cerita pasal konfiden ni, baru aku perasan yang aku punya level konfiden agak tinggi masa zaman kanak kanak - zaman sekolah dulu dulu.
aku tak pernah langsung rasa insecure dengan diri sendiri sebab aku punya tahap konfiden ni membuak buak dalam diri.
macam mak , makcik makcik sedara memang selalu bercerita peel kami adik beradik masa kecik kecik dulu. dan part aku punya throwback haruslah menceritakan betapa konfidennya aku baca semua buku even surat khabar pon aku baca surah Al Fatihah. Punya la nak kabor ke orang yang aku ni dah pandai membaca, semua buku pon aku baca alhamdulillahirabbillalamin.
masa zaman tadika dekat Taski Abim Dong, Raub - aku dengan konfiden nya melantik diri sendiri jadik ketua geng geng aku. bayang la masa tu umur baru 5/6 tahun. dah siap ada geng lepastu ajak geng geng jangan kawan geng yg satu lagi. biasanya geng yang aku anti ni geng geng gegadis sikit. manja manja sikit. geng aku biasanya gangster acah acah.
tapi dalam konfiden konfiden pon ada jugak konfiden yang jenis malukan diri sendiri tanpa sedar ni. ada penah satu hari ustazah pesan dekat seisi kelas yang budak perempuan kena pakai kain dalam atau pon seluar di dalam kain sekolah. yelah masa tu budak budak lagi ramai la macam terpinga pinga tak paham kain dalam or seluar tu camne. kebetulan pulak masa tu mak aku memang beli sluor tight bagi aku pakai . dengan berbekalkan tahap konfiden yang tinggi aku pon berdiri then angkat /selak kain tu nak tunjuk contoh seluor tu. kahkahkah. tinggi pulak tu aku angkat
bayangla budak laki pon tengok jugak perangai konfiden aku. peh bangga sekejap sebab aku org pertama yang menyahut seruan ustazah. tapi aku pelik dah kenapa ustazah muka kelat kelat sambil cakap hisssh turunkan balik kain tu? kahkah. bangang betul seorang ezan.
balik dari sekolah aku terpikir pikir kenapa ustazah marah aku. bila dah akil baligh baru lah aku paham. punya la lama nak paham bahaha. ahhhh janji konpiden ok??
bye!
Total Pageviews
Oct 20, 2016
Jul 20, 2016
AKAR KOPI - REVIEW HIPSTER CAFE DI KUANTAN DARUL POWER
Hi semuaaa! Selamat Hari Raya diucapkann pada semua. Tahun ni raya aku balik Kuantan jadi dah round round bandar kuantan dengan husband and kengkawan petang2 tu singgah la pulak layan Akar Kopi cafe yang agak simple but nice di Bandar Kuantan. Hipster la jugak aku rasa bila dah lepak sini haha. Hipster ke? loll.
Btw aku rasa konsep Cafe ni sangat kewll ahh . Menggunakan theme color black and white yang minimalis dan kerusi meja ala ala tong minyak and tong drum? diorang recycle tong minyak kot? power betul. Meh layan gambar yang sempat aku snap.
Cara order makanan pulak macam fast food restaurant , beratur lepastu tunggu demeh prepare then angkat la dengan dulang sendiri. Jangan korang p duduk tunggu waiter datang pulak? Tunggu pon tak lama, cepat staf staf diorang buat kerja. Senyumann pon manissss je. :P
Paling aku sukaa semestinya Akar Kopi dia yang sangat umph ni! pehhh beraromaaaa wokeyh. Harga pon not bad Rm3 jekk
Lepastu dah order Akar Kopi jangan lupa order roti bakar telur didih baru laaa sedondon di hari raya gituuu.
disebabkan aku pergi dah banyak kali dengan Oi and rakan2, maka banyak laa jugak makanan yang kami dah tryy. so far semua tak mengecewakann dan harga berpatutan,
Chicken Pie . Rapuh rangup rangup sedap!
Mushroom pie and Shepherd's pie . Dua dua sedap!
Ni diorang namakan Nasi Lemak O sebab simple je kot? takde telur. aku taktau la terlupa letak atau memang sinonim dengan nama nya yang simple gituh? RM1.50 Sambal ada kat bawah nasik. kena selak nasik baru nampak. jangan risau ok? hahaha.
Roti Bakar Butter + Kaya RM2.50
Ni waktu perniagaan Akar Kopi. Jangan datang hari Isnin demeh cutii.
Menu menu lain
Business Hours : 4pm - 3am close every monday
Location Jalan Besar Kuantan bebetul di antara UOB Bank Kuantan and OCBC bank
Adress : 2-8, Exit Jalan Teluk Sisek 25050 Kuantan Pahang
Phone : 013 953 1526
Kalau korang pergi kuantan ni tempat wajib singgah tauuu!
baru la lulusssss bro!
bye!
May 17, 2016
CIKGU MAT GOLOK
Hellooo Readers!!
Hari ni aku rajin sikit nak menaip. Disebabkan dekat facebook dan twitter penuh dengan ucapan Selamat Hari Guru pada guru memasing, aku nak cerita sedikit kenangan aku dengan cikgu course yang paling garang. ye sangat garang. S A N G A T.
Nampak tak aku dah besarkan perkataan sangat siap space lagi. serious garang ok.
Nak dijadikan cerita aku mendaftar masuk ke sekolah teknik pada tahun 2004 dan disebabkan aku amik course binaan bangunan yang ada subject teori dan amali, maka kami akan ada cikgu kelas bengkel yang akan bersama kami selama 2 tahun. ibarat nya guru kelas kitorang la sebab dia ajar major subject course yang aku ambik tuuu.
Dari orientasi lagi aku dah dengar banyak cerita dari senior2 yang cikgu bengkel semua garang-garang. Masa ni aku tak berapa nak percaya sangat. tapi bila senior dalam course aku sendiri bagitau yang cikgu bengkel paling garang antara cikgu bengkel yang lain ialah cikgu bengkel course aku, terus aku nak terkencing .
Bila mula2 masuk bengkel dan diminta perkenalkan diri masing2 aku rasa memang neraka laaa hidup aku selama 2 tahun. Cikgu Mat Golok (nama samaran kat sekolah) Baju kegemaran dia tshirt hitam dengan seluar hitam , kasut kilat dan berbunyi bila dia jalan, sado, jelingan mata yang sangat gerun, punyai skill dalam membaling dengan tepat ke arah yang dituju, setiap patah perkataan yang keluar dari mulut dia sangat sangat membimbangkan seisi kelas hahahha. Amacam ? real tak aku punya intro.
Cakap ? apa je aku dan rakan sekelas lain tak pernah kena? sepak? ketuk kepala dengan T Square? Baling dengan marker, pemadam papan hitam sampai kepala biol? bersila atas tar yang panas sampai habis kelas? yang paling selalu kena, kena stalait!!! ahhh macam macam lagi, yang perempuan jangan harap dikecualikan . smua kenaaaaaaa!!
Dia punya ganas sampai kitorang hafal bunyi tapak kasut dia, hafal bunyi kereta dia. kalau dengar ja semua ni teruss ready nak kena pelangkong. walaupon ko rasa ko dah buat perfect kerja yang dia suruh, jangan harapp la tak kena. hahahah
Cikgu Mat Golok ni, hitam manis, Muka smart2 tapi garang ya amat!! Dia sayang kitorang tapi dia tak pandai nak tunjuk. Sampai la last year 2005 before SPM , dia buat kelas motivation 3 hari berturut untuk kitorang sekelas dan adik dia sendiri jadi motivator . Adik dia kira educated person la belajar london. so dia suruh adik dia skolahkan kitorang tapi version lemah lembut , bukan garang macam dia HAHAHA>
And last 2 years before aku belum kahwin, aku ada contact dia tanya khabar, and dia still ingat aku siap ajak g ngeteh. GILA KEEE NAK NGETEH DENGAN CIKGU PALING GARANG WOI> hahahaha
Tapi cikgu paling garang la cikgu yang paling ingat dan banyak kenangan manis walupon dulu sangat pahit. Aku tau dia buat semua bersebab dan kitorang sekelas sangat appreciate walaupon dulu ada rasa nak berhenti sekolah hahahaha over
Selamat Hari Guru Cikgu, Stay garang dan sado ok!!
Nah aku selit sikit gambar sebelum kena ketuk dengan TSquare hahaha. Amacam? Kurus tak? hahahaha

Subscribe to:
Posts (Atom)