Pages

Total Pageviews

Aug 15, 2013

Rest in Peace Department- Review

Hai semua.


Selamat Hari Raya yang ke 9 . Enkorang beraya kat mana? aku beraya kat Office. har har. 


Raya kali ni, aku tak berapa nak beraya beriya iya sangat sebab cuti pon tak banyak, cuma makan makan di pagi raya bersalam salaman dan menziarahi kubur arwah nenek dan kakak. oh lupa petang raya tu mak ayah aku ajak satu family naik Genting Highlands. bukan Genting Sempah. Genting Sempah makan buah berangan boleh aaa. . tapi diisebabkan dah petang so mcm rugi kalau join outdoor. so kami pon berjalan jalan di indoor je laa sambil layan magic performance dari mana entah. lepas tu tengok wayang satu family cerita R.I.P.D .  Best jugak cerita ni. Aku bagi 7/10. cerita ni kelakar macam aku . kakaka. 




Cerita mengisahkan seorang Anggota polis (Ryan Renolds) telah ditembak mati oleh kawan baiknya sendiri dan masa kat alam dia mati tu dia telah dilantik menjadi anggota polis dalam Rest in Peace Department (R.I.P.D). Yang aku takleh blah bleh plak dalam tengah mati tu ada department bagai? siap ada office. haha. cerita ni memang lain dari lain, Yang paling kelakar diorang menjelma jadi orang lain kalau berhadapan dengan manusia yang belum mati. cerita dia sekarang penjelmaan dia memang kelakar, kalau aku cerita jadik tak best aaa. hahaha. so kalau korang nak tau apa RIPD ni punye tugas so sila lah tengok! aku memang tak pandai buat review. kalau aku buat review nanti mesti tercerita satu cerita sekali. jadi baik aku berhenti sekarang. kakkaa. 




Tapi yang tak best aku dapat seat depan sekali. tak macam mencanak plak kepala?



Okeylah selamat hari raya sekali lagi. so tahun ni kaler hijau sama macam PM. jangan jealous.




Memang saja letak cenggini sebab suka hati la. kakakaa









Aug 6, 2013

RAYA 2013

Saya dengan ini dengan rendah hati ini dengan segala ikhlas dari sudut paling dalam paling kelam paling montel paling kiut mengucapkan
Selamat hari raya aidfitri maaf luar dan dalam.
Terimalah serangkap pantun yang tak seberapa.

Menjemur baju sambil menjeling
Menjeling jeling menjemur baju
Selamat hari raya aidilfitri
Maaf zahir dan batin.

Kakaka. Kerana pantun rhyme begitu mainstream jadik kita kasik pantun tak berapa nak rhyme.
Terimalah gambar pre-raya buat tatapan raya anda ;')


Jul 28, 2013

Mengorat (2)

Ni dah masuk kali kedua aku dingorat pada tahun ni. acewah. kahkah. mengorat kali pertama boleh baca ni  (Mengorat)

Tapi, kali kedua mengorat ni dia punya pergi lain macam sikit. 

Macam ni cerita dia.

Di suatu petang ramadhan, Elisa Azura ( Bukan nama sebenar) hendak menyiapkan juadah berbuka puasa . Lalu beliau ke kedai untuk membeli air batu. Disebabkan jarak ke kedai tidaklah berapa dekat, Elisa Azura menunggang skuternya untuk ke kedai.

Setibanya ke kedai, beliau terus pergi ke bahagian peti terletaknya air batu, lalu beliau membayar di kaunter. 1.50 ringgit malaysia beliau berikan kepada juruwang berbangsa Bangladesh. 

Setelah urusan jual beli selesai beliau kemudian menyetart enjin motor beliau dengan lemah gemalai. Tiba tiba, seorang lelaki yang kebetulan berada tidak jauh beberapa meter dari beliau menegur beliau.

Disebabkan kesombongan yang terserlah yang telah menjadi prinsip kewanitaan kepada Elisa Azura, beliau mengendahkan sapaan lelaki tersebut sambil terus mempress throtle beliau laju laju. 

tiba-tiba motor Elisa Azura gagal dikawal lalu mengeluarkan bunyi,

sretttttttttttt ketakkk ketakkk

Elisa Azura terkejut lalu membrek emergency motor beliau apabila beliau hampir terjatuh.

berdebar debar Elisa Azura.

muka nya merah tiada terkata, ibarat darah pahlawan raja.

Apabila diperiksa rupanya beliau lupa mengangkat tongkat. Ditoleh ke belakang dilihat pemuda tadi tersenyum seribu makna.

malu sungguh rasa dihati, seperti mati hidup kembali. Beliau terus memecut dengan hati yang dicalari. 

kahkahkah

Tammat.

 


P tongkat s : ingat semua lelaki tu tegur engko nak mengorat engko ke? dia cuma nak kabo, tongkat woi tongkat.