Pages

Total Pageviews

Jan 8, 2015

kisah aloe vera

Masa kecik kecik dulu budak budak mesti akan dimomokkan dengan cerita cerita seram dan diselitkan dengan petua petua orang tua. dulu selalu aku ditakutkan cerita seram hantu belakang tandas lah, langshuir atas pokok lah. dan pernah satu hari tu aku diajar care nak tengok hantu. 

caranya amek kapur makan tu. sapu kat tapak kaki penuh penuh lepas tu lari laju laju. tengah lari tu toleh belakang laju laju and anda akan nampak lembaga putih follow. kahkah. baler entah macam mana la aku boleh percaya cerita cerita gini. 

Selain itu aku jugak membesar dengan petua petua melayu dan di antaranya petua cantik menggunakan pokok lidah buaya. iaitu ambik lendir aloe vera nya. salah satu petua yang aku ingat ialah sapu kat kening sebab nak kening lebat. kahkah. hampehh masa kecik kecik dah berangan nak jadi elfira loy. nangis mak aku kalau tau aku sanggup pi naik basikal ramai ramai dengan member kampung pegi masuk jalan dalam sebab nak petik daun lidah buaya. masa ni kalau bawak balik rumah hari hari pakai sebab nak cantik! 

siapa tak kenal pokok lidah buaya meh akak bagi tamparan wanita meh.

Ni ha diaaaa


ni lendir dia. bukan lendir lain tau


sekarang memang susah la weiii nak cari pokok ni kalau dok bandar yedok. tapi tak payah nak risau sekarang dah ada produk yang original punye berasaskan aloevera dari pokok lidah buaya ni. ni aku nak share sebab aku rasa produk ni bagus untuk korang yang menjaga kecantikan macam aku. kehkeh

wangiii nyeeeeeeeeeee



Ini aku snap khas buat tatapan korang. aku pakai untuk kecutkan jerawat aku ni. baru semalam pakai hari ni dah nampak kecut sikit ok!

paling best yang aku suka pasal gel ni ialah

1. WANGI WOI
2. SEJUK DAN RASA SANGAT FRESH
3. TAK BERMINYAKKK LANGSUNG

jap aku nak selfie dengan bende ni akkaka

 

lagi satu gel ni bukan jerawat jek ok! ni aku scan kan untuk korang kebaikan dia untuk kulit luka dan rambut/kulit kepala. senang sikit korang faham


HA TERUJA TAK TERUJA TAK?

Semalam sampai jek bende ni kat ofis terus aku dengan dak dak ofis try. Lepas tu apa lagi ofismate aku terus jatuh cinta pandang pertama sebab kulit dia tengah menggelupas terukkk. terus laju laju dia order. yang best servis pantas terus dapat hari ni. lepas tu terus jek depa sapu kat muka hahaha. mana nak dapat servis mcm ni woi




ni sedikit testimonial dari pengguna tegar gel ni


Testimoni : Dia ni ada banyak parut jerawat,jeragat dan tona kulit tak sekata. Lepas guna Evaros Skincare selama 3 bulan, dah boleh nampak kesan dia. Parut makin pudar,jeragat makin hilang dan tona kulit makin sekata. Kulit muka makin halus. (Credit picture to @Atiqah Rahim)

DAN PALING PENTING IANYA HALAL!


SO MANA NAK CARI NI EZAN OIIIII

SINI HAAA 

FACEBOOK :  EVAROS SKINCARE
INSTAGRAM :  EVAROS_SKINCARE

ATAUPON KORANG BOLEH TERUS CONTACT JE SMS KE WASAP KE 

ZULFIKAR HAZRI - 017 608 2361

OK KAWAN KAWAN . INGAT TAGLINE KITE

" CANTIK ITU ADALAH HAK MILIK SETIAP WANITA POWER CEWAH" KAHKAH

OK BYE

Dec 18, 2014

Kisah Seorang Gadis di atas motor

Aku nak cerita ni, 

Tapi aku taktau la aku dah cerita ke belum. kalau dah korang anggapla korang tengah tengok astro tayangan ulangan. 


hakhak


zaman zaman dara sunti dulu aku ni memang minah minah skuter sikit, mana mana pon aku pergi mesti dengan skuter ego s aku tu. 


dah kalau naik motor sorang sorang aku selalu gak la dengor mp3 sambil hanggok hanggok kepala. tu kalau kene hon ke apa lantak la. kakaka. 


Satu hari tu tengah in lagu pin jamal arjuna beta tu. aku pon rancak la nyanyi sambil bawak motor laju laju. kate atas motor, mana ada sape dengor yedak kalau aku jerit kuat kuat pon. 


Lagu arjuna beta ni jenis mendayu dayu, kalau nak nyanyi kene ada skill mendodoi dodoi baru la feel artis tu meresap ke dalam jiwa. 


"tidurlah arjuna beta, mimpikan yang indah saja, nanti bila kau buka mata, semua tidak serupaaaaaaaaaaaaaaa"


pastu 


"aaaaa aaaaa aaaa aaaa aaaa aaaa aaaa aaaa"


Time ni pengalaman paling padu dalam arena permotoran aku. sedang aku tengah press laju laju sambil aaaa aaa aaa aa aa aaa atas motor, entah binatang terbang terbang besor mana entah terus masuk secara pantas dalam tekak aku. 


masa ni aku tersedak tahap nak keluor air mata air hidung



aku nak ludah memang dia dah masuk dalam sgt. aku rasa macam dah tertelan kot binatang tu kakaka. nak nak aku tengah press moto laju laju cemana nak berenti tetibe . karang terwilly pulak.



ni kalau pin jamal tau aku menyanyi lagu dia sampai tercekik langau maunya dia menangis tak sudah.


Korang paham tak cerita aku ni?


kbye



Dec 9, 2014

HIV Test. Rahsia disebaliknya

Aku nak cerita bende ni masa belum nikoh lagi. tapi nak buat macam mana. busy sangat menguruskan suami eceh. 

So tadi aku terstalk blog sendiri kahkah. jadi aku pon apa lagi baca la entry lama lama sambil perasan. eh kelakar jugak aku ni. so dah stalk so nampak la entry draft yang baru taip sikit pastu tak jadik. 

jadi dengan semangat yang tiba aku nak cerita sikit. Before nikah kan kene amek HIV test di mana mana klinik kerajaan kan. so aku pon berdebar cuak la sebab sakit la kan kalau cucuk . tapi masyallah sikit pon tak rasa sakit. mcm main cubit cubit je degan nurse tu. Cubit lagi sakit haha!

Tapi bukan tu nak cerita. 

Masa dalam perjalanan ke klinik. aku pergi klinik kesihatan ibu dan anak sebab kalau g hosp besar memang ramai dan aku plak malas menunggu. 

So dah sampai klinik tu aku terserempak dengan schoolmate lama. lelaki .dia kebetulan kerja kat klinik tu. 

aku mengharapkan dia tegur dulu sebab aku nak jemput la dia ke majlis perkahwinan aku.

memang dia tegur dulu. Tapi dia tegur cenggini.

weh ezan lama tak nampak. bape bulan dah nak buat check up ke?

dem!

kakaka. kuaja kan aku baru nak buat hiv test baru nak kahwin tapi kawan aku dah tanya aku brapa bulan?

nampak tak perkembangan perut seiring dengan usia? 

lepas tu aku terus buat buat gelak sound dia mana kawen lg la.  padahal hati dah membarra bak bara yang digenggam sehingga jadi abu. 

lepas tu aku pon terus buat buat main hp sambil tunggu nama dipanggil sebab yang duduk kat situ smua kene buatan suami sendiri. aku je kene buatan melantak cmharom kakaka


ok lah aku nak sit up ni

kbye