Pages

Total Pageviews

Oct 1, 2014

Minah Minah drama

Sejak dua menjak ni aku jadi gila pulak dengan drama tv3 pukul 7 ni. Ni semua indah punye pasal. sejak tengok cerita Kerana Terpaksa aku rela kan tu yang si tajul razin dengan indah yang clumsy tu. terus aku layan. Si tajul razin sangat gentel ok. gentle maksud aku. Lepas tu time romantic feeeling sorang2. Lepastu time sedih mennagis tersedu sedu keluor hingos bagai. 

Lepas tu in pulak dengan Rindu awak 200 persen. peh si zill faezrul lu buat jantung gua berdebar babe. lu jangan nak romantik sangat wa tampar lu ape tak dapat 

lepas tu sekarang cerita sara ali dengan fahrin ahmad. Maaf jika aku tak sempurna. aku tak berape gemor fahrin ahmad tapi aku suka sara ali. bila pandang sara ali lama lama rasa macam diri sendiri tengah berlakon. kakaka. 


eh sejak kahwin ni update entry pasal drama pulekk 

Hari tu aku pergi laman seni shah alam. kreatif betul2 dak dak yang menghiasi dinding dinding street tu dengan idea and bakat dorang. dan aku hargai nya dengan amek gambor banyak2 pastu upload kekee, ok la nanti aku update lagi. kbye




Sep 20, 2014

Perubahan selepas berkahwin

Hi enkorang.

Masa aku tengah menaip entry ni aku tengah bersenang lenang baring atas katil sambil update blog guna handphone. 

Aku baru lepas makan sebenornya. Kenyang betul rasanya. Rasa nak sendawa depan muka enkorang keh keh  

Peh lama tak menulis rasa kekok lak jari. Ni kalau tak warm up ni boleh krem jari. 

Aku nak cerita pasal perubahan apa yg aku rasa in personaly baru lepas kahwin. Korang kene tabah je la dengar dengar cerita aku nak nak yg belum kawen tu. Enkorang relax k. nnt kang jodoh sampai nak telan air liur pon tak sempat dok kalut prepare nak nikoh kehkeh. 

Btw apa yg aku rasa

1. Makan bertambah tambah. Eh bukan dulu bertambah jugak ke?
2. Tidur lena bangun penuh senyuman ahwrherher
3. Dah mula ke kenduri bersama sama sambil ditanya oleh sedara mara ada isi ke
4. Selalu disangka pregnant kerana perot serupa tongdram
5. Mula in dengan team team rewang kenduri. Kupas bawang sampai menangis
6. Kene tahu apa suami suka makan sebab nanti dah duduk sama nak masak . Ecececececceccecececee
7. Masa nak balik kg or mana mana kene sentiasa prepare kemas barang suami sekali. Jgn nak kemas brg sendiri pastu lupe dh ada suami. Aku lah tu
8. Kene sentiasa power segala segi. Kahkahkahkah
9. Kene sentiasa jadi alarm bergerak supaya tak telat bangun sebab kan perkara nombor dua tadi. 
10. Jrg update blog. Muahaha
11. Eh dah ah nnt aku melalut. Aku nak insap dah taknak ckp bende bebukan. Haks!

So.korang lak macam mana?yg pjj tu Ada rindu sampai peluk bantal tak?

Jul 13, 2014

Cerita kahwin yang tak habis habis lagi

Sejak jadik seorang isteri yang power ni aku busy betei. aku taktau la sebenornye aku busy ape. nak kate kene siapkan makan pakai suami, tak jugak sebab kitorang still lagi tak duduk sekali. Long distance relationship orang puteh kabo.

Buat pengetahuan korang aku dah kerja kat raub. ni pon buat sementara je kot. sementara aku nak recover balik semua expenses waktu kawin. banyak woo keluo. serupa air terjun. 


Ni aku nak share gambo time aku jadi penantin. lawa betei aku rase. yela kalau aku tak puji diri sendiri, takkan enkorang pulak nak puji aku yedak? kahkah. 



perut cover skek


my family. aku rase muke aku lain  sngt time nikah.  serupa komunis
ecececcecee

bridemaids
ingat senang nak posing cenggini?

bestman
outdoor kononnye
family in law
Gambar gambar ni semua dia shoot oleh THE MYTP . Kawan Oi. Oi ni nama gelaran laki aku jangan pelik pulak kenapa aku panggil dia oi oi kahkah




Sesape nak kawen nak servis cam ni boleh le g kat FB derang ataupon Website  www.mytp.my


Ok nanti aku sambung cerita pasal lain pulak.