Pages

Total Pageviews

Dec 14, 2012

kenikmatan

Hari tu aku chat dekat fesbuk dengan membe aku yang baru kawen , lepas tu dia cerita la pengalaman dia menghadapi hari pertama selepas malam pertama.

Hari pertama ni maksud dia, macam pagi pagi bangun selepas malam pertama nak keluar bilik nak mengadap muka muka sedara mara  tu.  Dia cerita yang keluar bilik je mak dia tanya camne malam tadi ok tak? merah merah muka kawan aku tahan malu.

aku rasa nanti time aku, sape tanya je aku tampo, tanya je aku tampo, apa ingat malam pertama senang senang je nak cerita kenikmatan dia ? nak tau, buatlah sendiri *emo2



P tanya s : kalau mak ayah aku yg tanya takkan nak tampo pulak? ke cane?

Le Lanun Ranggi Contest

woi woi orang kampung. tiba tiba je aku terpanggil nak join contest ojin, tiba tiba je aku tertaip entry ni, tiba tiba je aku terjatuh cinta dekat ojin, eh tetibe je kan? 


kakaka, contest dia senang bakhang, juz isi je dialog, kalau melukis, memang tak ah aku nak masuk. ok klik gambor untuk ke link beliau. 










Kalau ojin tak bagi aku menang. jangan harap aku nak terima pinangan dia. eh?

Dec 12, 2012

terkaman

Malaysia Vs Thailand malam ni.
aku cuma harap pakwe aku terkam bola macam terkam aku. 
kan awak kan kan?



go awak! go awak!

Nov 25, 2012

Memori Sekolah (1) - Pamela Anderson


Pamela Anderson

Hari outing ialah hari yang paling menggembirakan buat pelajar asrama. Gila kau tak gembira, masa ni la boleh nak merasa KFC dekat Bandar Kuala Lipis tu. Zaman ni, fast food paling power dekat kuala lipis KFC je la. Kira kalau budak budak sekolah rendah, mak ayah dia bawak pergi makan KFC time ni, kira paling in la kalau nak gebang dekat sekolah esoknya. macam biasa. Aku dengan geng geng aku memang tak ketinggalan kalau time outing, dengan kain singkat nya, dengan baju outing kaler kuning batiknya. Dengan kasut hi cut nya. Ini jam kalau lelaki sebelah lalu suwit suwit pon aku mendada kesombongan. Market kene jaga bhai. Hahaha


Macam biasa kalau outing bende paling aku menyampah bila kene tunggu bas ramai ramai. Dah semua orang pon nak outing. Sampai satu tahap kene berhimpit himpit dengan budak lelaki , kalau budak laki takpe la takde bende dia nak kene pertahankan, kami yang perempuan ni nak kene pertahankan aset masing masing. ye la time time umur 16 ni la bende tu tengah berkembang pesat. Jadi nak kene pertahankan aset ni ingat senang ke? Kahkahkah

Bila dah sampai Bandar, ada kawan aku nama dia Sufian. Si sufian ni perangai boleh tahan celaka. Kalau kes disiplin dekat sekolah, dia je la yang menduduki top 3. Entah macam mana aku boleh terserempak dengan dia, dia slow slow panggil aku.


"Woi ezan, sini kejap."

"Bende?"

"Sini la kejap, ah sombong sial kau."

"Bende gila? Kau nak mengorat aku ke?"

"Pui! Sini la aku nak mintak tolong sikit. Kau je la harapan aku sekarang ni. Ni antara hidup dan mati."

"Apesal kau jual dadah ke? Haha."

"Tak lah, aku jual perempuan. Sini la"

Aku pon perlahan lahan pergi dekat si sufian ni. Dengan muka serious dia berbisik.

"Bodoh! " jerit aku lepas mendengar bisikan rahsia sufian

"Ala tolongla wei, kali ni je, tolong la. Aku belanja ko dengan geng geng ko"

"Bodo sial, kalau kantoi macam mana?"

"Tak, aku rasa tak kantoi, ni jela cara paling selamat"

Masa ni aku dah resah gelisah mak minah dah. Nak tolong ke taknak . karang kalau kantoi, habis la cita cita aku nak jadi seorang jurutera bangunan yang Berjaya . tapi akhirnya aku setuju jugak. 

Masa dalam bas dalam perjalanan balik, aku paksa kawan kawan aku semua tolong si sufian ni. Si sufian ni mintak tolong sorokkan rokok Dunhill. Dia tokan rokok terbesar rupanya. Nak taknak kene buat jugak


Setiba nya di pagar sekolah, semua pelajar kene cek semua barang yang dibeli, takut ada pelajar yang bawak mende bukan bukan.


Masa ni kitorang steady. Sebab sorokan dunhill adalah ditempat yang paling selamat. Dan takkan diketahui oleh pak guard.


Dan akhirnya selamat di pas ke sufian dekat belakang kantin sekolah.


Tapi masa aku dengan kawan kawan aku nyorok rokok dunhill tu kat tempat rahsia tu,  aku rasa macam Pamela Anderson pon ada.

 Wohoi!


Dan satu bucket kfc dibelanja sufian buat makan malam tu.

 Sekarang ni jangan Tanya kat mana aku sorok rokok tu. 

Nov 23, 2012

tips ke stadium untuk gadis ayu.

Hai. selamat hari sabtu


sedang aku tengah tekun bekerja (baca main twitter) di hari sabtu di mana sekarang ni kebanyakannya sedang keluor berjimba bersama pakwe makwe, keluor carik jodoh di kenduri kenduri kawen tetiba je aku dapat idea taip entry. amboi 



mengikut pesanan pesanan orang orang tua melayu kita, sebagai perempuan, kite hendaklah selalu mengamalkan konsep kesopanan, ksantunan, bercakap dengan nada sederhana, sentiasa memikirkan aspek ketimuran dalam setiap pergerakan, demi menjaga maruah seorang perempuan melayu. eh dah kenapa ayat aku macam skema sangat ni ken.



jadi nya disebabkan ahad esok ada game Malaysia vs singapore, tetibe aku nak kasi tips kepada gegadis yang ayu dan sopan santun ni macam mana dia nak  bawak dia punye ayu tu ke stadium.



macam ni



bila nak goal  tu korang tutup mulut kepit kaki sikit  pastu buat buat muka malu , jerit goal jerit dalam hati je, ye la  bukan mende, karang jerit kuat2 karang lemah iman abam sebelah. lepas tu kalau team singapore main kasar, kita sebagai makwe yang ayu ni cakak gini ee benci benci benci. jangan nak mencarut carut ok. kakakaka, lepas tu kalau nampak mcm melting dekat pemain bolo tu, kita kene control sikit kita punya melting tu, contoh nya buat buat muka menahan malu merah merah tertunduk tunduk ke sebab ye la konon Khairul Fahmi che mat tengah pandang kita. and last skali kalau nak g tandas tu, jalan tu bongkok kan sikit badan tu depan orang, jangan nak mendada sangat. kakakaka



jadi tu je la tips dari aku. 




engkorang yang nak tiru engkorang tiru.



sebab aku pon tak kan buat cmtu.



gila apa duduk stadium tak lompat , tak carut. tak fun la woi!

kakakakaka


p terajang s : entry ni untuk aleen aiden sebenornya, 


Nov 15, 2012

superwoman

kelmarin kepala aku terhantuk dekat sinki, gedegang bunyi dia,
hari ni kaki tersadung masa naik tangga, jatuh cuma tak tersungkur je,
nasib baik takde orang nampok.

aku rasa ni tanda tanda aku bakal dapat kuasa dari alam lain
patutla hari tu kecoh dekat twitter UFO datang malaysia.
rupanya datang carik aku.

P lempang s : jangan tanya apa aku buat dekat bawah sinki bilik air

Oct 24, 2012

Umur bukan penghalang

Tajuk entry ada macam tajuk majalah mingguan wanita tak? *batuk keluar sudu


bibir mu merah bak delima,
mata mu redup pengubat gulana
pulasan throttle mu bikin terpesona
pecutan powermu lambang cinta kita

Jika memang jodoh kita, umur tu bukan penghalang awak, semoga jumpa di syurga.
whahahahhaha



Oct 12, 2012

Persiapan Kenduri Perkahwinan

Okey disebabkan majlis perkahwinan aku yang bakal tiba, aku nak buat checklist supaya majlis ni orang kabo berjalan dengan lancar hendaknye

Hantaran - done!
Mak Andam - done!
Pengapit - done!
Caterer - done!
Photographer - done!
Kek Kahwin - done!
Doorgift - done!
Kad Kahwin- done!
Berinai- done!
Kanopi- done!
Kompang- done!
Penunjuk arah/Signboard- done!
Sound System- done!


Pengantin Lelaki - Not yet!


okey mak! ayah! org kampung! cancel semua checklist dekat atas!

miahaha.


Oct 8, 2012

bukan minyak lintah,

Tajuk entry boleh tahan nokhoromm juga. 

Satu cerita ni. aku ingat sampai sekarang. masa aku duduk asrama sekolah teknik dulu , ada satu peristiwa yang boleh tahan memalukan diri sendiri sebenornya. kahkah .  tapi bak kata org tua , pengalaman mematangkan kita ye dak? ha sebab tu la kalau lu orang tengok aku depan depan. lu orang akan nampak mcm mana matang tu. amboi. rasa nak lempang diri sendiri. aherherher 

Cerita dia macam ni. Roomate aku ni nama dia lietha. otak dia boleh tahan gila gila jugek sama dengan otak aku. dia ni boleh dikatakan, atau pun memang dikatakan olahragawati sekolah aku la. lari macam pelesit. satu malam tu. selow selow dia panggil aku. 

Lietha : ezan ezan, sini jap. aku ada barang baik nak tunjuk
Aku  : mende mende *dengan semangat
Lietha : tapi ni kita berdua je yang tau. sebab makcik aku kata bende ni tak boleh nak bgtau ramai2 kalau tak tak berapa nak pergi keberkesanan dia
Aku  : hah ye la aku tak bagitau siapa siapa. ape bende nye?

selow selow dia bukak pintu locker dia keluarkan satu botol kecik minyak mende tah. 

lietha : ni minyak ni, makcik aku kata kalau kita calit kat baju ke lengan ke, ramai akan terpikat dengan kita. 
aku  : hah? ye ke. mana kau dapat?
Lietha : makcik aku bagi. kita try nak? mana tau ada yg melekat
Aku  : nak nak nak. (semangat)

esok pagi2 nak pegi sekolah lepas je siap pakai baju terus calit minyak tu kat lengan, baju, bau dia cam haram jugek sebenornya tapi na dapat jodoh punya pasal aku korban kan jua. ecewah.

bila time rehat , lalu kat sebelah mana mana abang senior, aku buat buat mcm jalan sebelah tu selow selow sikit sebab nak kasik efek bau tu melekat terus ke hidung abang senior tu,

last2 seminggu aku pakai mende alah tu, bukan nak kata ada abang abang senior terpikat, abang kantin pon tak kenyit mata. 

terus aku dgn lietha buang minyak tu tanpa menoleh lagi ke arah tong sampah. dramatik. kahkah

punya la bangang masa skoloh dlu , tah mcm mana tah aku boleh percaya mende mende gitu. kurafat kurafat. kakaka.

dan sekarang aku dengan lietha masih belum bersuami. apa efek minyak tu melekat smpai sekarang ke mende. kene mandi bunga ni. kahkah


Sep 22, 2012

cerita 24 jun


Pada 24 jun yang lepas terjadilah suatu peristiwa yang sangat menggamit hati dan sanubari gua sebagai makwe yang lemah lembut dan bersopan santun ni.  bukan mende, bila dah menjangkau umur 24 ni ingat dah takde dah org nak buat seperais seperais besday ni yedak? nak tunggu suami punye seprais dalam bilik berdua je. kakaakaka. jadi dia bermula mcm ni sebenornya. ada banyak watak dalam pembikinan filem ni. watak utama dia tak lain tak bukan si Fazren , Sha, dengan abam hapis makul, mula mula pergi pelancaran buku lejen press. lepas tu balik dari situ konon nak bawak aku pegi tasik la lepak la apa la, pusing satu shah alam habaq ang sbb watak watak yg lain lambat smpai di tempat kejadian. 



jadi bila tiba di lokasi yg sesuai, dekat medan selera mende tah dekat tasik shah alam tu, terus je la si aleenaiden, aredale bawak kek di bawah ni  bersaksikan dua lilin. wuwuwu. sedih terharu. dan cake ni sedap gila. memang feberet, ye la semua kek pon feberet ko ezan. kakaka. tapi dia mcm tak berapa nak berakhir dengan kejutan kek sebenornya. tetibe datang pulak Hana Ahmad, Api, Zoulyazix, menyemarakkan lagi acara pembalingan tepung ,. takpe takpe. hari jadik engkorang nanti kene la engkorang.


mende tah yang aku cuba buat dalam gambar ni. adel hanya memerhati terpesona.


potong kek nya! potong keknya!

jadi mari layan gambor gambor yg aku janjikan kat lu org hari tu.


okey hapis makul tengah tanya sha wahidah, yayang nak makan apa? kakaka, sebelah hapis makul tu zoul ye zoul,. sape tak kenal zoul,. org kuat zinesatu malam



watak utama. hohoi!







dari kiri, sha, fazren, hafiz, aleenaiden, beday gerl ecececece, hana ahmad, adel, api, zoul yazix ( tengah amik gambo)
mereka semua adalah rakan yang aku kenal dr blog dan rapat di twitter. tapi sha sorang je la kawan aku dr zaman belajor dulu. haha




ok jangan tanya kenapa gambor bawah ni mcm tak bape nak jelas kan memang saje buat efek mcm tu . baru hispter. kakaka



haa efek gambor ni hanya org profesional je boleh buat


eh tiba tiba adel hilang kepala. penanggal. kakaka



eh tiba tiba kepala adel ada pulak.
 haaa nampak kepala aku tengah bakal tercabut? efek efek. org seni je tau motif edit mcm ni. akkaka



para gadis yang jadi watak watak filem



yeah! ini dia. (selepas dibersihkan sikit) kakaka, dia punye terbersin masuk hidung tu boleh keluor sekilo tepung gandum habaq ang,.


Jadi 24jun yang lepas genaplah saya berumur 24 tahun. ni umur sedap sedap subur nak kawin orang tua kabo. kahkah,

jadi izinkan gua buat sedikit ucapan berbaur retis.

terimakasih tidak terhingga buat semua yg terlibat dalam acara pembalingan tepung dan seperais

Nin Fazren Elyana
Sha Wahidah
Aleen Aiden
Hafiz Makul
Aredale
Hana Ahmad
Api
Zoulyazix
juga izwan apipi, walau datang kejap je

thanks untuk ucapan berbentuk video dari Aliazwa, dan call dari Farah aina walau aku tak jawab. haha
juga kepada amraan syah yang selalu menjadi pembimbing saya ke arah kebenaran *muntah*

juga pada smua yang ingat 24 jun hari saya, twitter , facebook,


Terima kasih.

ah sedih la plak tetiba. kakaka

juga untuk kad yg paling special direka khas oleh Fazren Elyana. thanks sayang.





Aug 22, 2012

Dari ezan idma




Salam Aidilfitri buat semua rakan blogger. 

Selamat Hari Raya kalian, 
terima kasih kerana masih setia di blog bersawang ini. 
saya hargainya. 
ececececcee.
kehkeh




Sebahagiaan dari adik beradik.



amek gambor dengan adik lelaki je la. Dengan suami entah bila.. wahaha


Ikhlas, dari ezan idma. 


Aug 9, 2012

Pura pura?

Orang kabo adakalanya manusia ni hidup dalam kepura puraan. Tapi ingat semua bende ke orang boleh berpura-pura? Macam aku sekarang ni, punye lah payah nak buat muka berpura pura sampai satu tahap tu nak pergi terjun longkang sebab stress. Kahkah.

Jadinya aku tanya engkorang.











Ingat senang ke, nak buat muka berpura pura berpuasa? Hah? Hah? 
Ingat senang ke? Susah tahu susah!!!
Kahkahkah


P/s 1 : Jangan tanya kenapa aku tak update lagi entry begambo. Bz tahu nak pura pura berpuasa

P/s 2 : Orang perempuan je boleh pura pura berpuasa

P/s 3 : Entry ni diupdate oleh penolong blog aku. Aku takde laptop nak update. K selamat berpuasa

Jul 25, 2012

Pelancaran KasaRnova , Timid , Lelaki EksistenSIAL by Lejen Press

Disebabkan sebenarnya pelancaran buku ni bapak laa dah lama , iaitu pada 24 jun 2012 iaitu lebih kurang sebulan lepas, tapi disebabkan aku dah janji dengan lu orang yg akan ada entry bergambar kan? jadi engkorang layan je la gambar gambar oleh potogeraper profesional yg diimport khas dari raub. kahkahkah


Ok Pelancaran buku baru oleh Lejen Press bertempat di The Annexe Gallery Central Market Kuala Lumpur , ok siapa tak kenal Lejen Press makanya anda belum cukup true dalam arena blogging. Orang takde blog pon power hal hal begini, ini kan anda seorang blogger? cewah. kakaka

Buku yang dilancarkan adalah. (amboi, mcm nak buat karangan)

KasaRnova oleh Izwan Hafifi (@perawand) 
TIMID oleh A.B. Hashim (@hnffhshm) 
Lelaki EksistenSIAL oleh Nami Cobb Nobbler (@comradenami)

buat sesiapa yang takde twitter , yang dalam kurungan tu tweethandle twitter penulis. bukan username myspace tau!

Dan sebenarnya pemergian ke pelancaran ini juga adalah untuk menyapot penuh en abang izwan apipi kita iaitu penulis kasaRnova merangkap penulis blog Sarkarsis juga merangkap kawan twitter gua yang gila, dan hensem dan sudah berpunya! kahkah 

haa cuba teka mana yang dah kawen. 



Dari kiri. izwan , Aisa linglung (bos lejen press), Nami, dan Ab. hashim



nampak abam apipi kite tengah nak meluahkan perasaan. smpai berkerut muka. akkakaa




Jadi saya harap beli lah buku saya, kerana ada sesuatu yang anda akan dapat di dalam nya '', kata beliau bersahaja




Jadi apa kata kita abaikan yg duduk dan kita fokuskan yang tengah berdiri pakai speck tu, apa kata anda? cute? berketerampilan? oh dia lah deus , juga bos lejen press .




Penulis KasaRnova diapit dua peminat fanatiknya. punye la fanatik sampai baju pon nak sama kotak kotak i tell u.



haaa yag baju merah tu la potograper dr raub yang 'handal' tu. kahkah. Dari kiri, wawa, aku, Cikgu Vee , Fazren




Fazren pose peace dengan h (bukan nama sebenar) dan sha



ouhhhhh Abam Zoulyazix! org kuat kerat Studio and zine satu malam! bersama akak blogger Boneka Dalam Cermin iaitu isteri keada abam ghost writer!


fazren dan abam apipi

 anda kenal siapa baju kemeja kotak kotak itu? yaaa beliau ialah Hana Ahmad pemilik blog Manusia Egois Yang Mahal Air Mata. haa siapa ada lagi panjang nama blog dari dia?




Abam segak dan bergaya ini ialah abam ghost writer 



Buku dan zine oleh kerat studio




oh bagi laluan abam apipi nak otograf peminat

abam apipi berdebor sebab peminat comel sangat!


Muka gembira Fazren setelah buku nya di tanda tangani


Jadinya selepas selesainya acara bermanja maja dengan penulis, kami terus shoot ke Ikea , nak pegi makan perabot (baca : meatball)

eh terletak pulew gambar ni. sepatutnya gambar ni letak sebulan yg lepas, mana nak tau kan tetibe terletak masa bulan puasa ni. kakakaa



eh dua kali pulak. rasa dah delete dah gambar atas ni. kakaka



Dan last sekali. Congrate For Izwan Hafifi untuk buku pertama beliau. Semoga beliau terus unggul dalam mempersadakan bakat berkarya yang terpendam dalam jiwa beliau tanpa beliau sedari. 






Terima kasih juga atas Tandatangan dan ucapan. hikshiks





Sila beli buku ini kerana ada nama nama mereka yg power bahagian penghargaan. kahkah
review buku ni pada entry akan datang (taktau bila)




dan paling bertuah, i menang cabutan bertuah yu ols...dapat buku Angus Himself by Ab. Hashim



jadi sekian sahaja entry untuk kali ini. nantikan dua lagi entry bergambar juga taktau bila. kahkahkah

oh sesiapa nak beli buku lejen press boleh ke http://lejenpress.com/ dan follow twitter mereka @LejenPress

Jul 3, 2012

Nak mintak izin ni

Gua nak mintak izin ni, 3 entry terbaru gua nanti akan penuh dengan gambar gambar. korang ok tak? ye la karang jeles pulak dengan kepampangan gambor comel gua. kakaka.

Jun 18, 2012

RIP sayang

Aku taktau sebenrnya mcm mana nak mula entry ni walaupun sebenarnya aku dah pun mulakan entry ni. Sentap-sedih-kesal. 

Ecely seminggu lepas aku kenal dia, dia datang rumah aku, kurus, kecik, comot, kotor sangat, badan dia putih, tapi mcm nampak kelabu sebab dia kotor, aku amik, aku mandi kan dia, and untuk-pengetahuan-korang aku punye takut pada kucing tu boleh dikatakan tahap takut nak mampus. tapi dengan dia ni, aku tak tau mana keberanian tu datang.

lepas tu aku belikan dia makanan kucing since aku tengok badan dia memang lansung takde isi, aku nak dia gemuk. aku tengok dia makan, aku pandang dari jauh, sebak gila tengok dia rakus gila makan. aku senyum je, aku takut nak pegang, aku takut. masa mandikan dia pon aku suruh adik aku pegangkan.

semalam, aku dan adik beradik yang lain, nak bagi nama dia, putih, lulu, lili, zainab, tasha, macam macam smpai dia pon mcm suka bila kitorang panggil dia dengan nama nama tu dia ngiau, aku panggil dia dengan nama zainab. lepas tu dia ngiau tanda tak suka. haha. 

bila aku nak pegi keje tadi, aku beranikan diri aku dukung dia, aku peluk, tiba tiba dia macam manja gila dengan aku, dia tenung aku. mata dia cantik. dia dah gemuk sikit sejak seminggu aku jaga dia, aku peluk dia kuat lepas tu aku lepas. kebetulan mak aku masak daging hr ni, dia punye suka pada daging adalah gila gila berbanding ikan, aku bagi dia makan, dia melompat lompat dapat daging tu. 


hari ni, aku balik kerja, adik aku bgtau. kak, kucing dah mati. aku lari cepat2, aku tengok dia mati kat luar rumah. ternganga, aku taktau nak cakap apa, aku nangis kat situ, aku telefon mak aku, kakak aku, bgtau smbil nangis, aku taktau kenapa aku boleh nangis sebab selama ni aku pelik mcm mana org boleh nangis dengan kematian kucing. tapi kali ni aku berada di tempat tu. aku rasa dia mati tercekik daging. daging yg aku bagi. aku rasa bersalah gila sebab aku rasa mcm aku yang jadi punca dia mati. 

dan aku masih belum bagi nama dekat dia. 

aku tau, renungan dia tadi sbnrnya nak bgtau yang dia akan tggalkan aku, bukan utk sehari, tapi untuk selamanya. 

serius aku tengah nangis sekarang. 


RIP sayang. 


Jun 7, 2012

aku nak komen jujur dari engkorang ni




ni hasil lukisan Dani yang power bagi aku.

sekarang ni aku nak tanya, aku dengan Diana Amir seiras ke tak?

dah tak payah nak pikir, siapa yang komen muka aku selain dari  Diana Amir , aku tempeleng.

May 16, 2012

Kisah cinta seorang mak ayam.

ah berdebarnya lah kali ni nak buat entry kisah cinta ni. 

cerita dia macam ni. dua hari lepas, aku sebagai kawan yang boleh dikatakan mengambil kira kesunyian kawan kawan, promot la seorang jejaka ni pada seorang kawan aku yang konon konon sunyi. saja tambah kenalan. orang kabor, kalau rezeki ni sama sama kita kene kongsi ye dak? nak makan sorang pon tak boleh jugak. tamak org kabo. kahkah, jadi aku dengan bersungguhnya mewaksap kawan aku kabor yang ada ''barang baik'' nak kasi ke dia. jadi sekarang ni aku kire dah jadi mak ayam la, bagi anak anak ayam aku barang baik. faham? tak faham? peduli apa aku. kahkah.

tak, cerita dia bukan yang tu sebenrnya, tak start lagi cerita cinta aku ni.

macam ni

2 hari selepas kejadian mak ayam...

Lepas carik parking dekat bandar Raub Perdana yang mewah ni, aku dengan member aku laju laju keluar dari kereta sebab nak pergi cimb bank. ceritanya membe aku ajak teman dia ada hal mende tah. masa masuk tu, aku terus duduk  berhadapan dengan meja customer servis yang dekat je dengan kerusi aku tu.

masa ni duduk dah tak berapa nak senang sebenarnya. mana taknya, depan aku ni ada sorang pegawai bank merangkap kawan bapak aku . muda-hensem-wangi-menggiurkan, ok dah. dia punye kemeja belang belang coklat dengan tie maroon tu buat aku tak berapa nak menahan jugak sebenarnya. 


tiba tiba


Peg Bank  : eh awak ni anak en idris kan?
Aku          : aa , a'ah
peg bank  : buat apa sini
aku          : teman kawan, ada hal ( nampak tak sombong nya? )
peg bank  : oh, awak ada masa sikit? bz tak?
aku          : eh tak jugak
peg bank   : duduk depan saya kejap, nak discuss sikit.


masa ni hati meronta ronta tak payah nak kabo macam mana sebenarnya, woi peg bank ajak duduk bertentang mata woi. kahkah. aku pon duduk dengan ayu-sopan-santun. bila duduk tu aku letak hp atas meja, dia pon cerita la pelan goverment bagi untuk saving. sebulan 100. then dapat pencen dan perlindungan insuran dan bla-bla-bla. aku masa ni angguk je, sebab aku target last nanti aku nak kabo ke dia, sorry sy dah ada saving kat bank lain. tapi. 

tiba tiba


waksap hp aku masuk. hp nokia c3 ni kalau waksap masuk dia punye besor terpampang tu macam signboard Tunas manja jelas dia. waksap dari kawan aku berbunyi macam ni

''gud morning MAK AYAM''

laju laju aku tarik hp letak celah peha. masa ni aku punye gabra tak boleh nak handle macam mana bila pegawai bank tu ternampak dan tertegur

''eh? awak mak ayam?''

''eh, tak, kawan  saya , gurau. kitorg memang macam ni.''

''oh ok.''


masa ni aku rasa macam nak amek selipar yang aku pakai tu baling strek kat kawan aku yang hantar waksap tu. bila dah gabra tu, aku kaver balik.

''eh mana kita tadi? kalau saya amik ni , maknanya sy boleh keluarkan bila bila ke saving saya kalau dh taknak sambung?''

''yes. boleh cik.'' sambil sambung bla-bla-bla

masa ni dia punye malu, kalau bogel pon tak rasa berangin dah. aku perati peg bank tu dia macam nak gelak taknak gelak, nak heran taknak heran bila lepas dia baca waksap mak ayam tu. 

kesimpulan dari cerita ni adalah

1) aku dah setuju terima amek plan saving sebulan 100 sehingga umur 55 tahun sebab nak cover malu. 
2) Kisah cinta aku dengan peg bank tergantung begitu sahaja
3) gaji aku akan berkurang seratus setiap bulan lepas ni.
4) hah sekarang ni aku dah pegang title mak ayam paling power kat kawasan raub. mana mana yang nak barang baik sila dm kat twitter or waksap. harga boleh runding. 

bila aku cerita dekat kawan aku yang hanta waksap tu, dia bantai gelak bagai tiada hari esok.

lu  tengok dia bantai gelak je.


end.

   

May 10, 2012

menusuk, menebuk, dan mencucuk dengan hujung jari

Tadi, aku bukak fesbuk, lepas bukak saje je la kan cek bende bende yang dekat bahagian tepi kanan. Macam ada event ke apa. Lepas tu, aku ternampak ada dalam 9 orang poke aku. selama ni memang aku tak berapa nak ambil berat sangat jadah poke poke ni. Hari ni aku nak try mende best nye poke ni, aku bukak kamus  DwiBahasaOxfordfajar muka surat 307 maksud POKE disini ialah ''menusuk, menebuk, dan mencucuk dengan hujung jari. Ceritanya sekarang, macam mana aku boleh tak rasa apa apa bila 9 0rang  menusuk-menebuk-dan-mencucuk dengan hujung jari terhadap aku? Tapi dia punye tak putus asa tu tetap tak berakhir sebab ada pulak link suruh "POKE BACK" mereka yang poke aku tadi. jadi dengan selambanya aku telah menebuk 9 orang balik. kite tengok esok ada tak mana mana Orang mengadu ditebuk. Hah, siapa suruh berani menebuk aku dulu

Apr 29, 2012

panas

Sejak dua tiga hari ni, panas kat mesia ni lain macam pergi dia, berpeluh mengalir ngalir, tak kesian lansung dekat org bujang mcm aku ni, kalau peluh siapa nak lap kan? ce kabo? ce kabo?

Apr 8, 2012

kemaluan yang tak berapa nak matang

Sebenrnya awk, saya tahan lama jugak nak cerita ni, tapi bila sy fikir fikir balik, apalah erti kegembiraan jika tidak dikongsi bersama, maka disini saya cerita lah juga ye? kihkih.


beginilah nak memulakan cerita, masa saya mula mula sampai perhentian bas raub tu, memang sy lansung tak perasan kehadiran awak sebab perut saya memulas, jadi disebabkan sy mementingkan perut saya daripada awak, maka saya masuk jugalah tandas awam berhampiran yg kene bayr 40 sen tu,. tp takpe sy gagahkan jugak, karang tercirit dalam perjalanan ke kolompo tu susah jugak sy nak handel.

lepas sy keluar dr toilet , sy nampak awk dr jauh pakai baju hijau lengan panjang, rmbut pacak2, peh masa ni sy bukan nak cakap apa, tp sy nak cakap jugak, kirenye sy telah menjatuhkan perasaan suka pandang pertama tau tengok kehenseman terhadap awk, hikhik. jadinya sy terus pandang tempat lain sebab taknak kasi feel jatuh hati tu terus merebak dan mmbuatkan awk perasan.

Kita sama sama tggu bas yang belum tiba, kelihatannya awk juga sperti memandang sy, tp sy buat sombong la masa tu. kihkih.

bas pon tiba, sy meluru nak naik bas sebab konon takut org amek seat saya kan. tp dalam hati tu berharap juga sbnrnya seat sebelah awk, kahkahkah . saya naik bas Raub ke KL , yela sy nak ke KL takkan naik bas ke kuantan pulak kan? dan sy nmpak awk pon membontoti saya, amboi membontoti perginya. kahkah

bila dah naik bas tu, saya pon dengan selesanya cr seat saya, tapi malangnya sebelah seat saya dh ada nyonya cina tau. sy agak kecewa jugak. tp sy tabah lagi. bila awk cri tempat duduk, entah mcm mana tmpat duduk awk dh ada org duduk, konon awk nak tnjuk  matang depan sy maka awk pon cr tempat duduk  yg kosong dan awk pon duduk. 

tiba2, ada sorg penumpang ni, tak de tempat duduk, semua seat dh penuh, 

jadi masa ni boleh tahan huru hara jugak keadaan dlm bas masa tu di mana tetibe je drebar bas tu cek, no seat awk gn no seat abam tu sama, ah gile betei perkhidmatan trans ni salah cetak tiket. masa ni awak dgn gagah nye prtahankan tempat duduk awk siap taknak bangun, drebar bas dh mula cuak dan pening lalu drebar bas turun semula untuk cek dgn caunter tiket

sabar awk. perjuangan awk mmpertahankan tempat duduk awk masih belum selesai

Bila drebar bas naik, dia tersengih sengih, sambil bertanya kepada awak,

''awak nak pergi mana sayang? 
''kuantan''
''ni bas KL syg, kuantan belah sana''
''oh ye ke. oh sorry2.
(sambil bangun dan berjalan tanpa memalingkan muka ke belakang)

masa ni kan awk sy rasa macam nak terajang awk tau,. sebab awk dh mnjatuhkan airmuka saya tau. eh tak, mejatuhkan air muka awk sndiri sbenarnya, kahkah. sy ni tahan gelak smpai hr ni bru sy cerita dkt entry ni. kahkahkah. Jika cinta kite bermula dengan cara begini, saya rela,. kahkahkah

saya upload pic tempat kejadian, nak kasi dramatik sikit

Ps/ tak guna hensem kalau kuantan gn KL tak boleh beza ejaan nya. kahkahkahkah

Apr 4, 2012

5 Saat



5 SAAT

Tutup Mata
Tarik Nafas Dalam Dalam
Tahan nafas,
kira Sampai 5
fikir Satu nama
Hembus Nafas perlahan perlahan


Bukak Mata
dan Jangan menangis
Kerana ia bakal berlaku
kita akan jadi kaku
dan dia akan tersenyum disitu
ketika itu,
tolong jangan berlalu
dan harus kita balas senyuman itu.




RM5 aku beli zine ni
selak helaian pertama aku dah jatuh cinta dengan puisi di atas.
bagi, kamu, kamu dan kamu.
ini kisah tentang 17 gadis.
disampaikan melalui suatu puisi
dan
cerita pendek.
Dan satu perkataan tentang mereka
AWESOME



klik Perkataan Senorita untuk tahu apa itu Awesome.