Pages

Total Pageviews

Sep 27, 2013

Penat

Assalammualaikum.

Aku baru balik dari gua niah sarawak ni. penat dia lain macam. Yela lepas je balik terus kene kerja, takde rest langsung. Nanti keadaan dan relax sikit aku update pengalaman aku pegi sana. awesome kot. hihi.

Sekarang dekat facebook kecoh betul pasal perangai bini mat yo sepak celah kangkang Pak Guard tu. Menyirap betei aku. Dia ingat celah kangkang pakguard tu bola ke? eh emosi betei. Tapi tadi aku jalan jalan lagi kat fesbuk, aku pon terjumpa gambo ni. Entah entah anak aku nanti cenggini agaknye




P urut S : Aku lenguh lenguh badan ni ada sape volunteer nak urut tak?

Sep 17, 2013

Kisah Masa Kecik - Askar Wanita

Masa kecik kecik dulu, mak aku memang suka pakaikan aku baju macam macam pesen . Lepas tu semalam aku godek godek album lama keluarga terus jumpa gambor ni . Berdekah jugak la aku bila tengok posing tegas aku . kahkah.



Gambor ni dengan sepupu aku. Yang tak tahan tu kemain tangan kat bahu bagai. siap letak dalam kocek . miahahhaa. Rambut ikat tocang pulak tu. posing tak patut. kahkah




so sempena hari kemerdekaan dan hari malaysia yang baru je lepas ni, sempat lagi ni aku nak semaikan perasaan cinta kan negara bila tengok gambor ni. kekeke


P cekak pinggang s : Kenapalah masa dulu aku follow je pesen mak aku ni, jenis tak boleh membantah sikit ork. tapi ok jugek la jadi kenangan sampai skarang. miahaha.

Sep 11, 2013

Ada orang sarawak di sini?

Assalammualaikum dan hai semua rakyat jelata. Beta di sini sihat sahaja. bagaimana pula dengan rakyat semua?


kakaka

ok just simple entry,

Next Week 20 Sept 2013, aku dengan geng geng aku akan ke trip Gua Niah. So dari Kuala Lumpur, kami akan ke Bintulu dulu kemudian Gua Niah dan kemudian ke Miri. 

Apa apa tips dan cadangan menarik seperti tempat makan, jalan-jalan, mana mana tempat yang suasana tak sama macam di KUALA LUMPUR dialu alukan untuk dicadangkan di bahagian komen. 

Dan kalau sudi bagitau lah makanan apa yang harus dirasa bila di sarawak. yang halal sahaja ok! 

Setiap komen dihargai dan dihadiahkan sekenyit mata.


Kalau siapa yang duduk bintulu atau miri lagilah dialu alukan untuk menghadiahkan sekomen dua komen. 

sekian.







Fakta : Kenyitan mata dari seorang gadis dapat memulihkan kejantanan. dan percayalah fakta ini. 


Sep 6, 2013

Binatang punye binatang!

Dalam banyak banyak binatang kat dunia ni, binatang mende yang enkorang paling gerun sekali? ulor? rimau? ah itu memang dah semua orang gerun la, tp ada satu binatang ni memang aku tak pueh hati dari aku kecik sampai aku besor. sebab asal aku lalu je sebelah dia mesti dia kejor! padahal aku nak pegi kedai je pon. lepas tu bila dia dah kejo aku dengan seribu langkah lari. hampeh betei.







so siapa ada pengalaman kene kejor angsa kasik sep 14 kali






 Nilah musuh terketat aku dari kecik. apa pandang-pandang?



amboi siap berbelit leher punye la dia nak posing


Pengalaman kene kejor angsa ni kanak kanak yang power je rasa. kekekek. time dia kejor leher dia saja dipanjangkan , lagi lah aku cuak.




P kejor S:  angsa ni buat kari pon sedap.

Sep 5, 2013

Hukuman yang dilarang di sekolah????

Hello!

semalam aku singgah blog kawan aku , Dia ni ustazah di sebuah sekolah , bila aku baca blog dia, baru aku tau sekarang ni dah ada larangan terbaru hukuman kat sekolah.





Kalau hukuman yang sampai memudaratkan pelajar tu memang aku sokong, Macam cedera ke, memalukan ke menghina ke, tapi kalau setakat ketuk ketampi pon takleh? hek eleh.

Tak meriah langsung zaman persekolahan kanak kanak sekarang, tak rasa feel sebenor sekolah, denda denda baru la syiok!

ketuk ketampi aku rasa denda paling simple dan aku memang biasa kene pon. kakaka 

lepastu berlari satu padang pon pernah sebab bising dalam surau, dulu siap warden suruh lari pakai telekong. dapat bayang tak berlari pakai telekung macam mana feel dia? tak macam terbang menggerbang habis. kekkee. 

berleter pon tak boleh?? ohmygod. Ni la sebab kenapa budak budak sekarang makin susah dibentuk. kalau yang dapat mak ayah jenis kerja 24 jam and harapkan cikgu je? mcm mana lagi nak buat? cikgu pon dah dilarang macam macam. heh


dah la malas la berleter. nnt sampai kene larangan berleter baru ko tau ezan. 



P ketuk ketampi S :  Rindu betul bila ingat zaman sekolah. hihi


Sep 4, 2013

Review Buku - Buku Peti Harta Karut by Rifa Johan

Hai. hari ni aku nak review satu buku komik yang baru aku beli . Dan aku dah habis baca pon sebab sedap betul. Aku memang minat pon baca buku bergenre lawak komedi berkartun ni, dah la rifa johan @ pa johan ni pandai melukis. Nasib baik dia perempuan. Kalau lelaki aku dah cair habaq hang. kekeke. 

Ni muka depan dia, lepas tu bukak bukak je helaian pertama siap ada kata alu aluan siap nama aku bertaip bagai. Rajin betul  pa johan ni.







So disebabkan terdapat larangan mencopy dalam bentuk apa sekalipon, bentuk segitiga ke pentagon ke tetap diharamkan!,  maka aku just amek gambo dari blog pa johan je lah bagi tujuan review.

cute kan? haha, gambar diambil dari blog Rifa Johan



So jadi , amboi dah so, jadi pulak . Untuk menjawab soalan yang bakal bermain dalam pemikiran engkorang, maka aku tanya sendiri aku jawab sendiri la, kahkah

Buku apa ni?

Buku cerita berlukisan comel nak mampos

Kenapa kene beli buku ni?

Sebab buku ni kiut 

Apa yang kiut?

Sebab setiap cerita dia ada lukisan yang kiut.

Buku ni pasal apa sebenornya?

Buku ni lebih kepada suka hati rifa johan la nak tulis apa, kakaka, tapi yang pasti kebanyakan cerita dia membuatkan kita teringat balik zaman sekolah. Rifa johan pulak pandai buat ayat yang kelakor sampai satu tahap rasa nak tampo tau. geram betul.

Siapa yang patut mendapatkan buku ini?

semua orang . kakaka. terutamanya kanak kanak era 80-90 an


Berapa bintang?

4/5

kat mana nak beli?

Sila klik ke blog RIFA JOHAN dan dapatkan senaskah hari ini! (apehal dah macam iklan majalah?)

jadi aku memang puas hati, paling aku suka pasal cerita sagun. haha!


so silalah beli sebelum kehabisan, lepas tu mulalah sebok pm aku nak pinjam! nak pinjam datang umah! kekeke






P ngorat s : Siapa tak beli mak dia perempuan. herherher






Sep 2, 2013

Roadtrip - IPOH - Greentown Dimsum Cafe & Nasi Ganja!

Semalam aku dengan kawan aku buat kerja tak berapa nak gila sangat. tapi gila lah jugak. haha. Buat roadtrip pegi ipoh balik hari!

semata mata nak makan dimsum!

Mana tak gila, aku tengah lena tidur pukul 12.00 belum bangun (jangan tiru aksi ini) tiba tiba membe aku si hurezah ni kejut, awak jom pergi ipoh makan dimsum. terbeliak jugak mata sepet aku.

selain dari makan dimsum kitorang pergi pon sebab nak lepak lepak dengan tong, kawan kitorg dekat ipoh selain itu juga nak jumpe kucing tong, comel nak mampos, cica .

Jadi pukul 1 gerak sampai sana dalam 3.30 cenggitu. tempat pertama pergi mesti lah Restoran Dimsum ni. Nama restoran dia Greentown Dimsum Cafe bertempat di Persiaran Greentown , ipoh. disebab kan kawan aku si tong ni memang food hunter , so kebanyakan tempat yang dia bawak tak pernah mengecewakan.  cewah.

yang penting halal! sumber gambar


Lepas tu aku , tong dengan hurezah dengan rakusnya order dekat 7 jenis dimsum sebab nak rasa mana yang recommended sangat tu kekekke. padahal lapooo.


berderettt hahaha
Disebabkan aku tak bape nak hapal nama saintifik setiap dimsum ni, aku cuma boleh cakap yang aku suka yang warne cokelat gelap, hijau dengan putih. yang lain pon sedap jugak, tp yang 4 ni la paling suka. Yg putih tu ada letak udang, ada letak telur kuning itik, yang hijau pulak bayam dan yang coklat pekat aku tak ingat ape mende tah. sebab lapor sangat.



so untuk memeriahkan lagi arena makan aku, aku order la yong tau fu noodle! sedap woi terbaekkk! Sup dia sedap sedap je, kene la kat tekak aku.



Lepas tu kitorang pon pecut la ke rumah tong kat sungai siput, sebab nak pegi tengok cica! sambil tu singgah la kedai Nasi Vanggey sebab nak tapau bawak balik . Nasi Vanggey ni seperti sedia maklom lah kan nasi ganja la orang perok panggil. Tak ganja la kalau pegi ipoh tak rasa nasi ganja ye dok? so nasik ni bagi aku sedap la. kalau orang suka makan nasi kandar haruslah dia suka kat nasi ganja, harga pon berpatutan. kombinasi kuah dia yang pedas, telur itik, ayam rempah , acar timun dan kelapa parut tu buat perut kenyang gila .



disebabkan aku tapau so gambar tak bape nak tempting. so aku amek gambo kat google je la. sumber gambar









Dan last sekali terimalah aksi menggoda dari cica!





aku dan sebuah gitar

sampai berdiri bila tong bagi suplemen dia, hadei! kucing pon ada suplemen kot! haha


Menggoda tak? haha, so disebabkan malam tu perut masing masing kekenyangan dengan nasi vanggey, maka kami pon tertidur sampai lah esok pukul 4 pagi baru pecut balik KL sebab kene kerja! pheww. mata aku tengah rabak masa type entry ni, mana tak nya! sampai rumah pukul 6 setengah pagi tadi!

tapi apa apa pon road trip yang tak dirancang dan tak dijangka adalah roadtrip terbaik!!!


p vanggey s : nasik ganja lu tunggu gua repeat lu nextime! oh, hai orang ipoh? ate, bandar lu power!