Pages

Total Pageviews

May 14, 2010

Malam itu

Angin bertiup halus.
Terasa sejuk cuping telingaku.
Aku baru sahaja selesai membersihkan diri.
bebanan kerja menyebabkan aku berpeluh.

aku perlu bersiap.
malam ini aku perlu menghadiri jamuan makan yang dianjurkan oleh JKR Raub.
dengar kata ada BBQ. Ayam dan patin bakar.
menggugat selera aku yang sedang berdiet.

aku menyarungkan seluar hitam berjenama diesel.
kenapa hitam? sudah tentu ingin menampakkan sedikit kurus. haha
baju t berwarna kelabu dan cardigan hitam. 
malam . sudah tentu sejuk diluar sana.

Pipi ku hanya dicoletkan bedak padat Miami.
sedikit pembayang mata coklat lembut.
dan mascara.
tidak lupa juga sedikit pelembap bibir ku yang kecil.
aku jarang menggunakan pelembap bibir.
bukan sebab malas atau sudah habis stok.
alasan nye ialah sering terlupa. 
huhu

kemudian selendang hitam aku lilitkan dikepala.
bagi menutupi rambut hitamku.
siap. 
ku renung wajahku di cermin.
sempurna seperti wanita lain.
terima kasih tuhan.
kemudian dengan menaiki kancil bersama rakan pejabatku.
kami menyusur jalan yang gelap
dan cuaca yang dingin menyebabkan aku kesejukan.

setibanya disana, aku lihat ramai yang sudah tiba,
ada yang sedang mengipas2 ayam. kelihatan peluh jantan mereka menitis perlahan.
ada yang menonton Piala Thomas dengan perasaan yang mendebarkan.
ada juga yang sedang berborak menceritakan hal dunia,sukan dan bermacam-macam.

kawan sepejabatku terus mancapai pinggan.
perutnya sudah menari riang.
lapar kata nya,

aku hanya mengambil buah tembikai
sementara menunggu tetamu lain tiba.
untuk makan bersama

aku mengambil tempat.
sambil mengunyah tembikai yang merah isinya.
terdengar perbualan mereka.
masing-masing meramal nasib Malaysia di tangan Denmark setelah kalah dengan Jepun.



''aku rasa Malaysia kalah la dengan Denmark malam ni. '' kata seorang daripada mereka.
seorang lagi menyampuk.
''alah! Malaysia ni kalau sukan boling je leh menang, Tu pon sebab ade Dato'Nicole David''


Suasana yang tadi senyap dipecahkan dengan gelak tawa yang amat kuat.
aku pon tegelak. hahahahahahahahaha.

sejak bila Dato'Nicole men boling?


huhu. mungkin ?


ketawa masih berbunyi.


aku sendiri masih ketawa.
Mungkin satu hari Dato' Lim chong Wei main Boling pulak?
siapa tau kan?


jamuan berakhir dengan kemenangan Malaysia terhadap Denmark.
SYABAS :) 

dan aku?

masih tersenyum . 
tidak sabar ingin menceritakan insiden tadi kepada rakan pejabat yang tidak dapat hadir jamuan malm ini,

tamat.










1 comment:

komen itu penyegar jiwa