Pages

Total Pageviews

May 16, 2012

Kisah cinta seorang mak ayam.

ah berdebarnya lah kali ni nak buat entry kisah cinta ni. 

cerita dia macam ni. dua hari lepas, aku sebagai kawan yang boleh dikatakan mengambil kira kesunyian kawan kawan, promot la seorang jejaka ni pada seorang kawan aku yang konon konon sunyi. saja tambah kenalan. orang kabor, kalau rezeki ni sama sama kita kene kongsi ye dak? nak makan sorang pon tak boleh jugak. tamak org kabo. kahkah, jadi aku dengan bersungguhnya mewaksap kawan aku kabor yang ada ''barang baik'' nak kasi ke dia. jadi sekarang ni aku kire dah jadi mak ayam la, bagi anak anak ayam aku barang baik. faham? tak faham? peduli apa aku. kahkah.

tak, cerita dia bukan yang tu sebenrnya, tak start lagi cerita cinta aku ni.

macam ni

2 hari selepas kejadian mak ayam...

Lepas carik parking dekat bandar Raub Perdana yang mewah ni, aku dengan member aku laju laju keluar dari kereta sebab nak pergi cimb bank. ceritanya membe aku ajak teman dia ada hal mende tah. masa masuk tu, aku terus duduk  berhadapan dengan meja customer servis yang dekat je dengan kerusi aku tu.

masa ni duduk dah tak berapa nak senang sebenarnya. mana taknya, depan aku ni ada sorang pegawai bank merangkap kawan bapak aku . muda-hensem-wangi-menggiurkan, ok dah. dia punye kemeja belang belang coklat dengan tie maroon tu buat aku tak berapa nak menahan jugak sebenarnya. 


tiba tiba


Peg Bank  : eh awak ni anak en idris kan?
Aku          : aa , a'ah
peg bank  : buat apa sini
aku          : teman kawan, ada hal ( nampak tak sombong nya? )
peg bank  : oh, awak ada masa sikit? bz tak?
aku          : eh tak jugak
peg bank   : duduk depan saya kejap, nak discuss sikit.


masa ni hati meronta ronta tak payah nak kabo macam mana sebenarnya, woi peg bank ajak duduk bertentang mata woi. kahkah. aku pon duduk dengan ayu-sopan-santun. bila duduk tu aku letak hp atas meja, dia pon cerita la pelan goverment bagi untuk saving. sebulan 100. then dapat pencen dan perlindungan insuran dan bla-bla-bla. aku masa ni angguk je, sebab aku target last nanti aku nak kabo ke dia, sorry sy dah ada saving kat bank lain. tapi. 

tiba tiba


waksap hp aku masuk. hp nokia c3 ni kalau waksap masuk dia punye besor terpampang tu macam signboard Tunas manja jelas dia. waksap dari kawan aku berbunyi macam ni

''gud morning MAK AYAM''

laju laju aku tarik hp letak celah peha. masa ni aku punye gabra tak boleh nak handle macam mana bila pegawai bank tu ternampak dan tertegur

''eh? awak mak ayam?''

''eh, tak, kawan  saya , gurau. kitorg memang macam ni.''

''oh ok.''


masa ni aku rasa macam nak amek selipar yang aku pakai tu baling strek kat kawan aku yang hantar waksap tu. bila dah gabra tu, aku kaver balik.

''eh mana kita tadi? kalau saya amik ni , maknanya sy boleh keluarkan bila bila ke saving saya kalau dh taknak sambung?''

''yes. boleh cik.'' sambil sambung bla-bla-bla

masa ni dia punye malu, kalau bogel pon tak rasa berangin dah. aku perati peg bank tu dia macam nak gelak taknak gelak, nak heran taknak heran bila lepas dia baca waksap mak ayam tu. 

kesimpulan dari cerita ni adalah

1) aku dah setuju terima amek plan saving sebulan 100 sehingga umur 55 tahun sebab nak cover malu. 
2) Kisah cinta aku dengan peg bank tergantung begitu sahaja
3) gaji aku akan berkurang seratus setiap bulan lepas ni.
4) hah sekarang ni aku dah pegang title mak ayam paling power kat kawasan raub. mana mana yang nak barang baik sila dm kat twitter or waksap. harga boleh runding. 

bila aku cerita dekat kawan aku yang hanta waksap tu, dia bantai gelak bagai tiada hari esok.

lu  tengok dia bantai gelak je.


end.

   

May 10, 2012

menusuk, menebuk, dan mencucuk dengan hujung jari

Tadi, aku bukak fesbuk, lepas bukak saje je la kan cek bende bende yang dekat bahagian tepi kanan. Macam ada event ke apa. Lepas tu, aku ternampak ada dalam 9 orang poke aku. selama ni memang aku tak berapa nak ambil berat sangat jadah poke poke ni. Hari ni aku nak try mende best nye poke ni, aku bukak kamus  DwiBahasaOxfordfajar muka surat 307 maksud POKE disini ialah ''menusuk, menebuk, dan mencucuk dengan hujung jari. Ceritanya sekarang, macam mana aku boleh tak rasa apa apa bila 9 0rang  menusuk-menebuk-dan-mencucuk dengan hujung jari terhadap aku? Tapi dia punye tak putus asa tu tetap tak berakhir sebab ada pulak link suruh "POKE BACK" mereka yang poke aku tadi. jadi dengan selambanya aku telah menebuk 9 orang balik. kite tengok esok ada tak mana mana Orang mengadu ditebuk. Hah, siapa suruh berani menebuk aku dulu