Pages

Total Pageviews

Jun 30, 2015

kisah pokok ceri

Masa aku kecik kecik dulu, aku bukan lah dikategorikan sebagai seorang kanak kanak versi perempuan perempuan walaupun aku perempuan. aku lebih cenderung ke arah dak dak laki. anak patung? memang tak pernah ada. sebab aku anak kedua dan aku ada kakak. jadi aku dengan kakak aku sangat independent dari kecik lagi, kitorang lah abang dan kakak kepada adik2 yang lain. 

Mak aku pulak kerja2 yang dia tak boleh buat macam panjat panjat tempat tinggi atau masuk bawah rumah yang sempit tu (kalau ada pape jatuh dr celahan lantai rumah) semua la aku dengan kakak aku yang akan amik alih. ayah aku selalu takdek kat rumah sebab kerja sara hidup keluarga. so keadaan ini lah yang membuatkan aku lagi independent. 

itu kalau kat rumah, kalau scene main waktu petang pulak, main baling tin guna selipar kalau kene kepala tu boleh berpinor biji mata, main panjat pokok, pi mandi sungai sampai ada taik orang timbul aku ingat kayu, (cilakak) and racing basikal ramai2 kat jalan ke rumah tok Anjang tempat kami mengaji. 

scene panjat pokok ni ikut musim. kalau pokok berbuah, biasanya rambutan la paling best panjat sebab boleh makan terus. selain dari tu, panjat pokok ceri yang tak payah tunggu musim sangat. biasa memang ada je buah dia. pokok ceri ni banyak yang rendah je sebenarnya. tapi dekat sebelah rumah aku memang tinggi. korang kenal tak pokok ceri ni? Ni ceri kampung. bukan ceri dok bubuh atas kek tu. buah ceri ni kalau dah masak memang lembut dan rapuh. kalau picit sikit boleh terburai isi dia. manis. masa kecik2 memang suka makan. tak basuh petik makan terus haha. selain dari makan boleh guna untuk pedajal member. letak atas kerusi lepas tu bila member yang dipedajal duduk habis lah seluor dia . haha

ni gambar ceri yang dah dipetik.



zaman zaman ni siapa panjat pokok ni paling laju dan tinggi ofcos dia power. macam biasa aku memang kalau dalam segala hal memang taknak kalah. satu hari aku konon nak tunjuk yang aku boleh panjat pokok tu dekat member2 aku especially lelaki, dengan pakai baju power rangers seluar pendek paras lutut, selamber je aku panjat tak pikir dah orang lain

terror kot masa ni. sampai jek atas tetiber rasa bangga macam nak cakap kat satu dunia wahai semua lihatlah kepantasan aku panjat pokok tanpa berpaut pon. tapi2 ada pulak suara2 sumbang kat bawah pokok dok gelak gelak kan aku sambil bisik2. dah kenapa?

cilakak

rupanya2 seluar aku koyak. betul2 kat tengah. takyah la aku eksplen kat mana karang terbayang bulan puasa ni dah susah aku nak handle. nasib baik aku pakai sepender. terus laju2 aku turun balik sambil jelir lidah kat dak dak lain. apa lagi dah malu haruslah lari naik rumah. 

lepas case tu, scene panjat pokok aku dah slow sikit. aku tukar main jual2 nasik lemak guna daun dan tanah liat kat tepi padang takraw sambil tenung pokok semalu. 

kah kah kah





17 comments:

  1. KO NI MCM AKU LA ...AKU PUN SUKA MAIN GANAS2 ...PANJAT POKOK TAK YAH CKP LA POKOK NYIOR PUN AKU SAMPAI KE ATAS ... HAHAHA BUNGY JUMPING DR ATAS POKOK IKAT KAKI KAT TALI .... GILA ... HAHAHAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kakkk. best gilaa ganas2 ni hahaha dah besar baru ayuu

      Delete
  2. Dulu masa aku kecik ada banyak pkok ceri camtu kat belakang sekolah cina.
    Sekarang sebab sekolah cina tu bina tambah bangunan dan tambah court basket, maka terhapuslah sudah semua pokok2 ceri tu.

    Tapi nostalgik beb ceri tu. Boleh tibai sampai kenyang ooo...

    ReplyDelete
  3. huyyoo..power rangers pakai suar koyak. kahkahkah.

    dd plak kalau nampak buah ceri ni teringat bulan puasa taun remaja remaja. pegi melawat kubur arwah abang, pastu lalu kat pokok ceri yang tengah sedap berbuah. apalagi..sambil lalu je..zasss. tarik buah, kunyah, telan..ada la 3 bijik. pastu adik tego.."woii. tak puasa ke?".

    aiseh, lupa. mujur makan ceri tak kenyang. hehe.

    ReplyDelete
  4. hahahahha.. nasib baik pakai spender.. jap, aku bayangkan spender Mickey Mouse kaler pink siap ade ropol ropol.. eh..


    koh koh koh koh koh.... ~

    ReplyDelete
  5. part taik timbul tu kelakar. HAHAHHA

    Mesti malu gila bila seluar da koyak tu. HAHAHA
    Pernah ada satu insiden masa sekolah rendah agama,
    Nampak spender gak, tapi nasib baik sorang je yang nampak.
    Dan nasib baik yang nampak tu pompuan. Fuhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeee memang malu gila la kalau bab bab seluor koyak nii

      Delete
  6. hai

    kalau cari idea DIY yg murah & super cute boleh visit blog/ig kami
    ada paperbag, sticker, tag & card :)

    tq tuan tanah

    Our blogshop, cardbymyan.blogspot.com click >>CARDBYMYAN or instagram kami @begkertas. click >>@begkertas


    tq :)

    ReplyDelete
  7. dulu ada 2pokok ni depan rumah.
    time panjat memang syok. siap ada buat buaian.

    tapi time daun2 kering bertaburan, menangis jugak nk bersihkan.
    hahaha.. gaduh sapa nk kena bersihkan.

    ReplyDelete
  8. rugi x join main sekali masa tu.. hehe :P

    ReplyDelete
  9. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  10. yeahhh kita sama team panjat pokok mana2 pon boleh. pokok bunga je tak :P
    xpernah lg koyak seluar.. hahaha. tak pernah lg mak2 ambil brg bawah lemari, bwh meja sbb size. hehee

    ReplyDelete

komen itu penyegar jiwa