Hah! Ni final part.
siapa nak baca part 1 & 2 tekan link bawah ni.
Hari last kitorang gerak ke Miri. Daripada gua niah dalam dua jam je kot. Miri bandar dia cantik dan banyak jugak tempat menarik.
so sampai sana je terus check in hotel. Hotel ni aku search kat internet. Review pon ok so, aku pon book awal awal. Nama Hotel ni Dragon Inn. Terletak dekat je dengan bandar Miri. Harga dia aku tak berapa ingat. Tapi aku ambik 2 bilik untuk 4 orang dalam 200+ sekali deposit.
ni details Dragon inn :
Address: 355, Jalan Masjid, 98000 Miri, Sarawak, Malaysia
So puas hati bilik dia. Then mula mula sekali kami pergi Canada Hill. Mula mula aku ingat apa mende la canada hill ni, rupanya dekat sini boleh tengok view bandar miri.
View gambar kitorang dari atas Canada Hill tu. Disebabkan kami pergi waktu siang, so view dia takde la berlampu bagai.
|
Gambar Waktu malam dari Canada Hill. Sumber blog |
Then dekat sebelah Canada Hill ni terletaknya The Grand Old Lady. Telaga Minyak Pertama kat Miri. Juga merupakan tempat proses minyak yg bersejarah di Sarawak. Apa lagi kami pon bergambar la. hahaha
Dan dihadapan Grand Old Lady ni, ada Muzium Petroleum, tapi disebabkan kami datang hari Ahad, Muzium ni tutup. so Bergambar kat depan pon jadi la.
Lepas tu kitorang bergerak pulak ke Taman Buaya Miri. Yang ni aku rasa paling best kat Miri. Maybe sebab aku memang suka tengok binatang ni. Buaya berlambak lambak kat sini ok! Kira ni tempat Penginapan buaya buaya sedunia agaknye. Nama je Taman Buaya Miri, tapi banyak gila binatang lain menghuni kat situ.
Fee masuk RM18/person
kalau nak bagi makan buaya satu kupon RM10, dapat la 4 ketul potongan ayam.
|
berlambak lambak |
Nampak tak kitorang berusaha nak pancing dia bagi makan. seronok gila weh bagi dia makan. Sebab dia tarik kayu pancing tu sekali sampai jatuh terus dalam kolam. wkakaka. Bengkek je abang yang jaga tu kayu pancing dia masuk dalam kolam :p
|
Sampai ternganga nganga |
|
Muka sha takut nk bagi kuda makan. wkakaa |
|
Jinak gila beruang ni. Nak ambik gambo dengan dia kene bayo 5 hengget ok! |
Selain tu, Kat miri ni dia punye trademark Kuda Laut, jadi kami pergi Pantai Marina Bay bergambar gambar sambil melompat lompat. Sangat Cantik tempat ni, tapi aku tengok mcm dah terbengkalai dah dia punye resort ke apa tah kat situ. Maybe tak dapat sambutan kot?
|
Melompat lompat engkau |
Dan malam tu acara banyak dihabiskan kat Bandar Miri je, jalan jalan lepak minum. Dekat dengan hotel kitorang stay tu, ada kedai makan Nasi lelapan. Aku tak ingat pulak nama kedainyeeeeeeeee. Biasa la aku kalau dah jumpe makanan, lantakla kedai tu nama apa pon yedak. hahahaa, orang ramai gila. Memang best la nasi Lelapan dia, ayam pon beso beso. Harga sepinggan dalam 12-15 kot.
Nah gambar bagi korang terliur sikit.
Memang terbaikkkk.
So far aku rasa macam nasi ayam penyet. tapi sambal dia la yang menentukan kesedapan seketul lelapan tersebut. OhmyBM!
Disebabkan malam tu kami lepak lepak je dekat hotel , tetiba perut rasa lapar nak makan mcd. aku call la nak delivery, rupanya Mcd cuma buat penghantaran kat Kuching sahaja! tempat lain kat sarawak memang tak hantar, Nak makan sila pergi sendiri, So malam tu kami pon guna la waze cari Mcd berdekatan dekat Hotel tu, dekat je tak sampai 5 min pon.
Esok nya pulak sebelum balik, flight pukul 7 pm tapi delayed pukul 9, kitorang pon menjalankan acara shopping cenderahati kraftangan dan Kek Lapis untuk orang orang semenanjung.
Nak cari tempat Handicraft kat miri ni aku rasa ada kat sini je kot. Tempat lain macam susah je
Disebabkan aku tekun carik souvenir jadi takde nak snap gambor pon, maka korang klik la link ni untuk tengok apa yang ada kat Miri Handicraft Centre ni LINK
Setelah pusing satu miri cari Kek Lapis yang sedap dan harga berbaloi, kami terjumpa satu kedai kek lapis ni tepi jalan je, Nama dia Embun Citra Kek Lapis, Kedai dia tepi sungai je, so agak agak nak terjun lepas makan kek tu ikut enkorang la, kakakaa,
Kalau perisa biasa RM18. Tapi kalau ada coklat and special sikit dalam RM25. Aku nak cadbury tapi dah habis, jadi ambil je la kitkat. sedap jugakk
Ok lah itu sahaja la cerita pasal trip aku pergi Sarawak. Pengalaman yang power dengan kawan kawan haruslah jadik kenangan paling indah ye dak. so tahun depan ke mana pulak?