berikutan dengan misi yang sudah dilancarkan seperti yang dinyatakan di dalam entry ini , aku jadi tak tentu arah jugak lah bila membaca mesej di dalam inbox adik aku. Tahukah anda adik aku baru sahaja mencecah umur 13 tahun. tahukah juga anda dia masih tidak mengerti apa itu cinta. dan tahukah juga anda dia bermain mesej dengan siapa. kahkahkah. berdebar tak aku punya trivia?
ok. back to the point. sebenarnya adik aku dah ada kakak angkat sejak dia duduk asrama tahun ni. aku rasa fungsi aku sebagai kakak dah macam samar2 je bila adek aku mengambil keputusan mengambil kakak angkat sekaligus mengambil tanggungjawab aku. haha. bukan aku sahaja terasa tercabar, malah kakak aku dan adik perempuan aku juga agak tercabar.
tapi takpelah. untuk sedapkan hati, aku fikir dengan adanya kakak angkat ni, boleh jugak lah bagi semangat adik aku main mesej sambil senyum senyum. sekarang aku plak fikir nak cari abang angkat. boleh main mesej sambil jari gulung2 rambut. Ye dak?? kehkehkeh