Pages

Total Pageviews

Jul 28, 2013

Mengorat (2)

Ni dah masuk kali kedua aku dingorat pada tahun ni. acewah. kahkah. mengorat kali pertama boleh baca ni  (Mengorat)

Tapi, kali kedua mengorat ni dia punya pergi lain macam sikit. 

Macam ni cerita dia.

Di suatu petang ramadhan, Elisa Azura ( Bukan nama sebenar) hendak menyiapkan juadah berbuka puasa . Lalu beliau ke kedai untuk membeli air batu. Disebabkan jarak ke kedai tidaklah berapa dekat, Elisa Azura menunggang skuternya untuk ke kedai.

Setibanya ke kedai, beliau terus pergi ke bahagian peti terletaknya air batu, lalu beliau membayar di kaunter. 1.50 ringgit malaysia beliau berikan kepada juruwang berbangsa Bangladesh. 

Setelah urusan jual beli selesai beliau kemudian menyetart enjin motor beliau dengan lemah gemalai. Tiba tiba, seorang lelaki yang kebetulan berada tidak jauh beberapa meter dari beliau menegur beliau.

Disebabkan kesombongan yang terserlah yang telah menjadi prinsip kewanitaan kepada Elisa Azura, beliau mengendahkan sapaan lelaki tersebut sambil terus mempress throtle beliau laju laju. 

tiba-tiba motor Elisa Azura gagal dikawal lalu mengeluarkan bunyi,

sretttttttttttt ketakkk ketakkk

Elisa Azura terkejut lalu membrek emergency motor beliau apabila beliau hampir terjatuh.

berdebar debar Elisa Azura.

muka nya merah tiada terkata, ibarat darah pahlawan raja.

Apabila diperiksa rupanya beliau lupa mengangkat tongkat. Ditoleh ke belakang dilihat pemuda tadi tersenyum seribu makna.

malu sungguh rasa dihati, seperti mati hidup kembali. Beliau terus memecut dengan hati yang dicalari. 

kahkahkah

Tammat.

 


P tongkat s : ingat semua lelaki tu tegur engko nak mengorat engko ke? dia cuma nak kabo, tongkat woi tongkat.



Jul 7, 2013

Resepi bubur ayam bonda

Kahkahkah.
Tajuk entry dah macam myresepi.com pulak. Saje nak cerita hari ni aku masak bubur ayam resepi mak aku. Org kabor kalau nak kahwin kene pandai masak kan? So tengah pelan pelan kayuh la ni. Prektis makes perfect org kabor. Hai bakal suami. Hai?

Jul 3, 2013

Kerja

sedar tak sedar nak dekat setahun dah aku bertapak utuh kenkadang longlai dekat bumi kolompo ni. bulan 9 ni cukup setahun la aku kerja dekat Company seorang kontrakor. 

peh

cabaran kerja dengan kontraktor sangat sangat mencabar. setakat ni dah 18 kali dah air mata gadis aku tumpah tak semena mena. dia punye cabaran tu kenkadang menyentuh dan menusuk hati yang paling dalam. orang kabo kalau tak nangis tak power ah. kah kah kah

pertama kali aku nak ucap jutaan terima kasih pada Hana Ahmad . sebab dia yang teman aku pegi interview . terus dapat time tu jugak. jasa dan pertolongan dari awak sangat saya hargai. nanti saya belanja awak dan seisi keluarga k?

yang kedua nya aku nak kabor pengalaman kerja dengan kontraktor ni lain betul pergi dia nak compare aku kerja goverment dulu. masa keje gomen dulu siap makan karipap pusing sambil baca surat khabor pagi pagi. itu belum masuk bab minum petang. minum petang pulak kenkadang goreng pisang , keledek, kenkadang tu cendol tepi masjid, keropok leko. ah malas lah nak cakap dia punye bahagia kerja tu macam mana. 

tapi bila kerja dengan private company nak kelip mata pon tak sempat. kadang kadang tengah lunch pon boss call suruh balik cepat. nampak dia punye penting tu mcm mana? kalau keje gomen dulu ada jugak orang call suruh balik, tp bukan bos ah, mak aku yang call soh balik belikan santan. kahkah,


tapi 

alhamdulillah .


bak kata kata pujangga

"Allah turunkan hujan di siang hari, rupanya allah nak hadiahkan pelangi"

cewah. kahkahkah


sepanjang  aku kerja kat sini boleh dikatakan macam macam aku belajar. terima kasih Allah di atas rezeki ini.



;')


hihihi


okey lah yang mana resah resah tak lena sebab aku tak update tu, ni ha aku kasik hembusan rindu taip panjang panjang. 


okey guys. i miss u guys. guys guys guys

:*