Hai.
Lelaki ni kalau mengorat, macam macam style ada. itu hari sedang aku dengan sombong nya berjalan menunduk tak pandang sesape dekat pudu sentral, kenkonon sombong ah, Ye la aku kan sentiasa mengikut ciri ciri perempuan solehah iaitu sentiasa menundukkan pandangan.
lepas tu dekat dengan jalan nak pergi LRT tu ramai pulak la kan lelaki lepak lepak kat situ, aku yang sombong ni lagi la kengkonon jual mahal yedak. so nak melalui jalan pergi LRT tu aku kene la meredah jejaka jejaka yang duduk berkumpul dekat situ.
Elok je aku lalu tetiba aku dengar macam diorang try nak mengorat. taktau la kalau aku je terasa macam diorang nak mengorat. wakaka
Tetiba dia panggil
"toshiba, toshiba"
aku pon wat lek wak pis wat cool je la kan, sebab nama aku bukan toshiba kan
lepas tu dia panggil lagi
"Toshiba. uii uii amboi sombong nya. "amboi beg besar besar nak balik mana?"
lepas tu aku pon terjeling kejap dekat bag aku kan.
pop!
Rupa rupanya bag save the earth yang aku pakai tu brand toshiba.
kahkahkah
apa tak ada idea lain ke nak mengorat sampai nak kene panggil aku dengan brand televisyen hah? hah?
Jap.
tetiba aku terpikir
macam mana kalau tetiba aku pakai bag tu brand Pentek
alaa brand water filter tu. ala yang macam gambar ni
jadi engkorang dapat bayang tak amende yang jejaka jejaka tu bakal panggil aku?
dapat?
kahkah
P ngorat S : yang water filter ni dah takde idea lain ke nak guna nama untuk brand? ni kalau silap sebut sikit mula lah org kata aku pervert.