Pages

Total Pageviews

Nov 27, 2013

Resepi Spagethi paling simple dan murah.

Apehal blog aku dah macam perempuan perempuan nak share resepi bagai?
kahkah

Aku rasa ni sebab umur semakin meningkat jadi perubahan hormon telah berlaku kakaka. ah lantak la. Hari ni aku nak share Resepi Spaghetti yang paling simple dan murah gila. Senang gila, budak umur 10 tahun pon boleh buat. aku tak letak pon sayur daging bagai. dah sebab resepi ni simple kan, aku simplekan lah ia.  Aku buat semalam bawak bekal pergi ofis.


ni gambar kat instagram aku. follow la ittewww - ezanidma


cara cara nya adalah

1) pergi ke supermarket beli Satu tin prego dalam tin : 4.50
2) Beli satu packet Spaghetti 5.20
3) Beli satu packet Sosej 3.80
4) Bawang putih dan holland sila cilok mak enko punya. 

Bahan

1 packet Spagethi
1 packet Sosej
1 tin Sos spaghetti Prego.
1 biji Bawang Holland dan 2 ulas Bawang putih

Cara.

1) Rebus spagheti tu dalam periuk biar dia tenggelam, rebus la selama berapa lama enkorang suka asalkan bila gigit spagethy tu takde la rasa lidi. Isi la setitik dua minyak untuk melembutkan beliau juga sedikit garam untuk merasakan beliau

2) Potong dadu sebiji bawang holland dan 2 ulas bawang putih. kemudian tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau

3) Potong sosej secara suka hati asalkan tak tercekik makan

4) kemudian campakkan secara power sosej dalam bawang yang ditumis tadi dan gaul sampai la dia meresap ke dalam sosej tadi

5) masuk sos prego biarkan mendidih dan tambah sedikit air kalau nak banyak kuah dan biar sampai la kuah pekat dan sosej masak.

6) korang boleh tambah garam gula ikut suka rasa dan kesedapan korang. aku tak tambah sebab kuah ni dah siap ada rasa

kemudian siap makan la apa lagi, muahhaa

Cost nya dalam lebih kurang  RM 13.50 dan boleh makan empat orang. Sorang dalam RM3.40

eh murahnya??

okbye


14 comments:

  1. Aku orang melayu, tak makan spaghetti, aku makan lemang g opis

    ReplyDelete
  2. saye suke mkn ngn sos carbonara je.. hihi

    ReplyDelete
  3. biar simple..yang penting sedap.. ni resepi express untuk bebudak pun bagus.. hehe..

    ReplyDelete
  4. Spagetti budget ni..dah lapar mmg bedal je le ni..simple x simple..hehe :D

    ReplyDelete
  5. ok gak ni Zan..senang masak simple ni. hehe. tapi aku lagi suka carbonara

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum ezan. sheila dah follow instagram awak. hehee. baru cari tadi. wahhh resepi mudah! Tapi sheila kurang minat sos dalam tin. masam sangat.. ada resepi macaroni cheese tak?

    ReplyDelete
  7. biasanya kalau yang jenis campak2 ni sedap tau :)

    ReplyDelete
  8. http://infojelita.blogspot.com/2013/07/sos-prego-spaghetti-ada-daging-babi.html

    ReplyDelete

komen itu penyegar jiwa