aku jek.eh?



eh terpanjang pulak cerita pasal The Monicas. ok back to the main point. 



Masa jalan jalan balik hotel dari tengok sunrise sambil usha mat saleh selamberr pakai 2 piece , kitorang tetibe lapar. bila dah lapar, kedai masa ni banyak lagi la yang tak bukak. baru pukul 7 masa tu. Jadi kami pon singgah 7e nak mencari sesuap brekfez. 



YE KAT SINI MEMANG BANYAK ANJING WEH T_T




perut tengah lapar, masuk je terus usha bende yang senang dan mengenyangkan dan tak mahal la ofcos. tapi kna hati hati sikit . banyak makanan tak halal. karang makan, hati jadik gelap hakhak. thennnnn tetibe ternampak burger siap packing sebijik rasa mcm mekdi wehh






yang ni black paper. sedap nukhurum wohoiii. aku taktau sama ada aku tengah lapar atau burger ni memang sedap.T_T . yang penting carik dulu halal. 



masa nak bayar tetibe je cashier tu amik burger aku tah bawak gi mana? aku ni dah la tengah lapar. nak main sorok sorok pulak. eh tapi bukan dia sorok. dia nak reheat dalam microwave jek. beriya jek aku ingat nak sorok haks. bagus pulak 7e ni rajin betul nak panaskan bagai. kalau dekat 7e mesia smua self service . tu pon kalau diaorang provide la service ni





Ok dah panaskan boleh lah makan. lapar gila dah ni












menggodaanyaaaa. aku tengah taip pon boleh terliurr . rasa dia ada macam gabungan prosperity dengan gcb. aku rasa dalam 5-8 ringgit duit malaysia. aku dah lupa sebab dah lama la kata kan. 


ok muka tengah makan harus buruk lantak sebab gelojoh ya amat. so haruslah di edit. makan sambil jalan pulak tu pffft




kawan aku cakap dia pernah nampak burger brand ni dekat giant mesia. nak try carilah!
ok bye ada masa nnt aku update full story pasal Koh Lipe!

May 13, 2015

Pengapit pengantin perempuan

Aku tengah risau ni. aku ditugaskan jadi pengapit kepada kawan baik aku si farra roslan ni . dia nak kahwin lagi dua minggu, Tapi mana ada pengapit perut berlipat macam aku.  biasa pengapit ni selim melim anak dara bergetah lagi.

ni aku ni dah la kurus tu memang tak la. ada hati nak jadi pengapit kah kah.

tapi atas dasar persahabatan yang kuat mencengkam antara kami berdua, aku kena jugak la jadi pengapit. macam mana nak slim dalam masa dua minggu ni?


nak ajak suami bersenam tiap tiap malam lah.

Apr 15, 2015

RASA NAK GIGIT LENGAN

itu hari aku ada post gambar lama seorang baby badan ketak ketak serupa michelin .
tanpa memberitahu rakan rakan di fesbuk siapakah gerangan baby tersebut
ramai la yang meneka dan mengomen

ada yang 

" ya allahhhhh debab nyaaaa anak sape ni"

ada jugak yang

" weiiii sape niiii geramnyaaaa . ko ke ni"


ada jugak yang


"wehhhh gileee ketak ketak ahhaha"

dan yang paling best

" ezan kau ke ni? gilaaaa debab nyaaaa. kalau dapat kat aku aku gigit gigit lengannn"


tettttt.

statement last sekali tu tetibe aku dok imagine lain kakaka. 

sebenarnya gambor baby tu gambar laki aku masa kecik

dah aku terbayang kawan aku dok gigit lengan laki aku.

makkk tak sanggup noks! haha!








nah aku share gambar nye




korang ada rasa nak gigit lengan dak?? haip! kakaka


kbye

Apr 6, 2015

main dengan ibu ayam. watdeffffff

aku geram betei dengan manusia manusia yang sangap sangat pi google word "Main dengan ibu ayam"

kebetulan pulak ada satu entry aku ada perkataan mak ayam. lepas tu terus laaa aku punya blog jadi top 5 kalau ada manusia search wording tu. 

tak percaya korang try la search.

tak maksalahnye sekarang ni aku heran betul. yang suka sangat main dengan ibu ayam ni dah kenapa?

yang tua cencorot kedut kedut ni la korang gemor sangat dah kenapa?

pegi mengaji quran la wei elok sikit. 

emosi betul ai

Apr 2, 2015

setabak

Dah dua hari aku menetap selama 5 jam di setabak KL sentral ni. Well, camni la contoh orang yang tak berapa nak bekerja macam aku, dua bulan jadik housewife plus partime business. tapi aku dah rasa macam nakharom bosan duhhh. 

So sangat respect pada suri suri rumah lain yang memang full time housewife. ahkak takbolehh kalau tak keje. rasa bosan melantun lantun. pffft!


btw next week ill start my job as a civilian . yes. again. nak terapkan i love my job dalam diri tu susah. tp nothing to do dok rumah makan tido tengok tv lagi susah!!

Btw aku perasan jenis jenis orang yang lepak setabak dengan segelas air yang bersamaan satu set mcd large ada macam macam jenis.

ada yang memang kaya raye minum setabak sambil tengok saham naik turun

ada dak dak pejabat lepak cerita pasal kerja/busines

ada yang dating dengan pakwe makwe sambil acah acah hipster

ada yang student buat assignment beli segelas air kongsi reramai 

ada yang menunggu orang then taktau nak tunggu kat mana so terpaksala duduk setabak habiskan rm15 untuk segelas air sebab kat sini je la ada plug wifi and kerusi lembut, oh aku la tu. 

welllll. takkan nak lepak mamak pulak? tak ada ada la giteww. kah!


peh hipster betei siap ada fixi punye novel kakaka






btw  korang apa cerita?

Mar 13, 2015

bila kuasa veto di tangan lelaki

Aku kat kedai mamak sambil update blog ni. Sape suruh laki aku bizi dengan coc. Kan aku dah update blog.

Peh berjaman tak update. Rindu tak? Rindu tak?

Ni aku nak cerita kisah rumah tangga sikit buat pedoman kat korang yg tak sabar sabar nak kahwin tu. Kakakaa

Aku dengan laki aku before kawen kitorang ni kawan baik. So lepas kawin ni takdek la bercadang nak guna panggilan apa kan. Biar bende tu sepontan giteww. Barula sosweet.
So lepas kitorg kawen tetibe boleh lak masing masing bahasakan diri yang , aok keh aok keh. Aok keh ni loghat org pahang. Aok tu awak. Keh tu saya. Kahkah. Sweet tak sweet tak?

So lelaki ni memang lah ketua keluarga kan. so derang cam ada kuasa sikit la nk buat keputusan pape pon dalam family. Kadang2 aku memang selalu pangkah and tak setuju and rebel tapi last2 aku jadi setuju pulak. Padahal memula aku tak setuju habis habisan. Dia guna ilmu apa ni nak tundukkan aku yg lemah dan mudah dilemahkan ni? Kah kah

So segala arahan arahan yang dia suruh ofcos la kite kene buat selagi tak bertentangan dengan syarak. Cewah. Tp laki aku ni kenkadang anoyying dia tahap over tau!

Mentang mentang la kuasa veto kat tangan dia. Sesuka je arah arah. *emo2

Contohnye bende yg dia slalu arah yg wat aku cam rebel

*yang, keh arahkan aok caj handphone keh*

*yang keh arahkan aok jemur tuala keh*

* yang keh arahkan aok tutup laptop keh*


Mengada ngada tahu dok?

Caj handphone pon nak suruh bini.

Kakakaka. Tapi aku buat laaa. Kang melawan kang sesia jek tak dpt pahala tau! Aku nak kumpul pahala ni. Korang baik kawen cepat. Bila dah kawen ni senang dpt pahala. Kenyit mata kat laki pon dapat tau!

K lah nak kumpul pahala jap.

Kbye

*kalau typo harap dimaapkan. Sebab taip guna hp ni. dh la jari gemuk.

Feb 28, 2015

SILA TINGGALKAN LINK!

Hai makwe dan pakwe sekalian.

Memandangkan aku nak aktif balik berblog, aku nak cari banyak banyak blog yang masih aktif untuk dibaca. sebab bloglist aku yang dulu kebanyakan blog dah tak aktif. sedih je tengok!

ok buat mereka yang aktif dan nak sama kunjung mengunjung ( amboi dh macam hari raya? )

sila tinggalkan link blog anda di bahagian comment!

terima kasih!

*entry ini ada gam! sila ke bawah utk entry takde gam!*


Jan 8, 2015

kisah aloe vera

Masa kecik kecik dulu budak budak mesti akan dimomokkan dengan cerita cerita seram dan diselitkan dengan petua petua orang tua. dulu selalu aku ditakutkan cerita seram hantu belakang tandas lah, langshuir atas pokok lah. dan pernah satu hari tu aku diajar care nak tengok hantu. 

caranya amek kapur makan tu. sapu kat tapak kaki penuh penuh lepas tu lari laju laju. tengah lari tu toleh belakang laju laju and anda akan nampak lembaga putih follow. kahkah. baler entah macam mana la aku boleh percaya cerita cerita gini. 

Selain itu aku jugak membesar dengan petua petua melayu dan di antaranya petua cantik menggunakan pokok lidah buaya. iaitu ambik lendir aloe vera nya. salah satu petua yang aku ingat ialah sapu kat kening sebab nak kening lebat. kahkah. hampehh masa kecik kecik dah berangan nak jadi elfira loy. nangis mak aku kalau tau aku sanggup pi naik basikal ramai ramai dengan member kampung pegi masuk jalan dalam sebab nak petik daun lidah buaya. masa ni kalau bawak balik rumah hari hari pakai sebab nak cantik! 

siapa tak kenal pokok lidah buaya meh akak bagi tamparan wanita meh.

Ni ha diaaaa


ni lendir dia. bukan lendir lain tau


sekarang memang susah la weiii nak cari pokok ni kalau dok bandar yedok. tapi tak payah nak risau sekarang dah ada produk yang original punye berasaskan aloevera dari pokok lidah buaya ni. ni aku nak share sebab aku rasa produk ni bagus untuk korang yang menjaga kecantikan macam aku. kehkeh

wangiii nyeeeeeeeeeee



Ini aku snap khas buat tatapan korang. aku pakai untuk kecutkan jerawat aku ni. baru semalam pakai hari ni dah nampak kecut sikit ok!

paling best yang aku suka pasal gel ni ialah

1. WANGI WOI
2. SEJUK DAN RASA SANGAT FRESH
3. TAK BERMINYAKKK LANGSUNG

jap aku nak selfie dengan bende ni akkaka

 

lagi satu gel ni bukan jerawat jek ok! ni aku scan kan untuk korang kebaikan dia untuk kulit luka dan rambut/kulit kepala. senang sikit korang faham


HA TERUJA TAK TERUJA TAK?

Semalam sampai jek bende ni kat ofis terus aku dengan dak dak ofis try. Lepas tu apa lagi ofismate aku terus jatuh cinta pandang pertama sebab kulit dia tengah menggelupas terukkk. terus laju laju dia order. yang best servis pantas terus dapat hari ni. lepas tu terus jek depa sapu kat muka hahaha. mana nak dapat servis mcm ni woi




ni sedikit testimonial dari pengguna tegar gel ni


Testimoni : Dia ni ada banyak parut jerawat,jeragat dan tona kulit tak sekata. Lepas guna Evaros Skincare selama 3 bulan, dah boleh nampak kesan dia. Parut makin pudar,jeragat makin hilang dan tona kulit makin sekata. Kulit muka makin halus. (Credit picture to @Atiqah Rahim)

DAN PALING PENTING IANYA HALAL!


SO MANA NAK CARI NI EZAN OIIIII

SINI HAAA 

FACEBOOK :  EVAROS SKINCARE
INSTAGRAM :  EVAROS_SKINCARE

ATAUPON KORANG BOLEH TERUS CONTACT JE SMS KE WASAP KE 

ZULFIKAR HAZRI - 017 608 2361

OK KAWAN KAWAN . INGAT TAGLINE KITE

" CANTIK ITU ADALAH HAK MILIK SETIAP WANITA POWER CEWAH" KAHKAH

OK BYE