Aku taktau sebenrnya mcm mana nak mula entry ni walaupun sebenarnya aku dah pun mulakan entry ni. Sentap-sedih-kesal.
Ecely seminggu lepas aku kenal dia, dia datang rumah aku, kurus, kecik, comot, kotor sangat, badan dia putih, tapi mcm nampak kelabu sebab dia kotor, aku amik, aku mandi kan dia, and untuk-pengetahuan-korang aku punye takut pada kucing tu boleh dikatakan tahap takut nak mampus. tapi dengan dia ni, aku tak tau mana keberanian tu datang.
lepas tu aku belikan dia makanan kucing since aku tengok badan dia memang lansung takde isi, aku nak dia gemuk. aku tengok dia makan, aku pandang dari jauh, sebak gila tengok dia rakus gila makan. aku senyum je, aku takut nak pegang, aku takut. masa mandikan dia pon aku suruh adik aku pegangkan.
semalam, aku dan adik beradik yang lain, nak bagi nama dia, putih, lulu, lili, zainab, tasha, macam macam smpai dia pon mcm suka bila kitorang panggil dia dengan nama nama tu dia ngiau, aku panggil dia dengan nama zainab. lepas tu dia ngiau tanda tak suka. haha.
bila aku nak pegi keje tadi, aku beranikan diri aku dukung dia, aku peluk, tiba tiba dia macam manja gila dengan aku, dia tenung aku. mata dia cantik. dia dah gemuk sikit sejak seminggu aku jaga dia, aku peluk dia kuat lepas tu aku lepas. kebetulan mak aku masak daging hr ni, dia punye suka pada daging adalah gila gila berbanding ikan, aku bagi dia makan, dia melompat lompat dapat daging tu.
hari ni, aku balik kerja, adik aku bgtau. kak, kucing dah mati. aku lari cepat2, aku tengok dia mati kat luar rumah. ternganga, aku taktau nak cakap apa, aku nangis kat situ, aku telefon mak aku, kakak aku, bgtau smbil nangis, aku taktau kenapa aku boleh nangis sebab selama ni aku pelik mcm mana org boleh nangis dengan kematian kucing. tapi kali ni aku berada di tempat tu. aku rasa dia mati tercekik daging. daging yg aku bagi. aku rasa bersalah gila sebab aku rasa mcm aku yang jadi punca dia mati.
dan aku masih belum bagi nama dekat dia.
aku tau, renungan dia tadi sbnrnya nak bgtau yang dia akan tggalkan aku, bukan utk sehari, tapi untuk selamanya.
serius aku tengah nangis sekarang.
RIP sayang. |
okeh!ini sedih!
ReplyDeletesobs. sabarlah!
ReplyDeletehmm.nk buat cane.ajal dia dh smpai..jgn sedih2..
ReplyDeleteaku dah lama tak bela kucing dan tak pernah bela lagi dah semenjak ia mati atas kesilapan aku. mati lak dekat dgn tuannya.
ReplyDeletehooo
ReplyDeleteminyau saya baru je mati bulan lepas
sedeyyyy
hg patut bagi nama dia abg ba.. baru dia sihat dan cergas..
ReplyDeletekesiannya..mungkin sebab kucing tu teruja sgt kot dpt daging..tp tu lah, apa boleh buat..masanya da sampai..tuan belog sabar k..
ReplyDeletexpe ezang.
ReplyDeletecari miow baru.em em em
sabar eh akak..dh ajal kucing tu
ReplyDeleteaduhai ezan.. akak ni pn dh byk kali hadapi benda ni. sedih ttp sedih stp kali berdepan dgn situasi mcm ni & akak paham..
ReplyDeleteselalunya kalau baca entri ezan ni,dah ready nak gelak kaw2. tapi kali ni, serius sedih!
ReplyDeleteaku ni pecinta haiwan terutama kucing. :(
tumpang sedih... sy pun pencinta kucing tau... sob.. sob... sob... tak pe... abg ba boleh belikan yg baru...
ReplyDeletekesian kucing tu mati tercekik daging..
ReplyDeletesama ah...
rumah saya ada anak kucing mati gak, penat kitorang bela seminggu. :(
lisa sughihani pun suka kucing.
ReplyDeletemaknanya lu cun mcm lisa
ezan, Allah sayangkan dia. mesti ada menyusul meow lain nanti sebab Allah nak test hati ezan sebenarnya. disebabkan ezan dah lulus ujian, insya Allah, nanti ada meow lain datang ye. sabar.
ReplyDelete:D
sabarlah.
ReplyDeletesabar ezan.. ermm, nt ada la pengganti tu..
ReplyDeletekucing sy mati tanpa sy di sisi..sedih sgt :(
ReplyDeletetacinggggg dotcomdotmy.
ReplyDeleteserius aku pun takut kucen
tapi serius aku pun sedih
Aku pernah rasa perasaan itu, . . . . .
ReplyDeleteKucingku mati berbuih-buih mulutnye, . .
Takziah, . .
Innalillahi wa inna ilaihi rajiun
miaw kecik saya nama pico pun baru mati kena langgar kereta.
ReplyDeletesekarang awak buat saya rindu miaw kecik saya.
bertabahlah ya..
ReplyDeletefaham perasaan tu.
ReplyDeletedill.
sabar...
ReplyDeletebesabarlah wahai hati..:)
ReplyDeletespeechless..sabar..
ReplyDeleteRIP miau syg. apa yg DIA bg pinjam, pasti dia akan ambil kembali. ok dear?
ReplyDeleteMenyentuh hati. Kisah pendek yang bermula indah dan berakhir sedih.. Dah masa dia takat tu je.. RIP kucing..
ReplyDeleteAku pun baru je jadi lebih sayang pada kucing tak macam sebelum ni. serius aku tersentuh.
Sedihnye ezan.. Bgenang air mata bace.. Now im not in my kg.. So rindu kat kcing2 kat umah..
ReplyDeleteanak kucing adik lin pon baru mati..sedih..dah la comel :(
ReplyDeletesedihnyer sis..huhu.. sy pn bru je bela anak kucing, hrp2 dy idup lama,,huhu
ReplyDeleteooo... cian nyee.....
ReplyDeleteSabar ek? :)
ReplyDeleteJangan bersedih2..nanti bela benda lain pulak..
ReplyDeleteOk. Dapat satu ilmu.
ReplyDeleteOrang yg takut kucing tak semestinya tak suka kucing.
pandang kucing dari jauh pon dah boleh buat hati tenang. sangat sedih tengok kucing mati. sobs
ReplyDeleteso, bila nak buat tahlil?
ReplyDeleteFirst aku rasa nak nangis. Lepas scene kau cakap tercekak daging aku gelak. hahaha. Cam kelakar, kejam giler aku. takpe la sabor jer, nanti cari kucing lain ye...
ReplyDeletekami dari Suffer8zine Territory mengucapkan takziah atas kematian kucing. Semoga tabah.
ReplyDelete