Pages

Total Pageviews

Oct 16, 2014

Photoshoot by Nazrol Zainuddin

Hyee!

Pada sesiapa yang belum tahu dan nak tahu, sebenarnya aku ada butik secara online, (secara reality inshallah suatu hari nanti) 




So buat masa ni aku buat secara partime and alhamdulillah memberansangkan hihihihi. Dan yang paling best aku ada orang kuat yang support aku and ofcos family aku and family mertua aku sendiri  and yang paling kuat mengkritik, menyokong dan beri pendapat ofkos My Husband! anyonyonyo


aku dikatakan agak bertuah jugak sebab husband aku sendiri yang jadi photographer untuk shoot gambar gambar item yg aku jual and also sepupu2 yang jadi model terjun sambilan tau. korang memang rock! so tak payah kua modal lebat sangat. setakat belanja2 minum ok la kan? haha  teheeee.

So aku share kat korang gambar gambar yang dishoot oleh my hasbeng. Mungkin bukan taraf pro lagi tapi di hati saya awak sentiasa pro! ecewah!




Location memang betul2 sebelah rumah family in law kat Sg karang Darat Kuantan.  Nampak tak pokok kelapa bagai. kampung style betul tau hihihi. Aku jual skirt, baggy shirt pallazo, shawl  and macam macam lagi la untuk gegadis. untuk lelaki belum ada lagiiii. 

And sekarang hasbeng aku tengah berjinak jinak shoot sepupu sepupu dia kahwin and tunang. and not bad jugak aaa gambor dia . eh terpuji laki sendiri wakkaka. aku pilih beberapa gambor yang menjadik pilihan di hati eceh






laman seni shah alam


as a newbie aku rasa not bad jugak la gambar gambar yang dia snap. eceh puji lagi

Tapi time datang gila-gila ia aku pon tergila la sekali amik gambor behind the scene mcm ni . kehkehkeh picture by rain the adik ipor. dah  la mata sepet dedua mcm amik gambar tengah tidur bahaaa



Masa ni baru je raya haji tu yang konon konon sedondon tuuuu.  kehkeh 


dan satu lagi habit dia, dia suka snap gambor aku masa tengah tak ready tak lawo and nampak sgale lemak lemak mcm ni tsssskkkk T_T




Sabar je lahh hihi


ok sesape nak usha baju skirt palazo lawa lawa boleh ke my instagram 

@idmaboutique

Facebook @idmatextile

dan sesiapa yang nak tengok hasil kerja my hasbeng boleh ke blog beliau sukamaki.blogspot.com

okbye :P




Wah Murahnya SUNGLASSES MALAYSIA !

HELLOOOOO! SALAM!



Siapa tak kenal rihanna kannnn. Imej rambut dia paling aku suka. Sekejap panjang sekejap pendek tapi tetap lawo kot! Paling aku ingat lagu yang buat dia ni top rasa nya lagu Umbrellaa aaa aaa aaa aaa .  Alaaa yang deme berduet dengan Jay Z tuww. Tapi sebenornya style Rihanna ni sendiri yang membuatkan dia dikenali. Imej dia yang tersendiri jadik ikutan remaja sekarang. CEWAHHH 

Daripada Cermin Mata sampai la ke kasut semuanyaa aku suka. Pernah la gak aku tertiru style rambut pendek macam dia. Last2 orang kedai tu salah potong. Dah jadik rambut nyonya jual sayur jek! Mencik mak tau!

Tapi paling aku suka tengok dia punya cermin mata. Style kot! Cermin mata ni kalau korang rasa korang cam messy messy, tapi try tengok pakai spek stylo cenggini terus nampak style even baju time tu memang standard makcik2 pergi pasar. Wkakakaa. Aku tercarik carik gak aaa kot kot ada mana mana butik Online yang provide cermin mata hitam seakan akan dia pakai. Kalau boleh taknak la mahal mahal sangat .

Usha punye usha sekali aku jumpa dekat SUNGLASSES MALAYSIA  ZALORA punye website kot!! Memula aku cam piker la mesti mahal ZALORA ni. Rupanya tanggapan aku salah sama sekali weh!!! Sebab MURAH TAK PATUTTTTT kottt!  Harga dari RM29.00 pon ada babeeeee. 





Yang bestnye banyak gila pilihan. Lepas tu yang terbaik siap ada discount. Menggeletar lutut tengok kat screen computer ni!  Siap buy 2 for RM60 kot?? Gile  tak murah! tengok aku screenshot web zalora ni  bukan spek je baju bag semua ada omg! 



Aku memang lama sangat daa carik . ni dah jumpa apa lagi rembat la yedak. Apa tunggu lagi jom sama sama berebut dengan aku carik spek ala ala rihana kat Zalora. Tayah susah susah berasak asak dalam jammed ke apa click jek  buat pyment tggu confirmation sehari dua pastu teros dapat. ZALORA kan the fastesttttt Online shop kat Malaysia nii. Sape tak kenal zalora boleh pergi mandi laut sekarang! *emo2 .

kalau aku jenis suka spek macam ni. ni aku mengade ngade try kawan aku punye rayban. amecam? care dak? ada mcm rihanna versi muslimah tak? wakkakaa





Kbye!

Oct 11, 2014

Pengalaman pergi berurut

Dalam seumur hidup aku, aku tak pernah in dengan mengurut2 dengan bidan2 kampung dengan nenek nenek yang berpengalaman ni. kalau pi massage dekat danok dekat langkawi tu pernah la. tapi kalau kat langkawi hari tu, sakit dia tahap nak tendang tukang urut tu.wakaka hampehhh dia sagatnye badan aku dengan garam spa tu. peh rasa nak tersiat siat. 

Baru ni aku sakit belakang. entah kenapa entah. aku pon taktau macam mana boleh dapat sakit tu. tapi yang pasti bila nak bongkok atau nak rukuk memang sakit. nak bangun pon kena secara tegak dan kene tahan tangan kat lantai or mana mana supaya tak sakit. bila tekan kat belakang ni aku taktau mana tempat yang sakit sebab bila tekan tak rasa . cuma bila pergerakan mcm bongkok , gerakkan pinggang baru sakit. 


Aku pergi klinik hari tu sebab demam so aku tanya la sekali doc pasal kesakitan yang aku alami ni. sekali doc tu cam tak bape nak amek serious jek kesakitan yang aku tanggungi ni. dia cakap maybe muscle aku tengah bengkak. entah la aku pon tak faham, last2 dia bagi ubat demam jek. 


Nak dijadikan cerita offismate aku cerita yang nenek dia pandai urut2 ni. Aku dengan bff aku plak mmg nak sangat laaa orang urut ni. Eksaited tayah cakap laa. sampai2 je rumah nenek ni, semua dah ready. aku 1st kene urut , peh sekali nenek ni pegang terus aku jerit. Jari dia macam ada kuasa apa tah pegang je dah sakit belum tekan lagi tu!


dia mula urut aku dari belakang badan pinggang. sedap memang sedap tapi sakit pon ye gak. kena tahan sikit la kan nak sembuh. lepas tu kaki lepas tu peha dan last skali baru la perut. tapi perut ni dia just pegang2 kejap je. tekan2 sikit2 pastu dah. aku mula mula cam pelik jugak sebab orang kata biasanya kan orang orang tua ni akan cek rahim kita ok ke tak kan. dan for sure rahim kita kat bawah perut kan? tapi dia kurang urut kat perut. last2 baru aku tau urat2 kita semua dari peha. so bidan2 ni akan urut dari peha n kaki jek. so bidan2 takkan usik sangat bahagian perut sebab dikhuatiri leh kacau peranakan. mcm rahim jatuh ke apa ke.

aku pon tak reti sangat . sebab kalau ikutkan aku urut ni saje saje je bukan sebab rahim jatuh ke apa ke, saje je sebab sakit pinggang. 3 hari brturut2 aku pergi sebab mmg kene 3 hari nenek ni cakap. 
sekarang Alhamduillah badan dah rasa ringan dan sakit belakang aku dah takde dah alhamdulillah. 


tapi yang segann nya masa nenek ni pegang perut aku dia leh teka aku minum ais banyak sgt. huuu. memang tak dinafikan la aku mmg hantu ais. adoii cmne la nak kurangkan tabiat niii. zzzz


so korang pernah diurut tak? cerita la pengalaman korang yang korang tau supaya dapat la gak share dengan aku yang kurang tahu ni. hihihi