Biasanya kan orang kalau nak bagi hadiah dekat bakal pengantin baru ni diorang mesti kasik barang elektrik, baju, kain pasang, barang dapur dan sebagainya.
Disebabkan kawan kawan aku banyak yang dok jauh dan banyak yang aku tak dapat attend atas kebizian melampu (konon) so, aku pon terpikir nak bagi diorang hadiah special la sikit daripada barang yang disenaraikan di atas.
Pikir punya pikir, aku dapat idea nak bagi diorang lukisan kartoon yang seiras dengan wajah diorang untuk diorang gunakan kat wedding diorg. maka aku pon tempah la dekat kawan blogger aku yang kecik molek tapi bakat besar kemain si Dani ni.
Hasil dia sangat superb!
LAWA GILA WOI
dan lepas tu aku bagi dekat kawan aku Ally, jadi dia gunakan lukisan tu buat banner dan hasilnya
Cantikkkkkk !!!
Pelukis dia pon gembira gambar yang dia lukis menjadi tatapan tetamu, apatah lagi aku yg bagi dia gambar ni kan. Rasa dihargai tau. Thanks Ally :P
Dan ada satu lagi aku tempah untuk Farahayna yang kahwin kat Kuala Kubu Bharu Sabtu ni. Yang ni pon santek omaigod
haaaa kalau korang pon teringin nak tempah untuk majlis korang tak kisah la majlis kahwin ke kathan ke (eh majlis kathan nak lukis gambar apa?lol) so sila lah ke blog beliau dan contact lah beliau dengan kadar segera sebab dia punye tempahan dah penuh skrg. lambat padan muka. wakaka
DAN YANG PALING BEST dia cuma lukis gambar kartun yang menutup aurat sahaja :)
so klik la link di bawah. jangan lupe sebut nama aku, aku nak mintak komisen kakakaa
okbye