Pages

Total Pageviews

Sep 15, 2015

kalau sayang, sayang besar mana?

hai semua, jangan risau aku masih hidup dan membesar dengan pesat sekali. walaupun kegiatan mengupdate blog semakin kurasakan pudar dalam hatiku, namun aku tetap gigih jugak update walaupun nambulan sekali. ini baru la namanya blogger sejati bero. kahkah.

seperti biasa kalau lama tak update blog, mukadimah haruslah bercerita tentang kebizian seorang kuli seperti aku and latest update life acah2 ada orang menunggu sangat update dari enko. bhahaha


pasal tajuk entry aku nak cerita samthing yang dia punye level memalukan diri tu tahap atas punya level. 


Tapi disebabkan nak kasik korang bahan bacaan bergenre umum (kadang kadang je 18pl) aku cerita la jugek


Sejak berlong distance relationship ni, aku banyak menghabiskan masa aku selepas kerja dengan lepak lepak bersama kejiranan. satu hari petang mendung mendung, aku dapat mesej daripada kak ita. akak level 4 ajak aku pi lepak mamak layan roti canai garing dal sambal.


so kak ita ni bawak la dua orang anak dia lepak sekali. sorang darjah satu sorang lagi 4 tahun. dua dua perempuan. yang si kakak ni perangai dia jenis suka merajuk emo tak tentu pasal. mak dia marah cakap kuat2 dia merajuk pi berdiri tepi jalan. aku pon taktau apa jenis memberontak la budak2 zaman sekarang ni. yang si kecik ni pesen tak takut mender. semua dia berani. kalau dia nak tp tak dapat , dia jerit sampai terpaksa bagi apa dia nak. aduih 


disebabkan aku dh lama kenal depa, so takdeklah awkward sangat bila demeh wat peel.  aku jegil mata je senyap teruih.


cerita dia masa aku tengah tunggu roti siap, kak ita ni entah pi order apa entah dengan si kakak. so aku ni tinggal la kat meja berdua dengan si adik tu. disebabkan dia nak main atas meja lah bawah meja lah aku pon nak bagi dia behave aku pon ajak la dia bervideo.


so biasalah kalau nak goda budak kecik haruslah guna handphone. aku rakam la suruh dia nyanyi ke apa. then aku tanya


awatif sayang kak ezan tak?

dia jawab sayanggg sangat
aku balas balik sayang besarrrr mana?

tau apa dia jawab?


sayangggg besarrr kak ezan! kak ezan gemuk!


cilakak. 


masa ni aku rasa nak pause delete terus je video tu hahaha.


tapi disebabkan nak cover punya pasal aku paksa dia cakap aku kurus . siap tanya "siapa kurus?" dia jawab kak ezan!! . kakaka


puas hati aku