ok kali ni aku makan dekat restoren cina muslim bapak lah sedap woi. sekali sekala tukar mood makan kedai masakan cina pulak. ni dah kali kedua pergi. 1st dekat kota damansara, ni secondly dekat dengan danau kota setapak. restoran Haji Sharin Low nama dia. tudia. aku taktau la sharin ni hensem ke dok. nama boleh tahan macho pewit . kahkah,
Ok jom tengok menu aku order kali ni
1. Lak Chi Crab - Macam ketam masak merah dengan telur kuah dia, masam masam manis pedas. ketam segar sedap giler
2. Baby Kailan Ikan Masin - siapa tak suka kailan ikan masin kan. sedap
3. Chicken Marmaite - Yang ni ayam ni dia salut tepung lepas tu dia masak dengan kicap masin manis - rangup dengan bijan kat atas!
4. Sotong Telur Masin - Yang ni paling aku suka sebab telur masin dia veryyy fully coated kot dengan sotong tu. dengan crunchy nyeee aaaaaa sedap gilerrrrr
Adik ipor aku makan sampai ratah ratah
ni menu and harga dia
So far aku rasa harga amat berpatutan dengan rasa and quantity dia . Sedap giler okay!
korang kalau makan jangan lupa sotong telur masin tu. paling best!
Total smua ni include air dan nasi dalam RM150 . makan 3 orang so sorang RM50 sahaja untuk makanan yang super sedap.
yang ni kawan aku si faghah ni belanjer. Mekasih muah muah
k bye!