Pages

Total Pageviews

Oct 11, 2014

Pengalaman pergi berurut

Dalam seumur hidup aku, aku tak pernah in dengan mengurut2 dengan bidan2 kampung dengan nenek nenek yang berpengalaman ni. kalau pi massage dekat danok dekat langkawi tu pernah la. tapi kalau kat langkawi hari tu, sakit dia tahap nak tendang tukang urut tu.wakaka hampehhh dia sagatnye badan aku dengan garam spa tu. peh rasa nak tersiat siat. 

Baru ni aku sakit belakang. entah kenapa entah. aku pon taktau macam mana boleh dapat sakit tu. tapi yang pasti bila nak bongkok atau nak rukuk memang sakit. nak bangun pon kena secara tegak dan kene tahan tangan kat lantai or mana mana supaya tak sakit. bila tekan kat belakang ni aku taktau mana tempat yang sakit sebab bila tekan tak rasa . cuma bila pergerakan mcm bongkok , gerakkan pinggang baru sakit. 


Aku pergi klinik hari tu sebab demam so aku tanya la sekali doc pasal kesakitan yang aku alami ni. sekali doc tu cam tak bape nak amek serious jek kesakitan yang aku tanggungi ni. dia cakap maybe muscle aku tengah bengkak. entah la aku pon tak faham, last2 dia bagi ubat demam jek. 


Nak dijadikan cerita offismate aku cerita yang nenek dia pandai urut2 ni. Aku dengan bff aku plak mmg nak sangat laaa orang urut ni. Eksaited tayah cakap laa. sampai2 je rumah nenek ni, semua dah ready. aku 1st kene urut , peh sekali nenek ni pegang terus aku jerit. Jari dia macam ada kuasa apa tah pegang je dah sakit belum tekan lagi tu!


dia mula urut aku dari belakang badan pinggang. sedap memang sedap tapi sakit pon ye gak. kena tahan sikit la kan nak sembuh. lepas tu kaki lepas tu peha dan last skali baru la perut. tapi perut ni dia just pegang2 kejap je. tekan2 sikit2 pastu dah. aku mula mula cam pelik jugak sebab orang kata biasanya kan orang orang tua ni akan cek rahim kita ok ke tak kan. dan for sure rahim kita kat bawah perut kan? tapi dia kurang urut kat perut. last2 baru aku tau urat2 kita semua dari peha. so bidan2 ni akan urut dari peha n kaki jek. so bidan2 takkan usik sangat bahagian perut sebab dikhuatiri leh kacau peranakan. mcm rahim jatuh ke apa ke.

aku pon tak reti sangat . sebab kalau ikutkan aku urut ni saje saje je bukan sebab rahim jatuh ke apa ke, saje je sebab sakit pinggang. 3 hari brturut2 aku pergi sebab mmg kene 3 hari nenek ni cakap. 
sekarang Alhamduillah badan dah rasa ringan dan sakit belakang aku dah takde dah alhamdulillah. 


tapi yang segann nya masa nenek ni pegang perut aku dia leh teka aku minum ais banyak sgt. huuu. memang tak dinafikan la aku mmg hantu ais. adoii cmne la nak kurangkan tabiat niii. zzzz


so korang pernah diurut tak? cerita la pengalaman korang yang korang tau supaya dapat la gak share dengan aku yang kurang tahu ni. hihihi


Oct 1, 2014

Minah Minah drama

Sejak dua menjak ni aku jadi gila pulak dengan drama tv3 pukul 7 ni. Ni semua indah punye pasal. sejak tengok cerita Kerana Terpaksa aku rela kan tu yang si tajul razin dengan indah yang clumsy tu. terus aku layan. Si tajul razin sangat gentel ok. gentle maksud aku. Lepas tu time romantic feeeling sorang2. Lepastu time sedih mennagis tersedu sedu keluor hingos bagai. 

Lepas tu in pulak dengan Rindu awak 200 persen. peh si zill faezrul lu buat jantung gua berdebar babe. lu jangan nak romantik sangat wa tampar lu ape tak dapat 

lepas tu sekarang cerita sara ali dengan fahrin ahmad. Maaf jika aku tak sempurna. aku tak berape gemor fahrin ahmad tapi aku suka sara ali. bila pandang sara ali lama lama rasa macam diri sendiri tengah berlakon. kakaka. 


eh sejak kahwin ni update entry pasal drama pulekk 

Hari tu aku pergi laman seni shah alam. kreatif betul2 dak dak yang menghiasi dinding dinding street tu dengan idea and bakat dorang. dan aku hargai nya dengan amek gambor banyak2 pastu upload kekee, ok la nanti aku update lagi. kbye




Sep 20, 2014

Perubahan selepas berkahwin

Hi enkorang.

Masa aku tengah menaip entry ni aku tengah bersenang lenang baring atas katil sambil update blog guna handphone. 

Aku baru lepas makan sebenornya. Kenyang betul rasanya. Rasa nak sendawa depan muka enkorang keh keh  

Peh lama tak menulis rasa kekok lak jari. Ni kalau tak warm up ni boleh krem jari. 

Aku nak cerita pasal perubahan apa yg aku rasa in personaly baru lepas kahwin. Korang kene tabah je la dengar dengar cerita aku nak nak yg belum kawen tu. Enkorang relax k. nnt kang jodoh sampai nak telan air liur pon tak sempat dok kalut prepare nak nikoh kehkeh. 

Btw apa yg aku rasa

1. Makan bertambah tambah. Eh bukan dulu bertambah jugak ke?
2. Tidur lena bangun penuh senyuman ahwrherher
3. Dah mula ke kenduri bersama sama sambil ditanya oleh sedara mara ada isi ke
4. Selalu disangka pregnant kerana perot serupa tongdram
5. Mula in dengan team team rewang kenduri. Kupas bawang sampai menangis
6. Kene tahu apa suami suka makan sebab nanti dah duduk sama nak masak . Ecececececceccecececee
7. Masa nak balik kg or mana mana kene sentiasa prepare kemas barang suami sekali. Jgn nak kemas brg sendiri pastu lupe dh ada suami. Aku lah tu
8. Kene sentiasa power segala segi. Kahkahkahkah
9. Kene sentiasa jadi alarm bergerak supaya tak telat bangun sebab kan perkara nombor dua tadi. 
10. Jrg update blog. Muahaha
11. Eh dah ah nnt aku melalut. Aku nak insap dah taknak ckp bende bebukan. Haks!

So.korang lak macam mana?yg pjj tu Ada rindu sampai peluk bantal tak?