Pages

Total Pageviews

Oct 12, 2013

Pengalaman Ke Gua Niah , Miri Sarawak - Trip ke Sarawak Part 2

Assalammualaikum wbt.

Bersiaran kembali kita dalam rancangan tanya lah ezan! kakakaka.

so dalam segmen kali ni, amboi bersegmen bagai keke, 

so kali ni aku nak sambung cerita pasal trip aku hari tu. siapa yang nak baca part 1 boleh baca kat sini PART 1

Jadi pada hari kedua 21 Sept 2013 kami bersiap siap dari bintulu nak pergi Gua Niah, perjalanan dalam dua jam lebih rasanya. tapi sepanjang perjalanan ke sana tak tidur pon. menikmati keindahan suasana katanya. 

Kitorang sampai Taman Negara Niah dalam pukul 12. Sampai je terus beli tiket. 10 ringgit je seorang.






 Aku dah booking hostel awal awal dah dua minggu sebelum. Hostel ni ada 4 bilik. tapi kalau nak sewa bilik saja pon boleh, cuma kene kongsi living room la nak lepak ke apa kan. makanya aku ambik satu hostel tu terus. 

Tak mahal pon. Satu bilik siap dengan bilik air , boleh masuk 4 orang, cuma RM42+ sahaja. So aku ambil satu hostel dalam RM168. Murah kan!

Jalan menuju ke hostel

Hostel kitorang! pehh lawooo kan environment dia
gambar depan bilik

ruang tamu

Macam dalam hostel zaman sekolah haha. tp ok laa.
dekat luar hostel sebelum bergerak ke gua niah


Jadi bermulalah perjalanan ke Gua Niah . kami gerak dalam pukul dua setengah macam tu. Nak menyeberang sungai ni kena naik boat. Tapi kalau nak berenang boleh jugak . tupon kalau berani. kakaka




awas buaya!

ni la boat boat yang akan dinaiki

ni harga untuk seorang



So sebelum bermulanya perjalanan ke Gua niah, korang singgah la muzium ni dulu, free je masuk. nak amek gambar je kene bayar. Sebab apa kene masuk? sebab bila masuk boleh baca la sejarah Gua niah, dan tempat tempat dalam gua niah tu. so, kalau korang sampai tempat tu nanti, baru lah macam " oh ni la tempat tu"




Ni jumlah KM yang bakal kitorang lalui.

sebelum nak sampai ke gua niah. kene lalu laluan yg disediakan ni, yang ni tak mencabar, jalan rata je

amaran! dilarang beriloveyou disini!
 Sepanjang perjalanan nak ke gua niah tu, banyak jugak batu batu kapur yang ada di sekeliling laluan tu. cantik sangat



cantikkk kan!


 Sampai juga akhirnya!! 




Gambar dari dalam gua
Perjalanan dalam gua ni penat bila naik tangga je, sebab tangga dia boleh tahan tinggi jugak. dan sangat gelap. sediakanlah torch light korang awal awal kalau nak jimat. kalau nak sewa, 5ringgit satu torch light. 



Gua niah ni kan gua batu kapur yang terbesar di dunia, jadinya dia punye besar tu sangat sangat sangat amazing! Dalam gambar nampak macam biasa je kan, tapi kalau korang pergi sama, forsure enkorang akan terpesona dengan ciptaan Allah yang sangat cantik! 

Masa sampai mula mula pintu gua ni, agak berbau sikit. maybe bau taik burung kot. sebab burung memang banyak la tidur dalam tu 


apa lagi bergambar la!

muka masing masing teruja dengan keindahan gua

Add caption

cantiknyaaaaaa


yang ni baru permulaan nak naik ke kawasan gelap






Cave paling hujung sekali

yesss sampai jugak painted cave

So dalam pagar tu memang tak boleh masuk sebab dah dijadikan lukisan paling bernilai so takut la kalau ada yang rosakkan . kenapa lukisan tu bernilai? korang datang la sendiri hahahahhaa. Sebab pengalaman ke gua niah ni superb awesome. aku nak cerita lebih lebih pon tak syok jugak, karang pergi sana tak feel sendiri, sebab asik percaye cite aku yg tak berapa superb ni haha. 



Dan setelah berhempas pulas naik gua niah, malam tu kitorang buat bakar bakar BBQ. sambil berborak gelak tak ingat dunia.

Disebabkan memang tak prepare langsung apa apa peralatan memasak nak datang sini, since kat dlm hostel tu takleh memasak, aku dengan kawan aku pegi la beli pisau , besen , arang , pinggan plastic dan sbg nya kat kedai berdekatan.

Dan paling express sekali kitorang cuma perap ayam tu guna Sos BBQ yang dah siap dalam botol tu je, beli dua botol perap dalam 10 minit sementara tunggu api siap , kemudian


taraa!







So itu sahaja la cerita untuk kali ni. Bersambung minggu depan!

Tq sudi baca! hehe





20 comments:

  1. cantiknya
    tempat pun lawa
    tapi tetiba terkedu bila tgk signboard tu

    ReplyDelete
  2. momoy : lawa kann ala takpe buaya kt sini jinak . wkakaa

    ReplyDelete
  3. bestnyaaaa!
    rindu nak travel. sobsss. huhu

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum ezan. hee bestnyaa, teringin nak masuk sini! lawa la hostel tu, kemas je sheila tengok... ahad ni sheila nak bbq tepi sungai. yeayyyy :)

    ReplyDelete
  5. Pernah amsuk sekali dlm gua. -gua kelam. tapi dia tgh nak renovate.

    Gua Niah entah bila la nk sampai

    ReplyDelete
  6. wahhh...bestnye...teringin jugak nk buat trip mcm ni..happening !!

    ReplyDelete
  7. aku.......catapedaphobia, bathmophobia dan acerophobia.

    ReplyDelete
  8. boleh dapatkan no cntc utk kereta sewa.....tq.

    ReplyDelete
  9. blh bg no cntc utk kereta sewa di miri....tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum.. saya ada sewa kereta jikalau ada sesiapa yang ingin datang bercuti ke Miri Sarawak.. Kereta proton saga blm auto dan juga viva manual.. boleh hubungi saya di talian 010 979 3138 (muhammad ken abdullah)

      Delete
  10. assalamualaikum.. saya ada sewa kereta jikalau ada sesiapa yang ingin datang bercuti ke Miri Sarawak.. Kereta proton saga blm auto dan juga viva manual.. boleh hubungi saya di talian 010 979 3138 (muhammad ken abdullah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berminat nak ambik tapi salah satu polisi mengatakan tak boleh bawak ke Brunei, sedikit ralat. Harga fleksibel untuk sewaan 4 hari 3 malam...?

      Delete
  11. gua niah ni memang cantik.. esok saya masuk lagi ke gua niah ni.. :-)

    ReplyDelete

komen itu penyegar jiwa