Pages

Total Pageviews

Feb 6, 2013

kerinting

Hai.

Pagi tadi, aku bangun awal. sebab semalam aku dah kena warning dengan boss sebab datang lambat . maksalahnye bukan aku sengaja datang lambat, tetapi keadaan memaksa aku datang lambat, mana taknya. boleh pulak aku terlupa yang helmet aku tertinggal dalam kereta kawan aku, lepas tu kawan aku pukul 7 dah keluar , kesimpulannya aku dengan muka tebal merempit takdek helmet. sepanjang perjalanan, semua perempit tabik spring dekat aku tanda terkesima, kakak kawasan ni bhai. kahkah.


itu bukan cerita dia sebenarnya

bila sampai dekat ofis pagi pagi lagi, aku dah tak menahan nak membuang, maklumlah, pesen membuang punctual je, datang keje je tak berapa nak punctual. masuk je dalam toilet, baru nak melunaskan harapan terpendam dari atas motor, tetibe aku ternampak sehelai bebulu  kerinting  lebih kurang seinci tergantung dekat mangkuk tandas tu, kerinting bukan jenis biasa , ni kerinting jenis kalau guna teknik rebonding pon dia kerinting balik lepas tu.

terpaksa la aku pancot dengan air. 

sekarang aku cuba berfikiran positif, ni mesti bulu dada mana mana staf lelaki kat opis aku. lepas tu jenis mudah gugur.

aku tak pikir bulu lain tau.

tak.

sumpah tak. 




P rebonding s : aku rasa lepas ni tandas tandas semalaysia kene letak warning selain dari ''flush lepas guna'' kene letak gak  ''sila pastikan tiada bebulu melekat di tandas''

sekian temekasih. 

Feb 1, 2013

cikuucak!!


cikuuucakk!
rindu tak? rindu tak? 
tuan blog ni pesan dia busy, lepas tu dia suruh upload gambar terbaru dia, konon konon macam feeling retis la comeback siap gambar bagai. 


haa nampak permainan dia siap crop bagai? wakakaka.


ok dah! 
tuan blog kirim salam kat semua.
ahaks!

P tenung s : aku eksiden woi, engkorang risau tak? kalau risau baru aku cerita cemana aku eksiden. wakakkaa

Jan 11, 2013

Tak Boleh Tidur

Sejak dua menjak tiga menjak ni, aku tak boleh tidur. Nak kata kena fikir pasal kenduri kahwin, lambat lagi nak kahwin. Calon pon kejap datang kejap pergi. Nak kata fikir masalah tempat kerja, hari hari pon tempat kerja aku bermasalah. kahkahkah. 

kalau dulu masa baby, mak aku selalu baca ''lailahaillah'' sambil henjut aku dalam buaian, henjut punya kuat , konon lagi kuat henjut lagi cepat la aku tidur. tapi sekarang dah besar ni, takde siapa dah nak henjut :( 

hehe 


tak, maksud aku henjut lain. tampar nak?

tapi kalau ada orang main rambut pon aku dah boleh tertidur sebenarnya. tapi cerita dia aku duduk sensorang! takkan la nak main rambut sendiri lepas tu tertidur sendiri! tak feel tau tak!


P garu S : kalau org garu belakang badan pon boleh tetidur. ah! banyak la pulak cekadak!