Pages

Total Pageviews

Oct 27, 2011

KELI

Aku dengan ayah.
tak selalu bersependapat
selalu sahaja ada perkara yang ingin didebat
baru2 ni telinga aku agak berkulat
bila ayah aku kutuk Man.U kene blasah tak ingat
lepas itu aku buat muka ketat
perlian ayah lagi kuat


tapi ada satu lagi perkara yang buat aku dan ayah bersatu padu.
tapi perkara ini hanya akan terjadi jika emak tiada di rumah
jika emak mempunyai kegiatan sosial lain
Dan Kegiatan memasak Dserahkan pada aku.
Tapi ada satu masakan je aku tak berapa nak confident.


iaitu


Menggoreng ikan keli


Tahukah anda meggoreng ikan keli adalah suatu kegiatan yang boleh memudaratkan , dan juga membawa maut ! * muka serius


Dan tahukah juga anda menggoreng ikan keli merupakan perkara yang boleh merapatkan kasih sayang ayah dan anaknya? *ecewah!






dan kerana kegemaran ayah ialah ikan keli goreng. kami akan berganding bahu menggoreng sama2. Aku panaskan minyak, ayah letak ikan, aku tutp kuali guna tutp periuk, ayah tebalikkan ikan, dah masak, ayah angkat letak dlm pinggan yang aku pegang. Lepas tu aku dan ayah gelak sama2 tengok gelagat masing2.


Kalo boleh ukur jarak ayah aku dengan kuali masa terbalikkan ikan ade gamaknya panjang kl ke seremban . Kehkehkeh


Note : Mintak2 bakal suami aku tak suka makan ikan keli. kalo tak, mau aku panggil mak datang tolong goreng gamaknya,

Oct 24, 2011

ENAM

1 - biasala. Hero memang selalu kalah awal
2 - lek lu der. lek lu
3 - Ah. nasib je. 
4 - Kemas tempat tidur
5 - tepuk2 bantal
6 - SWITCH OFF TV . masuk bilik. Tidur.


Manchaster United kene bedil Man. City . 1-6 ''Kata kosmo.


entah kenapa aku rasa macam nak renyuk2 semua paper hari ni. kehkehkeh


Note : Dari semalam , dapat mesej bebaur perlian dan kutukan daripada kawan2.  takpe. The Red Devils Tetap di hati. Oh . Hari ni birthday Rooney,


''Happy Birthday Sayang'' ;)

Oct 21, 2011

krim gatal

gambar hiasan


Di suatu petang yang nyaman, di sebuah rumah , kelihatan seorang kakak sedang baring di atas sofa, kelihatan juga seorang adik sedang bermain UNO bersama anak buahnya, kelihatan kakak yang baring atas sofa tadi sedang menggaru tangannya yang gatal.


kakak yang tangan gatal :adik, boleh tolong ambil krim gatal kat almari tu tak.
adik : mana?
kakak yang tangan gatal :ada kat almari tepi tv

adik : (berjalan malas, muka masam sikit.)

*krok krok krok*
 * bunyi orang mencari krim gatal.

adik: takde pon
kakak yang tangan gatal: ada, cari la betol2. aku nampak tadi kat situ
adik : (cari lagi)
adik : takde.
kakak yang tangan gatal: orang malas cari memang tak jumpe, nak nak cari dengan mulut memang tak jumpe.


adik : (muka masam, berjalan balik sambung main UNO)


kakak yang tangan gatal : (bangun dari sofa.)

kelihatan sesuatu atas sofa.

krim gatal

aku terduduk atas krim gatal rupanya.


Shhhh.
senyap2 aku sorok krim dalam poket.

adik aku tak tau.

*bila masa plak krim ni ada bawah ponggong. ni kalau adik aku tau ni mau kene perli 44 hr 44 malam wohoi, hahaha

Oct 18, 2011

Sebelum Dan Selepas Kahwin

Eksperimen dilakukan terhadap kakak aku sendiri yang mempunyai anak 2




Ni isi kandungan handbag wanita sebelum kahwin



-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


















































yang ni agaknya selepas kahwin dan mempunyai anak satu




nanti kalau nampak perempuan dokong anak bawk beg besar2 sambil sangkot lampin kat bahu tu, jangan nak tanya kenapa pulak. 




hehe. Sorry tak cantik baru belaja guna paint. haha


Note : aku tak suke bukak fb pastu tengok kawan yang da kawen siap ada baby comel. tahu kah anda ia akan mengundang perasaan ingin berkahwin? tahukah anda? tahukah?

Oct 16, 2011

10 perkara . Jika Suami saya merokok

hye bakal suami i. ni bakal isteri u nak bgtau 10 perkara yang akan i buat kalau u merokok.




1. i akan sorok rokok u . setiap sorokan i adalah bukan tempat yang mudah di cari. 


2. i akan tampal gambar2 menakutkan  di setiap sudut rumah, bilik kita, bilik bakal anak kita, bilik tetamu kita, dapur kita, bilik air kita dan bilik solat kita. 




3. i akan tukarkan gas lighter u dengan air paip. oh u guna api dapur? sorry , zaman canggih. i guna dapur elektrik.






4. i akan basahkan rokok yang u baru beli , dan i akan susun balik dengan kemas dalam kotak rokok u. hisap rokok basah dan lembik adalah tidak Cool bukan?


5. i akan pasang cd ceramah tentang bahana dan akibat merokok dengan kuat smpai jiran sebelah rumah pon rasa takut nak hisap rokok. dan smpai hidup u pon dihantui dengan ceramah tu haha.


6. setiap kali u baru nak menghisap rokok, i akan jerit kuat2 TOLONG PEROGOL, PEROMPAK, . biar jiran semua datang.


7. and bila u kat ofis., i akan pasang spy utk u, bila u nak merokok, dengan otomatiknya spy i akan lastik dari jauh rokok kat tgn u




8. i akan menyamar jadi polis dan telefon u dan mangatakan u telah disaman sebab merokok di kawasan larangan.


9. i akan bagi tau u tidur berdengkur kroh kroh kat semua org opis u


10. dan kalau semua cara i tak berjaya, U tido luar je la senang. 







*harap Bakal suami aku tak baca. kalau dia baca  kantoi ah. HAHA.


Persoalannya. siapa kah bakal suami yg malang itu haha

Oct 8, 2011

part ni yg aku kalah ni





mula-mula, aku bersikap biasa saja,
bagi aku , keadaan ini tak mematahkan semangat aku,
bagi aku, keadaan ini masalah kecil,
bagi aku, keadaan ini tidak perlu diperhebohkan sangat
bagi aku, keadaan ini memang tak sukar.


tapi, lama-lama aku rasa nak menyerah
tapi aku gagah,
lama-lama aku rasa nak berhenti di sini sahaja
tapi aku pikir aku kuat
lama-lama aku rasa nak lari sahaja
tapi, mana mungkin wanita seperti aku boleh lari dari masalah




akhirnya aku kecundang. 
aku menangis saat memotong bawang merah itu.
dan terus berlari ke sinki.
sambil mengonyoh mata dengan air aku terdengar mak memerli:


''eh budak ni, takde sapa pukul pon boleh nangis, pelik betul.


dan terdengar gelak tawa berdekah2 adik lelaki aku. 


entah kenapa aku rasa ketawa itu semakin kuat,mahu saja aku sumbat hirisan bawang itu ke dalam biji mata adik lelaki aku itu!

Oct 4, 2011

nak mengumpat , jangn kasi nampak sangat




sebagai seorang supervisor,
aku dibenarkan untuk meronda ke mana sahaja,
ke sini sana aku meronda.
supevisor kata kan

sedang aku meronda sambil berborak dengan seorang promoter iaitu Norien,
aku terpandang dari jauh,
seorang lelaki berpakaian baju melayu lengkap,
dan aku memandang tidak henti

aku : weh, tengok mamat tu. so sweet okey pakai baju melayu masuk mall
norien : ha,ah alamak hensem nyeee

jejaka itu semakin dekat. dan haruslah aku dan norien berpura2 pandang tempat lain 

suddenly,

Jejaka pakai baju melayu : oooo awk kutuk saya ek?
aku : eh eh, mane ade sy cume ckp awk pakai bju melayu tu comel
jejaka pakai baju melayu : oh tengkiu. hehe

jejaka itu terus berlalu pergi, sambil tersipu2 malu

dem, kantoi la pulak kan. haha . nsib baik aku seorang yg berterusterang

persoalannya : kenapa dia tidak tinggalkan no telefon?
kesimpulan : nak mengumpat , jangn kasi nampak sangat

Tahukah anda? lelaki yang berpakaian demkian tergolong dalam golongan lelaki sexy. Cewaahh. haha