Pages

Total Pageviews

Jul 28, 2013

Mengorat (2)

Ni dah masuk kali kedua aku dingorat pada tahun ni. acewah. kahkah. mengorat kali pertama boleh baca ni  (Mengorat)

Tapi, kali kedua mengorat ni dia punya pergi lain macam sikit. 

Macam ni cerita dia.

Di suatu petang ramadhan, Elisa Azura ( Bukan nama sebenar) hendak menyiapkan juadah berbuka puasa . Lalu beliau ke kedai untuk membeli air batu. Disebabkan jarak ke kedai tidaklah berapa dekat, Elisa Azura menunggang skuternya untuk ke kedai.

Setibanya ke kedai, beliau terus pergi ke bahagian peti terletaknya air batu, lalu beliau membayar di kaunter. 1.50 ringgit malaysia beliau berikan kepada juruwang berbangsa Bangladesh. 

Setelah urusan jual beli selesai beliau kemudian menyetart enjin motor beliau dengan lemah gemalai. Tiba tiba, seorang lelaki yang kebetulan berada tidak jauh beberapa meter dari beliau menegur beliau.

Disebabkan kesombongan yang terserlah yang telah menjadi prinsip kewanitaan kepada Elisa Azura, beliau mengendahkan sapaan lelaki tersebut sambil terus mempress throtle beliau laju laju. 

tiba-tiba motor Elisa Azura gagal dikawal lalu mengeluarkan bunyi,

sretttttttttttt ketakkk ketakkk

Elisa Azura terkejut lalu membrek emergency motor beliau apabila beliau hampir terjatuh.

berdebar debar Elisa Azura.

muka nya merah tiada terkata, ibarat darah pahlawan raja.

Apabila diperiksa rupanya beliau lupa mengangkat tongkat. Ditoleh ke belakang dilihat pemuda tadi tersenyum seribu makna.

malu sungguh rasa dihati, seperti mati hidup kembali. Beliau terus memecut dengan hati yang dicalari. 

kahkahkah

Tammat.

 


P tongkat s : ingat semua lelaki tu tegur engko nak mengorat engko ke? dia cuma nak kabo, tongkat woi tongkat.



19 comments:

  1. hahahahhahahhhahahahhahahahahhahahhahahahahhahahahhahahahhahahahahhahahahahhahahahahahhahahahahah :D

    ReplyDelete
  2. Hi…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. ke elisa azura tu ezan idma? aku konpius ni

    ReplyDelete
  4. Suka gila baca cita nih :), design logo payah nak buat sbb mahukan abstrak pujangga banyak maksud baru dapat logo yang lejen! :D

    ReplyDelete
  5. kalau aku dah rasa malu gila. haha

    ReplyDelete
  6. kahkahkah.. sengal aok ni.. sengal..

    ReplyDelete
  7. Aku ada cerita lebih kurang zan, tapi lupa nak zip beg. Kau bayangkan dari rumah aku nak sampai ke traffic light uitm bapak jauh. Mujur abang myvi tolong bgtau. Aku dengan sombongnya mula2 taknak layan dah 3 kali dia panggil terus aku pandang. cilakeeee sekali tak zip beg. Ingat nak ngorat :(


    yang benar,
    izara(bukan nama sebenar)

    ReplyDelete
  8. Elisa Azura kunun.. phuiii.. kah kah kah...haaa.. kan dah kemalu kemaluan..

    "tidak mengendahkan" yer.. mengendahkan tue maksudnya menghiraukan...

    ReplyDelete
  9. malu giler beb...pernah jugak akak ada sejarah seperti itu...

    ReplyDelete
  10. tu la... kan dah... ape la elisa ni... relaks sudah... nampak sangat gelabahnye... ntah2 dah tangkap syok sama lelaki yg usha2 tu... hehehe..

    ReplyDelete
  11. TAPA..TAPA...KONPIDEN LEVEL KENA NGURAT HARUS LAH TINGGI.

    ReplyDelete
  12. kehkeh.
    punyalah sombong sangat.

    selamat hari raya kek ejan!

    ReplyDelete
  13. entah2 dia memang nak ngorat.. tapi lepas insiden tongkat.. terus dia kensel.. "menggelabah makwe ni.. reject"

    ReplyDelete
  14. hahahah. tak semestinya orang pandang/panggil tu nak ngorat. jadi kita sebagai wanita haruslah anggap panggilan/pandangan mereka tu ada sebab lain dan bukan untuk tujuan mengorat.hahah

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum. wakakaaaa lawak okey! ;p

    ReplyDelete

komen itu penyegar jiwa