Pages

Total Pageviews

Feb 21, 2014

Kembali mengganas. erk?

kembali mengganas sangat ken. hahaha. hai semua rindu aku tak. dah dua bulan aku tak update entry . punye la busy. mana taknye sekarang aku busy makan. tidur lepas bangun makan lepas tu tidur balik. busy dia hanya tuhan yang tahu. kah!

bydewey aku saje je update ni sebab rindu nak menaip. semalam baru dapat baucer rakyat 1 meleysia. memandangkan aku seorang rakyat yang patuh, maka aku ambik je la dah orang nak bagi. rm300 tu kalau buat makan makan sedak jugak. makan lagi. 


Pasal kerja macam biasa la aku berpura pura busy bila depan bos. semalam dia ajak aku lunch sama sama. aku nak tolak tapi apakan daya aku sebagai insan yang lemah. maka aku pon dengan rela hati pergi teman dia makan. kat mamak je la tapi. nasib baik la sampai je kedai makan , QS aku ada tengah minum kat situ. So, bertiga la kami dan aku sorang perempuan. kalau aku dengan dia je makan aku rasa krik krik krik krik je la jawabnye. Boss aku tanye lepas kahwin nak ikut suami ke Sabah ke. aku jawab tak plan lagi. tak. sebenarnye aku nak jawab, taklah ikut boss. kah!

Pasal Persiapan kahwin pulak. aku pon tak tau la berapa persen sebenornye. aku cam relax relax je lagi ni. Kawan kawan aku yg dah kawin semua warning aku nak sebulan aku kahwin nnt mesti stress tu datang. aku pon bukan reti handle sangat stress stress ni, handle suami tu mungkin reti la. hakhak. bythewey majlis aku inshallah bulan june. nanti dah tetap tarikhnye aku jemput la korang smua. sekarang ni aku tengah berusaha kempiskan perut agar menawan di hari bahagia ceeewaaaahhhh!


tapi makan laju lagi dari bersenam apa cita ni?


Pasal persediaan dari segi mental dan rohani aku tak tau la aku bersedia tak nak jadi isteri orang ni. aku dah la suka melambat lambatkan bangun pagi. cewahh melambat lambatkan. padahal memang lambat. kahkah. kadang kadang subuh gajah. kadang kadang subuh dalam mimpi. Ya Allah teruk betul perangai aku. aku harap lepas kahwin ni suami aku boleh kejut aku sembahyang subuh. kejut sembahyang ye bang. jangan kejut buat tak boleh sembahyang pulak .

eh mengada nya statement aku ni

tampar nak?


 Pasal skill memasak pon aku tak yakin sangat. walaupun aku rasa zaman sekarang ni google je terus reti. maksalahnye kalau makan sendiri rasa sedap je. ni nak bagi orang makan. berdebor jugak kenkadang. nak nak kalau umah mak mertua , tetibe suruh masak. dari reti masak tetibe jadi kalut habak hang.

amboi belum kahwin lagi tapi cerita mak mertua bagai ni apehal? apehal?



Jadi kesimpulan dari rumusan ini, marilah kita sentiasa bersedekah. eh?


tak lah, aku gurau je. tp bersedekah tu amalan mulia.


tak kelakar langsung aku ni. 



So aku harap aku dapat lah keberkatan dari Allah Swt dan permudahkan urusan aku dalam menuju hari bahgia ni. Semoga aku kahwin cepat cepat lepas tu aku nak ambil gambor sambil pegang perut suami aku. ingat enkorang je boleh?


kahkah




17 comments:

  1. salam singgah sini, welcome back :)

    ReplyDelete
  2. Hahahaha. Lama tak tulis pun kelakar tak hilang lagi. Ok la tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku rasa skill kelakar aku makin pudar. amboi dh mcm rossa

      Delete
  3. awal awal dah plan nak pegang perut suami.. ini yang jeles nie.. kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. perut suami buncit je best nak pegang kah

      Delete
  4. Mak mertua awk suka mkn gulai tempoyak ikan patin..jiran mak mertua awk pon..mohon perkemaskan ilmu masakan gulai tempoyak ikan patin awk ye..ngeh3

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha, kene belajar hari2 ni kalau cmni :P

      Delete
  5. Aku tak boleh kawen nak pegang perut suami :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha. Bergantung kepada size la. Kalau kecik buat apa aku nk pegang

      Delete
  6. Assalamualaikum ezan. wahh lama gila menghilang! saya dah review blog kamu, jangan lupa singgah dan baca ekkk ~~~

    ReplyDelete
  7. Kalau isteri nak pegang perut suami, suami boleh pegang apa yg isteri punya?

    Hahahahahahahahahahah

    ReplyDelete

komen itu penyegar jiwa