Pages

Total Pageviews

Mar 20, 2012

Surat Amaran Pertama



Per : Surat Amaran Pertama 


Kehadapan adik adik lelakiku (tiga org semuanya)

Assalammualaikum. diharap adik2 lelaki akak sihat sejahteralah hendaknya. yang mana baru balik sekolah tu, jangan letak baju sekolah dekat atas kusyen ye, letak terus dalam mesin basuh. karang kalau tertinggal basuh baju kamu, mula lah ada alasan kamu taknak pergi sekolah keesokan harinya.

beginilah, adik adik sekalian. di sini akak nak buat luahan perasaan sikit memandangkan ini ajelah medium akak untuk melepaskan luahan yg terkandung di dalam jiwa nurani akak yang lembut ni.

nak ringkas kan begini je lah , nak cerita panjang lebar karang tak guna juga, sbb adik adik masing2 suma masih belasan tahun lagi . jadi, mana lah tahu erti tersirat ye dak?

ok. tahukah adik adik sekalian, gaji yang akak dpt bulan bulan dari pekerjaan akak menjaga konkrit, berapa persen daripadanya akak gunakan untuk mmbayar piring yang tergantung di luar rumah? dan tahukah juga adik2 tv senipis biskut hupseng itu adalah dari duit hasil titik peluh mak dan ayah berbisnes? oh jika adik2 tak tahu, ini lah yg akk nk beritahu.


jadinya konflik yg berlaku disini ye adik2 sekalian, 


1. adik adik telah membuat ayah kecewa dengan buletin utamanya
2. adik adik telah membuat mak kecewa dengan gerak khasnya,
3. adik adik juga telah membuat kakak kita yang sulung kecewa dengan video  klip terbaru di hitz.tv nya
5. adik adik telah juga membuat kakak ke 3 adik iaitu adik kepada akak kecewa dengan drama-drama astronya
6. adik adik juga telah membuat adik bongsu kita kecewa kpopnya.
7. bagi diri akak pula, akak telah kecewa dengan adik2 sebab akak tak dpt mngalirkan air mata akak dgn  drama cerekarama tv 3 setiap sabtu. 

ini kerana adik2 terlalu menumpukan pada satu saluran di mana saluran yang menyaksikan segala jenis liga liga juara, epl,espn, axl akulah kekasih mu, dan sebgainya. 

bukan akak tak kasi adik2 tengok saluran itu, kakak juga kadang2 gembira dgn saluran itu kerana mungkin kakak faham seruan kerajaan ''majulah sukan utk negara'' . dan juga bila menyu mula menunjukkan belang nya,  selain itu abang ba akak ( merangkap bakal abang ipar adik )  juga ada di saluran tersebut. setelah puas dengan saluran yang dinyatakan tadi, adik adik terus menyambung siaran wwe, wwf, dan www.sukahati.com. 

tapi kalau dh yg ulangan pon adik2 tengok tiap hari, payah juga akak nak faham apa jenis minat entah adik2 smpaikan hari2 pon adik kene tengok ulangan yg sama

ye... akak tau... akak faham... yang sorg minat chelsea, yg sorg liverpool, yg sorg lagi mhancaster. 

tapi kdang2 hidup ni kita kene warna warnikan adik2, payah juga kalau hidup asek dgn bola aje

jadi bila akak dapt aduan dr mak kita merangkap penolong pengerusi keluarga, berkenaan perangai adik2 yang telah mmbantutkan cerita gerak khas mak, mak telah mencadangkan agar memotong saluran tersebut dan hanya meninggalkan saluran family shaja.



amboi kejam kan bunyinya? 



nanti kalau adik2 hanya tengok tv 1, 2, 3  astro ria, prima, tak ke malu adik2 dgn kawn2 adik yang boleh jerit goaaaalll  kat rumah? bukan apa, ia juga sebagai persediaan adik2 juga dari segi mentaliti untuk bertimbang rasa dengan bakal wife adik2 nanti setelah adik berumahtangga kelak.

jadi disini sbelum akak meluluskan permohonan mak kita, adik2 pndai2lah bahagi masa dan saluran dgn adil ye untuk sluruh seisi keluarga, kerana tv dan astro itu adalah hak milik idma sekluarga.


Majulah cerekarama untuk tv3.

sekian


amboi kemain

mcm model tak jadik taww


hero-hero idma. yang paling gagah tu abang kawasan tau. kakakaa


38 comments:

  1. majulah kakak untuk adik(s) kesayangan..

    ReplyDelete
  2. kemain kemain.. potong jer.. kah kah kah

    ReplyDelete
  3. bila nak buat 'last warning yg pertama'?

    ReplyDelete
  4. jangan stress ye kak...adik2 nak membesar..

    ReplyDelete
  5. haishh. kan dah kenaa warning adik adik akak sekalian. haha

    ReplyDelete
  6. ahakks... moon pon dah jadi kakak yg kejam gak...


    saluran sukan dah potong... maka..adik2 xleh tgk bola...

    ngee~

    ReplyDelete
  7. hahaha lepastu adik adik pesen suka lepak mamak pulak!

    ReplyDelete
  8. alkisah mewakili adik2 lelaki, "kami mahu hak kebebasan, reformasi, transformasi, 1epsn, 1wwf, pertimbangkan hak kami sebelum kami jadi hulk hogan" kekee

    ReplyDelete
  9. hahaha adek wa mcm tu gak ezan.
    blk skola campak je baju.tau la aku ni pegannggur.tp bukan bibik.dem.
    haha.adek kau baca tak ni?haha

    ReplyDelete
  10. tudia pesan kakak kawasan. kirim salam adik-adik. kehkehkeh

    ReplyDelete
  11. kirim salam dekat abang kawasan.Cakap dengan dia,hutang tu nanti aku bayar.Jangan simbah cat merah lagi dekat dinidng rumah aku.

    ReplyDelete
  12. Yang adik i pulak tak habis2 dgn Animaxnye. Sabarlah kita sbg kakak.
    -_-'

    ReplyDelete
  13. Spesis kakak macam anda sangat special. Kahkahkah.

    Jap! Comelnya muka sedari, tapi comel lagi adik-adik sedari. (pantun 2 kerat). Mihmihmih

    ReplyDelete
  14. ohhh.. bakal adik ku buas jugak rupanya.. ;p

    ehh.. bakal adik ke.. heee

    seb bek la kakak kua gak kn..

    ReplyDelete
  15. hahaha...kalau kat umah saya pulak..saya la pegang remote tv..heee

    ReplyDelete
  16. baju hitam tu macam nak siku orang saja

    ReplyDelete
  17. abang wan nak pesan ni.

    kepada adik adik kak ezan sekalian, termasuk juga abang kawasan.

    adik adik semua dah dapat belajar sesuatu dari WWE, WWF kan?

    apa lagi, ajak je kak ezan gusti!!.

    heheheh.

    ReplyDelete
  18. gua sokong adik-adik lu, Ezan. tapi gua tak sokong team yang dowang sokong. Chelsea??? euwwww!

    haha

    ReplyDelete
  19. harap harap adik baca entry ni dan ambil peringatan seriussss

    ReplyDelete
  20. Abg kawasan tu yg paling dekat nak rupa Ezan.hehehe

    ReplyDelete
  21. hahaha bagus2 layan bola baru hidup terasa ada meriahnya.

    ReplyDelete
  22. Masuk akuan kedua astro, pasang kat TV lain... 50% diskaun..

    pastu suruh adik2 awak kerja jual kopok lekor depan umah bayar bil astro..

    pasti mereka akan kenal langit itu tinggi atau rendah.

    Eh yg abang kawasan tu dah Baiah dengan ayahanda belum?

    --ayahanda kawasan Lipis, Raub Gombak dan shah alam.----

    ReplyDelete
  23. pergh gentle gila kak idma ni hehe

    ReplyDelete
  24. adik adik sekalian..
    jikalau rancangan favorite kita dipotong, abang cadangkan kita mogok dengan lepak di mamak yang lagi seronok scenenya berbanding di rumah..

    majulah mamak kerna bola sepak..

    ReplyDelete
  25. kene beli tv lagi satu nampak gayanya~

    adik2 sekalian..sila dengar pesanan kakak kamu ni ye,xmo nakal2~ ;p

    ReplyDelete
  26. hahahhaha.. sama lar ngan kita kat umh tuh.. tp xde adik2 lar.. abg2 yg seramai 3 org.. at last hasut mak potong sukannn! hua hua hua

    ReplyDelete
  27. Kaka yang comel, kenalah simpan wet nak beli tv baru..... Untuk mak dan abah.... Hheee...

    ReplyDelete
  28. hahaha sengal jer suratnya...lemah gemalai bahasanya..hihi

    ReplyDelete
  29. haha..budak2 zaman sekarang....

    emmm....Manchester salah eja...sengaja la tu...hehe...sume pengaruh abang ba la ni..

    ReplyDelete
  30. akak beli la astro lagi satu.apa ada hal..

    ReplyDelete
  31. oh adik2. kasihan sama ahli keluargamu yang lain.

    hehe

    dill.

    ReplyDelete
  32. hep.. hep.. biase die adik2 ni... nakal sungguh..

    pesan dari abang ipar... hahaha

    ReplyDelete
  33. delima jgk perasaan dalam surat ni.ah potong je adik.adik tak dpt tgk, akak pon tak dpt tgk.habis cerita.

    ReplyDelete
  34. hahaha. surat amaran terbaik menyentap jiwa

    ReplyDelete

komen itu penyegar jiwa