Pages

Total Pageviews

Nov 26, 2015

TIPS BILA RINDU SUAMI

hye guys. kalau korang berjaya baca entry ni atau sedang baca entry ni makanya entry ini berjaya tidak disimpan ke dalam draft. pffft hahaha

punya aku takde idea langsung nak mengarang ke mengomel ke sebab aku rasa life aku sekarang tak fun. penuh dengan kekosongan cewah. tapi apa apa pun aku bersyukur selera makan aku tetap fun hewhew

btw aku nak kongsi tips sikit kat korang yang memerlukan. Tips Handle Hubungan Jarak Jauh. andai kata satu hari nanti korang ditakdirkan berjauhan dengan laki enkorang macam aku ni,  maka guna la tips tips yang aku bagi ni. walaupun nampak macam aku relax je dok jauh dengan laki 3 bulan sekali baru jumpa, tapi once a month aku akan datang tahap rabak meroyan nangis tepi katil. tapi esoknya dah ok riang ria lompat bintang seperti biasa. kahkah

Biasanya maksalah maksalah macam ni jadik kat perempun je. Laki jarang layan perasaan rindu2 ni. Contoh nya laki aku la. aku ni tahap rindu dia kaw kaw dia relax je layan group truckers dia. tapi dalam hati siapa tahu yedokk. bahaha. 

Btw tips ni untuk orang yang dah kahwin. yang belum kahwin nak rindu sampai takde napas bagai tu kang aku taboq sat g. pi cari duit dulu lah nikah cepat2. kakaka


TIPS!

DON'T


  • JANGAN layan cerita love romance kalau nak selamat. bila layan ni korang akan terus rindu tahap meluap luap takleh control rindu kat laki. serius ni
  • JANGAN selalu layan perasaan dengar lagu tangkap leleh sambil tengok gambor laki. compem meleleh air liur rindu bahaha pfft
  • JANGAN selalu whtsapp suami cerita pasal kerinduan korang yang tak tertanggung tu. Kalau whatsapp just tanya khabar ke borok hal hal lain ke. janji jangan bg tau berulang kali yang korang rindu sebab ini akan memudahkan perasaan rindu tu muncul . 
  • JANGAN berfikiran negatif. Laki tak balas msj sikit dah emo tahap menangis tu sampai meniarap atas katil sampai hingus terkeluor. aku lempang sat g.


DO


  • Busykan diri dengan kerja korang, Cari hobby baru macam melukis ke baking ke. even tak pandai melukis pon try la tiru je dekat google . dah siap nnt frame kan boleh jadi hiasan kat rumah. cewah
  • Layan movie best. Kalau boleh series ke, supaya korang takde sikit pun masa terluang. so korang akan semangat nak sambung season series tu sekaligus buat korang lupa yang korang tengah rindu laki . tapi jangan sampai lupa korang ada laki pulak. kahkah
  • Kalau rasa rabak pergi beli aiskrim vanila pastu makan sorang2. Jangan bagi orang lain. 
  • Lebih mudah kalau korang dah ada anak. so tengok anak membesar depan mata lagi seronok dari mengstresskn diri dengan benda2 yang boleh mendownkan diri yedak.
  • update blog (yang ni aku tak bape nak follow kakakaa)
  • habiskan masa dengan kawan kawan. Yang ni agak susah bagi aku sebab mostly kawan aku semua dah berumahtangga so demeh pun dah ada life sendiri. tapi kalau diorang still boleh lepak2 even dah ada family, itu bonus bg korang. 
  • yang paling penting back to Allah pape pun yang korang buat. confirm korang akan strong punya hadap semua problem.


Tu je la kot. Kalau korang nak tambah silakan. Orang yang duduk jauh dengan laki je faham macam mana rabak nye bila time mood down datang. yang tak pernah rasa takkan faham punya. So bersyukurlah kalau korang boleh tengok muka laki korang tiap pagi bangun tidur tiap malam bila nak tidur. hargai suami ok!


tak sekarang dah kenapa aku nak kena bagi tips hubungan suami isteri pulak sekarang ni??



8 comments:

  1. betul gak.. rindu bila en suami kena outstation ... huhu seminggu tu lamanya rasa

    ReplyDelete
  2. dahtu mana tips letak gambar muka sndiri dlm wallet laki ni?
    mananya..mananya..

    ReplyDelete
  3. JANGAN selalu whtsapp suami cerita pasal kerinduan korang yang tak tertanggung tu => yg ni akak xleh elak.. miahahaha

    ReplyDelete
  4. hahhah.. tips gituw. dh kawen nina baca okay. nk skip sat :P

    ReplyDelete
  5. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

komen itu penyegar jiwa