Pages

Total Pageviews

May 17, 2016

CIKGU MAT GOLOK

Hellooo Readers!!  

Hari ni aku rajin sikit nak menaip. Disebabkan dekat facebook dan twitter penuh dengan ucapan Selamat Hari Guru pada guru memasing, aku nak cerita sedikit kenangan aku dengan cikgu course yang paling garang. ye sangat garang. S A N G A T. 


Nampak tak aku dah besarkan perkataan sangat siap space lagi. serious garang ok. 


Nak dijadikan cerita aku mendaftar masuk ke sekolah teknik pada tahun 2004 dan disebabkan aku amik course binaan bangunan yang ada subject teori dan amali, maka kami akan ada cikgu kelas bengkel yang akan bersama kami selama 2 tahun. ibarat nya guru kelas kitorang la sebab dia ajar major subject course yang aku ambik tuuu. 


Dari orientasi lagi aku dah dengar banyak cerita dari senior2 yang cikgu bengkel semua garang-garang. Masa ni aku tak berapa nak percaya sangat. tapi bila senior dalam course aku sendiri bagitau yang cikgu bengkel paling garang antara cikgu bengkel yang lain ialah cikgu bengkel course aku, terus aku nak terkencing . 


Bila mula2 masuk bengkel dan diminta perkenalkan diri masing2 aku rasa memang neraka laaa hidup aku selama 2 tahun. Cikgu Mat Golok (nama samaran kat sekolah) Baju kegemaran dia tshirt hitam dengan seluar hitam , kasut kilat dan berbunyi bila dia jalan, sado, jelingan mata yang sangat gerun, punyai skill dalam membaling dengan tepat ke arah yang dituju, setiap patah perkataan yang keluar dari mulut dia sangat sangat membimbangkan seisi kelas hahahha. Amacam ? real tak aku punya intro.



Cakap ? apa je aku dan rakan sekelas lain tak pernah kena? sepak? ketuk kepala dengan T Square? Baling dengan marker, pemadam papan hitam sampai kepala biol? bersila atas tar yang panas sampai habis kelas? yang paling selalu kena, kena stalait!!!  ahhh macam macam lagi, yang perempuan jangan harap dikecualikan . smua kenaaaaaaa!!



Dia punya ganas sampai kitorang hafal bunyi tapak kasut dia, hafal bunyi kereta dia. kalau dengar ja semua ni teruss ready nak kena pelangkong. walaupon ko rasa ko dah buat perfect kerja yang dia suruh, jangan harapp la tak kena. hahahah



Cikgu Mat Golok ni, hitam manis, Muka smart2 tapi garang ya amat!! Dia sayang kitorang tapi dia tak pandai nak tunjuk. Sampai la last year 2005 before SPM , dia buat kelas motivation 3 hari berturut untuk kitorang sekelas dan adik dia sendiri jadi motivator . Adik dia kira educated person la belajar london. so dia suruh adik dia skolahkan kitorang tapi version lemah lembut , bukan garang macam dia HAHAHA> 


And last 2 years before aku belum kahwin, aku ada contact dia tanya khabar, and dia still ingat aku siap ajak g ngeteh. GILA KEEE NAK NGETEH DENGAN CIKGU PALING GARANG WOI> hahahaha



Tapi cikgu paling garang la cikgu yang paling ingat dan banyak kenangan manis walupon dulu sangat pahit. Aku tau dia buat semua bersebab dan kitorang sekelas sangat appreciate walaupon dulu ada rasa nak berhenti sekolah hahahaha over


Selamat Hari Guru Cikgu, Stay garang dan sado ok!!


Nah aku selit sikit gambar sebelum kena ketuk dengan TSquare hahaha. Amacam? Kurus tak? hahahaha






12 comments:

  1. betul3... cikgu yg paling garang tu laa yg paling kita akan ingat wlpun kita dah makin tua.. hehe
    garangnya tu laa yg buat kita berusaha belajar sungguh2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann. kalau cikgu yang biasa2 tak terkenang sangat. yg garang tu laaa abadi dalam memori. cewah ahha

      Delete
  2. ahaha...cikgu mat memang garaaaang.. tp xpenah belajar ngan dia. kalau kitorg ni cikgu paling gerun cikgu noa....psycho.same la..seme yg cikgu mat buat tu cikgu noa buat.ketapi gi setiap kelas.tulis perkataan yng silap satu papan hitam.berdiri atas kerusi, xboleh masuk kelas sebab pakai baju polis (mse tu baru hbs latihan kawad kat bali polis lipis) banyaaakkk lagi..cikgu najdah kekadang kena jugak.kitorg kena rampas selipar masuk bonet kete cikgu najdah sebab pakai selipar mase riadah.... urhhhhh sekolah dibenci dlu la sekolah plg rindu plg ingat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah cikgu Noa pon memang selalu dengar orang cerita dia punya garang. dulu kan dia pernah jadi warden asrama . kita tak sempat dengan dia sebab masa kita cikgu rosma dengan safarina dah haha. kalau cikgu najdah memang garang dewa punya level woo. pernah kena backhand dengan dia sekali sebab tak turun perkhemahan belakang sekolah. hahaha terasa2 sampai skrg.

      Delete
  3. Comel gilo gambar kau dolu-dolu. Hahahahha

    ReplyDelete
  4. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  5. saya pelajar kv lipis batch 2000 saya amik course binaan bangunan betul cakap akak tu perghh cikgu mat memang garang sampai skrg ...hari ni dia main2 ngn ular ... perghh belaka takut tgk dia .. kami pun smpai hafal dia punya bunyi kereta,suara dia,banyak la jugak . cara dia mengajar memang garang tapi cepat hafal dalam otak .. saya mula2 pun rasa nak keluar balik dari kv tapi dah lama2 kenal kawan kawan baru rasa macam seronok pulak... cikgu still sado.. 2016 pelajar tahun 1 bb .. still BB belajar sampai Berjaya . #MUHAMMAD AMER SIDDIQ

    ReplyDelete
  6. Saya nih anak murid selalu makan kaki ngan dia hahahahahah. Batch 2000 pon dpt rasa diajar ngn die.

    ReplyDelete
  7. dia merajuk ngan kiteorang sebab dia sakai

    ReplyDelete
  8. its my Pleasure to read your blogs post are very exelent thanks to give good informasion
    regards
    Pooja Roy Delhi
    Escorts In Delhi

    ReplyDelete
  9. its my Pleasure to read your blogs post are very exelent thanks to give good informasion
    regards
    Birthday Return Gifts for Kids
    Birthday Return Gifts for Kids delhi

    ReplyDelete

komen itu penyegar jiwa