Pages

Total Pageviews

Showing posts with label memori sekolah. Show all posts
Showing posts with label memori sekolah. Show all posts

Jun 9, 2015

Memori Sekolah (3) - Pengawas garang

Masa sekolah menengah dulu. aku pengawas. baju biru kasut hitam. masa ni acah acah kakak kawasan. nak nak kalau part jaga pagar sekolah waktu pagi. tulis nama budak budak datang lambat. masa tu baru tingkatan dua. deodorant pon stok pakai mak punye. tapi bila jadi pengawas acah acah gipang (gila pangkat) . buku nota penuh nama orang buat salah. kadang kadang nampak dak dak tingkatan satu tak pakai tie pon laju laju tulis nama. peh


Seronok betul kalau dapat nama budak2 tak ikot disiplin. rasa berkuasa. time cikgu mesyuarat pulak , semua pengawas diagih agihkan untuk jaga kelas supaya diorang tak bising/lari sana sini/. masa ni rasa lagi power. jaga kelas kot. memang tak berani dorang bising punya kalau aku jaga . kahkah



Suatu hari masa perhimpunan, aku dengan gipang nya suruh budak budak kelas yang aku jaga beratur elok elok. kasik lurus lurus. bahu sama dengan bahu orang depan. jangan senget. masa ni cikgu cina apa tah nama dia tengah bagi ucapan kat depan. cikgu ni cikgu disiplin. garang jugak. masa ni aku malas nak dengar sangat ucapan cikgu tu. konon2 berkuasa la jadik pengawas. siap borak dengan orang sebelah. 


sekali

"ha kamu yang pengawas perempuan tu. kalau nak bercakap sangat naik atas pentas ni saya bagi bercakap."

gulp.

masa ni taktau nak letak muka kat mana sebab semua orang pon pandang aku. muka dah naik cemas. sekali cikgu ni pulak tetibe garang dengan pengawas sendiri

tetiber

"naik atas ni saya cakap"

masa ni aku punya muka tebal nukhurum. apa lagi terus naik atas stage. masa ni ada senior ting. 2 minat kat aku. (eceh) . dia pon pengawas. dia usha jek masa aku dok atas stage sorang2. malu wei malu

last2 habis perhimpunan aku kene ikut masuk bilik cikgu tu. habis sebaldi kene leter . 

sejak insiden tu aku jadik pengawas biasa biasa jek . dah tak gipang sangat. 

k tu je nak cerita

kahkah.


atas stage ni la aku naik. hehehehe. rindu gilaaaaaa 

Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda, Parit Jawa Muar Johor 2001-2002 :)

Nov 21, 2013

Memori Sekolah (2) - Ropol Ropol

Nak baca Memori Sekolah Satu? Klik bawah

Memori Sekolah 1


Zaman duduk asrama sekolah menengah teknik dulu memang zaman paling power dalam hidup aku. Sekolah aku memang kadang kadang tah pape peraturan nya. tapi bila ingat ingat balik best jugak . 

Ada satu hari tu, lepas menyental baju baju yang berlambak, kene turun tingkat bawah sidai kat ampaian. Disebabkan aku dengan geng geng aku memang pemalas nak turun, kitorang jadikan bilik stor sebelah dorm aku sebagai markas tempat kitorang sidai baju, "cermin mata" dengan bende kecik segala.


Entah macam mana hari tu masa kitorang pergi sekolah menimba ilmu dengan penuh wawasan, markas kitorang diserang "musuh". Musuh tersebut tak lain tak bukan warden asrama aku. Kalau dia serang dan rampas je takpela. maksalahnye warden aku pegi jemur sekali kat pagar asrama wakaka.

dah la depan pagar tu laluan pelajar lelaki balik hostel diorang. Boleh tahan terkejut gak la bila enko punya sepender dengan cermin mata tersidai kat situ. warna warni pulak.

warden aku  panggil dak dak bilik aku suruh mengaku siapa punya lepas tu suruh pergi ambik sendiri. Memang tak la aku nak mengaku sebab masa kene rampas tu aku jemur yang biasa biasa je, gambar kartun kartun pulak. Orang tengok pon tak sior teman yedak. 

lain la kalau ropol ropol ke kerawang kerawang ke, baru la terbeliak mata ahaks.


makin dewasa ini makin suka yang ropol ropol. dah kenapa enko?