Pages

Total Pageviews

Apr 21, 2014

Komplikated

Sebenornya persiapan nak kawen ni bukan nye susah sangat . Cuma dia akan jadi susah kalau kite yang susah kan ia.

Contoh dia simple je. Perbezaan lelaki dan perempuan

Macam lelaki kalau nak nikah, Baju melayu sepasang, songkok, samping, kasut eh siap 

Perempuan pulak, mana nak pikir veil lagi, tudung lagi, ada yang nak shawl, ada yang nk bawal , tudung awning keras taknak nnt masa nak cium dahi susah, pastu tu belum nak fikir kasut lagi kaler ape, baju nak ada labuci, lace, pastu mekap, bulu palsu, bulu tak palsu pon kenkadang jadi mangsa kakkaka.


Komplikated betei seorang perempuan kan?


Sebab tu kami ni special.


Ingat nak dapat perempuan ni macam order mee goreng kat kedai mamak ke?

Ane, order perempuan goreng basah kasi telur mata dua biji ok? air sirap ikat penuh.


Amboi?

kahkah

Apr 17, 2014

keluh kesah kak esah

Aku geram betul kene catu catu air ni . Aku ni dah la pesen punctual kalau bab berry ni. Takleh lambat takleh cepat. Timing dia betul betul lepas bangun tidur tu. Sekarang ni dah kene catu aku dah kene catu pulak berry aku. Kadang Kadang tu kepit sampai ke ofis. Habis beliau dan keluarga beliau dikepit kepit. 

Ada satu kali tu dia punye tak tahan tu aku terpaksa pujuk beliau sekeluarga supaya belajar erti bersabar. Aku cakap dengan diorang dari sudut hati nurani paling dalam sekali sambil aku kerut2 dahi. Bende macam ni tak boleh buat main kot. Kalau diorang terlepas bukan di tempat yang sepatutnya, rosak binasa lah hidup aku. Maka inilah keluh kesah aku untuk kali ini. Semoga kalian yang baca memahami dan mengerti perasaan aku. Kbye

Mar 18, 2014

Cara nak pikat hati mak mertua

Dewasa ini, banyak kita lihat ramai gadis gadis gagal memikat hati ibu mertua mereka.



dah kenapa intro nak dewasa ini bagai?

kahkah

ok start balik

Takdelah aku nak cerita cara sangat sebenornya sebab aku pon mana kahwin lagi beriya nak share tips bagai. 

Semalam aku teman future family in law aku pergi beli barang basah. Mak mertua, makcik mertua, pakcik mertua pon ada. 


jadi bila dah pergi teman haruslah menolong pilih sayur, angkat bakul bagai yedak. Nampak mcm bakal menantu pilihan sikit. amboi 


Jadiknye time pilih pilih sayur dekat NSK cheras tu, mak mertua dan makcik pakcik mertua ni dok sembang la pasal sayur situ murah gila plus segar.
sambil depa borak sambil selit la setiap sayur tu sedap masak mende. aku pon apa lagi, menyampuk la depa berbual baru la rasa in sikit dengan team team mak mak ni.

time lalu kat bunga kobis aku cakap

"sedap ni kalau buat tomyam"

time lalu kat terung

"sedap ni kalau bakar cicah dengan tempoyak"

time lalu dekat bunga kantan

"sedap ni kalau buat asam pedas"

begitulah seterusnya

barulah depa rasa cm aku ni terer memasak ye dak. padahal aku bukan terer pon. kakaka. setakat tahu je la, buat nye jarang . 


tapi kalau derang lalu tempat ikan , aku cuma tau ikan yg standard standard je, ikan kembung , keli, bawal, selar, patin dan yg sestandard dengan nya.

ikan yg lain jangan nak tanya. karang semua aku jawab ikan kembung karang. kakaka



aku rasa aku dh boleh in dengan geng geng ibu mertua ku la.