mata aku kene ketumbit ni, aku rasa aku mana ada intai orang . intai diri sendiri tu biasa ah. hari hari aku intai ork kakkaka.
tapi ye ke kalau mate kene ketumbit ni sebab mengintai orang?
habis nanti TERintai suami cane?
hari2 ketumbit la mata yedak?
eh risaulah.
Total Pageviews
Dec 20, 2013
Dec 10, 2013
Percutian Ke DANOK Thailand. Percutian la sangat!
Hai semua.
Hari ni aku nak cerita percutian acah acah ke luor negara ke danok padahal selangkah je dah sampai. haha.
Aku pergi kenduri kawan aku Ally yang dalam entry ni, belah Bertam, Penang berserta dengan lima gadis yang lain.
Disebabkan sekangkang kera je danok dengan Penang maka kami pon berhasrat la nak bercuti cuti sambil bermassage massage ke danok, Thailand
Sebelum tu kami singgah Alor Setar dulu, rumah Aliazwa untuk bermandi manda dan tukar baju. Berlengas jugek nak pakai baju kurung g danok ork. kakkaa. Daripada Alor Setar, kedah tak jauh pon nak pergi danok ni. Kami naik dua kereta dalam sejam sahaja. Bapaklaa dekat woi.
apa yang enkorang perlukan nak masuk danok mestila pasport bagi yang takde border pass. sape yg lahir dekat kelantan dengan kedah gune border pass je.
Sampai je sana terus serbu kedai supermarket dia sebab barang2 kat sana murah plus aku mmg nak cari nescafe yang kat mesia takde. buat stock orgkabo.
Sempadan Danok dengan kedah. Sumber |
Lepas tu aku pergi cari baju i love dannok tapi disebbkan takde aku beli je la i love hatyai. Sehelai untuk aku sehelai untuk bigboss.
Ni je la hasil tangkapan |
kemudian kami makan di kedai makan tepi jalan je. org islam punye kedai masak tomyam bapok sedak. disebabkan aku pelahap dan tak dan nak amek gambo maka dukacita lah dikmaklumkan tiada gambo untuk tatapan enkorang.
Dan acara paling best dan kemuncak apabila masok thailand ialah MENGUURUTTTTTTT woiii. sedap pohpaleh!! Aku just buat foot massage je sebab tak sempat nak buat full body memandangkan mmg nak kuar balik mesia malam tu jugak before 12mlm.
Muke memasing stim habis kakaka |
memang terbaik ah dia urut . rm25 je untuk kaki. full body 50 hengget sejam. kalau kat sempadan danok ni diorg still terima duit mesia. maka tayah tuko pon takpe.
so selama beberapa jam je dekat negara orang aku rasa dah macam kat oversea kau. selangkah je ko masuk kat negara dorang terus rules lain, bahasa lain, peel lain, semua la lain. kadang kadang nak beza pompuan gn pondan pon susah kalau kat tempat derang ni. Ok yang bawah ni aku ye bukan pondan.
okeylah tu je nak cite. korang yg nak pergi jangan lupa massage , kalau tak nescaya enkorang tergolong dlm golongan org yg rugi. kahkah
ah rasa nak massage full body pulak lepas ni. kbye
Dec 8, 2013
Pi kedah habaq hang
Hang tau tak. ceq pi mana minggu ni. haaa ni nak habaq. cek pi kedah habaq hang. ceq nak cita panjang tapi ceq bz . nnti habis kerja ceq updet kat hangpa. hangpa layan gambar ceq sat. gambaq jakun kat bendang. kahkahkah
kbye
yg aku tetibe cakap kedah paseypa. kakaa
Dec 5, 2013
BRAZIL - IAN ?
Petang ni lawak gila aku rasa nak ketawa sampai menangis kahkahkah
Cerita dia macam ni. Waktu lunch aku keluor beramai ramai dengan kakak kakak ofis aku. Lapar gila. Kebetulan pulak bawah ofis aku ni ada satu hair saloon baru bukak. lepas tu dia letak signboard beso besor promotion macam macam.
ada satu promotion ni dia tulis BRAZILIAN. aku pon tanya kakak ofis aku tau tak apa maksud brazilian tu. diorang kabo taktau, aku pon suruh diorang balik ofis nanti google image.
sampai je ofis masing masing tak sabar nak tau brazilian tu apa. terus google.
sekali....
hamek ko dua dua jerit maki maki aku kakakaka. lepas tu dok buat muka heran apesal org ada provide service macm tu hahahahahaha.
korang tau tak brazilian tu apa? nak google image lettewwwwwww.
Dec 3, 2013
Azmah Ahmad Wedding Decor by Puan Mila - Terbaik Wokkkk
Hari tu aku sesaje instagramwalking. sambil instawalking sambil search la tengok mana mana design pelamin yang cantik. usha punya usha aku terjumpa satu insta wedding decoration ni melalui hashtag #pelamin . Sekali tengok terus klik dekat gambor sebab cantik gile wokkk. berpinor mate keh melihatnye.
enkorang tak percaya meh tengok dia punye pelamin deco yang paling menarik minat hati aku
SIMPLE TAPI MEWAH WOI.
aku memang suka gila lah design pelamin simple main dengan dua colour macam ni. tak nampak serabut dan tak nampak crowded . nampak simple tapi mewah. daebak laa!!
Bagi aku design dan idea owner Azmah Ahmad Wedding ni sangat sangat fresh dan tak serabut. sebab tu la pelamin dia mcm naik gila walaupon dia tak guna banyak props pon. kain tirai , bunga dan perabut perabut comel serta lighting je dah cukup. arghhh! comel gila!
dan hand bouquet dia pon sangat lawooo!
serius tak menyesal langsung kalau ambil khidmat Azmah Ahmad Wedding woiii.
Cantik takleh runding lagi dah.
SO! nah facebook link dan insta dan blog untuk korang yang nak mengunjungi blog diorang
Facebook : Azmah Ahmad Wedding Decor
Instagram : azmahamhadweddingdecor
blog : AzmahAhmadWeddingDecor & AzmahAhmadWeddingDecor
oh btw dia ada buat GIVEAWAY untuk Bride to Be 2014. dah alang alang aku suka design diorang aku pon terus lah join sekali ni. hadiah dia berupa bentuk
1st prize : RM300 voucher for HANTARAN deco
2nd prize : RM150 voucher HAND BOUQUET (fresh flowers/artificial)
3rd prize : RM80 voucher HAND BOUQUET (fresh flowers/artificial)
2nd prize : RM150 voucher HAND BOUQUET (fresh flowers/artificial)
3rd prize : RM80 voucher HAND BOUQUET (fresh flowers/artificial)
dan aku nak ajak 3 orang bridetobe untuk join
1) Dani
2) S. Faezah
3) farehan
sesiapa yang aku tak tag tapi berkobar kobar nak join sampai meluap luap semangat tu nah klik link ni.
AH TAK SABAR RASE NAK KAWEN WALAUPUN MAJLIS AKU LAMBAT LAGI. KAKAKAKA
Dec 2, 2013
JOM MENDERMA - Donate to help the victims of Typhoon Haiyan with your churp churp earning.
Dah lama aku tak bukak account churp churp ni. Dulu selalu jugak bukak, tapi disebabkan aku tak berapa aktif maka earning pon ciput je. nak tau berapa aku dapat?
Hah tu je la yang ade dalam account churp churp aku. kakakaka
okey la yedak dari takdek.
Dan tadi aku bukak acc churp churp aku, ada link untuk donation pada mangsa taufan kat philipine. So senang la kerja, duit ni tak boleh cashout selagi tak cukup 100. maka jom la kite cashout kan dengan cara menderma pada mangsa mangsa taufan. sambil berblog sambil menderma kan? Sikit pon takpe, yang penting ikhlas.
selamat beribadah!
Hah tu je la yang ade dalam account churp churp aku. kakakaka
okey la yedak dari takdek.
Dan tadi aku bukak acc churp churp aku, ada link untuk donation pada mangsa taufan kat philipine. So senang la kerja, duit ni tak boleh cashout selagi tak cukup 100. maka jom la kite cashout kan dengan cara menderma pada mangsa mangsa taufan. sambil berblog sambil menderma kan? Sikit pon takpe, yang penting ikhlas.
Klik link ni untuk menderma CHURP CHURP
Susah rupanya cari hantaran untuk lelaki
Semalam aku dengan ahli jawatan kuasa keluar shopping lagi. kali ni nak aim Wallet dengan Belt. Hari tu aku beli perfume dapat Voucher Metrojaya 60 ringgit. Expired date dia pulak 1 disember. Nak taknak memang kene cari jugak barang utk bigboss yang kat sabah tu.
Aku pusing satu level metro jaya gak lah nak mendapat wallet dengan belt ni. Sebab bigboss minat yang 3 quarter pulak. panjang pon tak kecik pon tak. ingat senang ke woi. ni first time ni aku carik wallet untuk lelaki. biasa ayah aku beli sendiri, kalau aku pilih mesti dia tak berkenan. kalau mak aku pilih berkenan pulak? benci ai.
lepas tu belt pulak nasib baik adik dia ikut sekali. pinggang sama so ukur teros. kalau pinggang aku ramping sangat nanti tak cukup lubang. amboi
Last last dapat gak la seketul belt dan seketul wallet. semoga pilihan aku menjadi kesukaan beliau sebab kalau tak suka aku merajuk .
P/s : amboi dah pandai merajuk? tampo nak?
Weh aku nak tanye ni. enkorang tau tak mana alquran siap dengan tafsir yg jual online?
Nov 28, 2013
siapa nak cari tempahan lukisan karikatur untuk wedding dia?
Ni nak cerita.
Biasanya kan orang kalau nak bagi hadiah dekat bakal pengantin baru ni diorang mesti kasik barang elektrik, baju, kain pasang, barang dapur dan sebagainya.
Disebabkan kawan kawan aku banyak yang dok jauh dan banyak yang aku tak dapat attend atas kebizian melampu (konon) so, aku pon terpikir nak bagi diorang hadiah special la sikit daripada barang yang disenaraikan di atas.
Pikir punya pikir, aku dapat idea nak bagi diorang lukisan kartoon yang seiras dengan wajah diorang untuk diorang gunakan kat wedding diorg. maka aku pon tempah la dekat kawan blogger aku yang kecik molek tapi bakat besar kemain si Dani ni.
Hasil dia sangat superb!
Biasanya kan orang kalau nak bagi hadiah dekat bakal pengantin baru ni diorang mesti kasik barang elektrik, baju, kain pasang, barang dapur dan sebagainya.
Disebabkan kawan kawan aku banyak yang dok jauh dan banyak yang aku tak dapat attend atas kebizian melampu (konon) so, aku pon terpikir nak bagi diorang hadiah special la sikit daripada barang yang disenaraikan di atas.
Pikir punya pikir, aku dapat idea nak bagi diorang lukisan kartoon yang seiras dengan wajah diorang untuk diorang gunakan kat wedding diorg. maka aku pon tempah la dekat kawan blogger aku yang kecik molek tapi bakat besar kemain si Dani ni.
Hasil dia sangat superb!
LAWA GILA WOI
dan lepas tu aku bagi dekat kawan aku Ally, jadi dia gunakan lukisan tu buat banner dan hasilnya
Cantikkkkkk !!!
Pelukis dia pon gembira gambar yang dia lukis menjadi tatapan tetamu, apatah lagi aku yg bagi dia gambar ni kan. Rasa dihargai tau. Thanks Ally :P
Dan ada satu lagi aku tempah untuk Farahayna yang kahwin kat Kuala Kubu Bharu Sabtu ni. Yang ni pon santek omaigod
haaaa kalau korang pon teringin nak tempah untuk majlis korang tak kisah la majlis kahwin ke kathan ke (eh majlis kathan nak lukis gambar apa?lol) so sila lah ke blog beliau dan contact lah beliau dengan kadar segera sebab dia punye tempahan dah penuh skrg. lambat padan muka. wakaka
DAN YANG PALING BEST dia cuma lukis gambar kartun yang menutup aurat sahaja :)
so klik la link di bawah. jangan lupe sebut nama aku, aku nak mintak komisen kakakaa
okbye
Nov 27, 2013
Resepi Spagethi paling simple dan murah.
Apehal blog aku dah macam perempuan perempuan nak share resepi bagai?
kahkah
Aku rasa ni sebab umur semakin meningkat jadi perubahan hormon telah berlaku kakaka. ah lantak la. Hari ni aku nak share Resepi Spaghetti yang paling simple dan murah gila. Senang gila, budak umur 10 tahun pon boleh buat. aku tak letak pon sayur daging bagai. dah sebab resepi ni simple kan, aku simplekan lah ia. Aku buat semalam bawak bekal pergi ofis.
ni gambar kat instagram aku. follow la ittewww - ezanidma |
cara cara nya adalah
1) pergi ke supermarket beli Satu tin prego dalam tin : 4.50
2) Beli satu packet Spaghetti 5.20
3) Beli satu packet Sosej 3.80
4) Bawang putih dan holland sila cilok mak enko punya.
Bahan
1 packet Spagethi
1 packet Sosej
1 tin Sos spaghetti Prego.
1 biji Bawang Holland dan 2 ulas Bawang putih
Cara.
1) Rebus spagheti tu dalam periuk biar dia tenggelam, rebus la selama berapa lama enkorang suka asalkan bila gigit spagethy tu takde la rasa lidi. Isi la setitik dua minyak untuk melembutkan beliau juga sedikit garam untuk merasakan beliau
2) Potong dadu sebiji bawang holland dan 2 ulas bawang putih. kemudian tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau
3) Potong sosej secara suka hati asalkan tak tercekik makan
4) kemudian campakkan secara power sosej dalam bawang yang ditumis tadi dan gaul sampai la dia meresap ke dalam sosej tadi
5) masuk sos prego biarkan mendidih dan tambah sedikit air kalau nak banyak kuah dan biar sampai la kuah pekat dan sosej masak.
6) korang boleh tambah garam gula ikut suka rasa dan kesedapan korang. aku tak tambah sebab kuah ni dah siap ada rasa
kemudian siap makan la apa lagi, muahhaa
Cost nya dalam lebih kurang RM 13.50 dan boleh makan empat orang. Sorang dalam RM3.40
eh murahnya??
okbye
Nov 25, 2013
Niat di hati mencari hantaran, Dapat pula, Powerbank Free!!
Nak dijadikan cerita last week aku dengan ahli jawatan kuasa pergi The Curve, cari perfume untuk hantaran. Year end sale katekan. Pusing punye pusing usha punya usha dekat seharian jugak la survey barang macam macam. Aku ni bukan reti sangat pon pilih perfume ni. Ahli ahli jawatan kuasa yang banyak membantu aku.
Akhirnya berjaya jugak aku jumpa perfume untuk aku dengan bigboss tu. Disebabkan bigboss kerja kat sabah, dia masuk duit je la, apa lagi kite kasik hentam la. Perfume tu aku beli kat Metrojaya jeww. Brand perfume aku adalah rahsia, harga nya juga adalah rahsia, maka biarlah rahsia. wakkaa.
Sebelum tu singgah la makan kat ikea sebab dah lama tak makan.
Ni la ahli ahli jawatankuasa |
Gambar bawah ni malam sebelum. Tengok hunger games. ending tergantung. benci aku tau!
Btw setiap gambar aku ada entiti penampakan kat tengah tengah tu, pandai pulak dia posing.
Pashmina ni sedak gila pakai. sebab tebal. kalau pakai malam best laa tak sejuk dalam wayang . Pashmina dari turki souvenir dari mmber |
Bila Jumpa Cermin |
Dan lepas habis beli beli barang hantaran, tetibe Standard Chartered ada buat booth utk kredit kad dia. apa lagi aku kene tarik la. aku dengan kawan aku sorang kene, mmbebel mmbebel aku pon bagi je la ic aku nak cek kwsp bagai. Dah register, after 2 weeks baru tau approve ke tak. tapi tetibe dorang kabo ada free gift power bank untuk yg register hari tu. iols pon ambek je la. wakakaka
kecik pon ok la yedak. org mesia kan suka barang free. muahaha |
Btw standard chartered ni power ke credit card dia? ada sape sape penah guna?
Ok bye
Nov 24, 2013
AIR ASIA FREE SEATS WOIII!!!
Hah engkorang yang nak travel tahun depan tu , lekas lekas la book sebelum habis dan sebelum 01 dec 2013.
Aku nak pergi phuket ni rasanya tahun depan. tapi dalam perancangan lagi .
Honeymoon kira sekali bleh tak awak? kbye
Nov 21, 2013
Memori Sekolah (2) - Ropol Ropol
Nak baca Memori Sekolah Satu? Klik bawah
Memori Sekolah 1
Memori Sekolah 1
Zaman duduk asrama sekolah menengah teknik dulu memang zaman paling power dalam hidup aku. Sekolah aku memang kadang kadang tah pape peraturan nya. tapi bila ingat ingat balik best jugak .
Ada satu hari tu, lepas menyental baju baju yang berlambak, kene turun tingkat bawah sidai kat ampaian. Disebabkan aku dengan geng geng aku memang pemalas nak turun, kitorang jadikan bilik stor sebelah dorm aku sebagai markas tempat kitorang sidai baju, "cermin mata" dengan bende kecik segala.
Entah macam mana hari tu masa kitorang pergi sekolah menimba ilmu dengan penuh wawasan, markas kitorang diserang "musuh". Musuh tersebut tak lain tak bukan warden asrama aku. Kalau dia serang dan rampas je takpela. maksalahnye warden aku pegi jemur sekali kat pagar asrama wakaka.
dah la depan pagar tu laluan pelajar lelaki balik hostel diorang. Boleh tahan terkejut gak la bila enko punya sepender dengan cermin mata tersidai kat situ. warna warni pulak.
warden aku panggil dak dak bilik aku suruh mengaku siapa punya lepas tu suruh pergi ambik sendiri. Memang tak la aku nak mengaku sebab masa kene rampas tu aku jemur yang biasa biasa je, gambar kartun kartun pulak. Orang tengok pon tak sior teman yedak.
lain la kalau ropol ropol ke kerawang kerawang ke, baru la terbeliak mata ahaks.
makin dewasa ini makin suka yang ropol ropol. dah kenapa enko?
Perempuan Ganas
Aku ada pesen kawan perempuan yang jenis lemah lembut, makan pon lembut sopan santun, cakap pon selow lemah gemalai, jalan pon penuh dengan etika , dan segala la bende dia buat semuanya memenuhi ciri ciri seorang gadis pilihan.
Aku tak pulak macam tu, ye la dari kecik memang mak aku pon jenis ganas. jenis kalau nak panggil aku dari rumah jiran dia punya jerit sampai ke rumah tok penghulu. lepas tu kalau mak aku tak sampai nak ambik barang yang dia simpan tempat tinggi tinggi, aku la kene panjat kerusi ambik kan. aku mana ada abang nak suruh suruh.
ada jugak penah aku sekali tu nak jugak jadi macam gadis gadis ni, aku try la makan selow, cakap "saya awak" , jalan pon kemain lenggok.
hakikatnye aku rasa diri aku macam pondan je.
last last aku pon terusla berperangai ganas sampai ke besor.
Sampai la masa sekolah rendah dulu, aku pernah baling kerusi kat budak lelaki sebab ejek aku. kakaka. ganas nak mampos.
btw, agak agak lelaki ni suka perempuan lembut ke ganas ni?
aku nak prektis ni.
Nov 19, 2013
DAPAT CHEQUE NUFFNANG WOI!!
Gila teruja nak mampos sebab first time dapat kakakaka. Entah bende la aku mebebel sepanjang berblog ni, dapat la jugak. orang kata sikit sikit lama lama jadi bukit yedak, Alhamdulillah rezeki hihihihii
Boleh la buat makan makan seminggu ni.
Boleh la buat makan makan seminggu ni.
Nov 10, 2013
aku ada teka teki ni
Dalam banyak banyak tali, tali apa kalau dia tercabut boleh membahayakan wanita?
siapa jawapan dia betul, dia suka aku dalam diam.
kakakaa kbye
PS : aku bosan sebenornya ni.
siapa jawapan dia betul, dia suka aku dalam diam.
kakakaa kbye
PS : aku bosan sebenornya ni.
Nov 2, 2013
Oct 31, 2013
Izinkan abang tarik dirimu sayangku
Bila aku teringat balik zaman zaman sekoloh dulu, scene yang paling sendu dan sadis ialah scene main tarik tudung.
Nak nak pelajar lelaki. Main tarik tudung perempuan ni kira paling win la masa sekolah. Sampai ada pepatah mengatakan, Barangsiapa pernah menarik tudung perempuan, maka dia adalah hero segala hero. Dan silalah percaya fakta ciptaan aku tu. kahkah
Yang jenis tarik sikit sikit takpe . Ni jenis tarik sampai tudung tu tercabut gantong kat leher. Geram aku. Macam dalam gambor ni.
Sumber |
P tarik tudung S : Kalau lelaki boleh tarik tudung perempuan, perempuan kene tarik apa kat lelaki ni? Tp kalau suami kite nanti yang nak tarik itew, itew ok jew. tarikla, tarikla lagi. aher her.
Oct 29, 2013
Bila saya membesar
Bila tengok gambor masa kecik dengan besor ni rasa macam comel pulak aku masa kecik dulu. kekeke.
Ni lah gambor yang aku rasa paling power mak aku dress up aku masa kecik. Bawah nya pulak bila dah besor anggun dan menggoda org kabor. Ni cousin lelaki yang aku paling rapat. dan dia single lagi, ehem?
Peh aku dengan cousin aku dari kecik memang suka amek gambor cekak pinggang rupenye wakaka.
Gambar ni masa majlis merisik (ke tunang?) aku hari tu. Kawan aku tanya kenapa pakai warna hitam. sebenarnya aku tak prepare pon langsung baju aku utk hari majlis tu. sebab bayangkan, Majlis hari ahad, sabtu aku kerja . Malam sabtu tu aku gerak balik raub. sampai rumah pukul 9 malam.
Baju aku memang fully sponsored oleh kakak aku memandangkan dia ada kedai kain sendiri. Then dia bawak 5 baju utk aku pilih, tapi mak aku berkenan yang ni, so aku pakai je la.
Restu org tua ni dalam apa apa hal pon lagi penting yedak? hihihii
P restu S : Aih tak sabor pulok nak dapat restu dari suami ahaks
P restu S : Aih tak sabor pulok nak dapat restu dari suami ahaks
WAHAI PENGANTIN BARU SEKALIAN
Aku ada satu game nak ajak korang main. Game dia simple je, tapi ni untuk orang yang dah kahwin je. wakakaa.
Memandangkan aku kemungkinan besor akan menamatkan zaman bujang aku pada tahun depan dan aku memang kesuntukan masa nak pikir segala mende alah semua la pasal aku punye wedding sebab kekangan kerja aku yang sokmo bz ni.
Jadi aku nak ajak korang yang dah kahwin ni join game ni sebab disamping korang boleh mengimbau semula Wedding korang , korang jugak boleh membantu aku buat pilihan dan rujukan. Di samping tu kita juga dapat mengeratkan silaturahim sesama insan. (amboi)
So bende yang penting untuk wedding biasa nya korang boleh cerita secara ringkas pasal theme wedding, pelamin. Colour baju korang, family, bridesmaid. Sebab ni aku rasa paling susah aku nak buat pilihan. kalau boleh korang include sekali gambar baru nampak real kan?
Tapi,kalau korang pernah buat entry pasal korang punya wedding lagi senang, just drop link kat comment.
Yang lain2 mcm hantaran, door gift, cameraman dan videographer, kalau ada include sekali link kat mana korang tempah, lagi care yedak?
Disamping korang membantu aku, korang jugak membantu bakal bakal pengantin yang lain dalam membuat rujukan. Dan boleh jugak kita berkenal kenalan sesama kita.
takdek tarikh tamat ke tarikh expired ke apa, asal bila korang ada masa nak buat korang drop je link ok.
So kepada semua isteri yang power, majulah sukan untuk suami. eh?
Oct 25, 2013
JALAN JALAN DI MIRI SARAWAK - Trip to Sarawak Part 3.
Hah! Ni final part.
siapa nak baca part 1 & 2 tekan link bawah ni.
Hari last kitorang gerak ke Miri. Daripada gua niah dalam dua jam je kot. Miri bandar dia cantik dan banyak jugak tempat menarik.
so sampai sana je terus check in hotel. Hotel ni aku search kat internet. Review pon ok so, aku pon book awal awal. Nama Hotel ni Dragon Inn. Terletak dekat je dengan bandar Miri. Harga dia aku tak berapa ingat. Tapi aku ambik 2 bilik untuk 4 orang dalam 200+ sekali deposit.
ni details Dragon inn :
ni details Dragon inn :
- Address: 355, Jalan Masjid, 98000 Miri, Sarawak, MalaysiaPhone:+60 85-422 266
So puas hati bilik dia. Then mula mula sekali kami pergi Canada Hill. Mula mula aku ingat apa mende la canada hill ni, rupanya dekat sini boleh tengok view bandar miri.
View gambar kitorang dari atas Canada Hill tu. Disebabkan kami pergi waktu siang, so view dia takde la berlampu bagai.
Gambar Waktu malam dari Canada Hill. Sumber blog |
Then dekat sebelah Canada Hill ni terletaknya The Grand Old Lady. Telaga Minyak Pertama kat Miri. Juga merupakan tempat proses minyak yg bersejarah di Sarawak. Apa lagi kami pon bergambar la. hahaha
Dan dihadapan Grand Old Lady ni, ada Muzium Petroleum, tapi disebabkan kami datang hari Ahad, Muzium ni tutup. so Bergambar kat depan pon jadi la.
Lepas tu kitorang bergerak pulak ke Taman Buaya Miri. Yang ni aku rasa paling best kat Miri. Maybe sebab aku memang suka tengok binatang ni. Buaya berlambak lambak kat sini ok! Kira ni tempat Penginapan buaya buaya sedunia agaknye. Nama je Taman Buaya Miri, tapi banyak gila binatang lain menghuni kat situ.
Fee masuk RM18/person
kalau nak bagi makan buaya satu kupon RM10, dapat la 4 ketul potongan ayam.
berlambak lambak |
Nampak tak kitorang berusaha nak pancing dia bagi makan. seronok gila weh bagi dia makan. Sebab dia tarik kayu pancing tu sekali sampai jatuh terus dalam kolam. wkakaka. Bengkek je abang yang jaga tu kayu pancing dia masuk dalam kolam :p
Sampai ternganga nganga |
Muka sha takut nk bagi kuda makan. wkakaa |
Jinak gila beruang ni. Nak ambik gambo dengan dia kene bayo 5 hengget ok! |
Selain tu, Kat miri ni dia punye trademark Kuda Laut, jadi kami pergi Pantai Marina Bay bergambar gambar sambil melompat lompat. Sangat Cantik tempat ni, tapi aku tengok mcm dah terbengkalai dah dia punye resort ke apa tah kat situ. Maybe tak dapat sambutan kot?
Melompat lompat engkau |
Dan malam tu acara banyak dihabiskan kat Bandar Miri je, jalan jalan lepak minum. Dekat dengan hotel kitorang stay tu, ada kedai makan Nasi lelapan. Aku tak ingat pulak nama kedainyeeeeeeeee. Biasa la aku kalau dah jumpe makanan, lantakla kedai tu nama apa pon yedak. hahahaa, orang ramai gila. Memang best la nasi Lelapan dia, ayam pon beso beso. Harga sepinggan dalam 12-15 kot.
Nah gambar bagi korang terliur sikit.
Memang terbaikkkk.
So far aku rasa macam nasi ayam penyet. tapi sambal dia la yang menentukan kesedapan seketul lelapan tersebut. OhmyBM!
Disebabkan malam tu kami lepak lepak je dekat hotel , tetiba perut rasa lapar nak makan mcd. aku call la nak delivery, rupanya Mcd cuma buat penghantaran kat Kuching sahaja! tempat lain kat sarawak memang tak hantar, Nak makan sila pergi sendiri, So malam tu kami pon guna la waze cari Mcd berdekatan dekat Hotel tu, dekat je tak sampai 5 min pon.
Esok nya pulak sebelum balik, flight pukul 7 pm tapi delayed pukul 9, kitorang pon menjalankan acara shopping cenderahati kraftangan dan Kek Lapis untuk orang orang semenanjung.
Nak cari tempat Handicraft kat miri ni aku rasa ada kat sini je kot. Tempat lain macam susah je
Disebabkan aku tekun carik souvenir jadi takde nak snap gambor pon, maka korang klik la link ni untuk tengok apa yang ada kat Miri Handicraft Centre ni LINK
Setelah pusing satu miri cari Kek Lapis yang sedap dan harga berbaloi, kami terjumpa satu kedai kek lapis ni tepi jalan je, Nama dia Embun Citra Kek Lapis, Kedai dia tepi sungai je, so agak agak nak terjun lepas makan kek tu ikut enkorang la, kakakaa,
Kalau perisa biasa RM18. Tapi kalau ada coklat and special sikit dalam RM25. Aku nak cadbury tapi dah habis, jadi ambil je la kitkat. sedap jugakk
Ok lah itu sahaja la cerita pasal trip aku pergi Sarawak. Pengalaman yang power dengan kawan kawan haruslah jadik kenangan paling indah ye dak. so tahun depan ke mana pulak?
Subscribe to:
Posts (Atom)