Pages

Total Pageviews

Jun 18, 2012

RIP sayang

Aku taktau sebenrnya mcm mana nak mula entry ni walaupun sebenarnya aku dah pun mulakan entry ni. Sentap-sedih-kesal. 

Ecely seminggu lepas aku kenal dia, dia datang rumah aku, kurus, kecik, comot, kotor sangat, badan dia putih, tapi mcm nampak kelabu sebab dia kotor, aku amik, aku mandi kan dia, and untuk-pengetahuan-korang aku punye takut pada kucing tu boleh dikatakan tahap takut nak mampus. tapi dengan dia ni, aku tak tau mana keberanian tu datang.

lepas tu aku belikan dia makanan kucing since aku tengok badan dia memang lansung takde isi, aku nak dia gemuk. aku tengok dia makan, aku pandang dari jauh, sebak gila tengok dia rakus gila makan. aku senyum je, aku takut nak pegang, aku takut. masa mandikan dia pon aku suruh adik aku pegangkan.

semalam, aku dan adik beradik yang lain, nak bagi nama dia, putih, lulu, lili, zainab, tasha, macam macam smpai dia pon mcm suka bila kitorang panggil dia dengan nama nama tu dia ngiau, aku panggil dia dengan nama zainab. lepas tu dia ngiau tanda tak suka. haha. 

bila aku nak pegi keje tadi, aku beranikan diri aku dukung dia, aku peluk, tiba tiba dia macam manja gila dengan aku, dia tenung aku. mata dia cantik. dia dah gemuk sikit sejak seminggu aku jaga dia, aku peluk dia kuat lepas tu aku lepas. kebetulan mak aku masak daging hr ni, dia punye suka pada daging adalah gila gila berbanding ikan, aku bagi dia makan, dia melompat lompat dapat daging tu. 


hari ni, aku balik kerja, adik aku bgtau. kak, kucing dah mati. aku lari cepat2, aku tengok dia mati kat luar rumah. ternganga, aku taktau nak cakap apa, aku nangis kat situ, aku telefon mak aku, kakak aku, bgtau smbil nangis, aku taktau kenapa aku boleh nangis sebab selama ni aku pelik mcm mana org boleh nangis dengan kematian kucing. tapi kali ni aku berada di tempat tu. aku rasa dia mati tercekik daging. daging yg aku bagi. aku rasa bersalah gila sebab aku rasa mcm aku yang jadi punca dia mati. 

dan aku masih belum bagi nama dekat dia. 

aku tau, renungan dia tadi sbnrnya nak bgtau yang dia akan tggalkan aku, bukan utk sehari, tapi untuk selamanya. 

serius aku tengah nangis sekarang. 


RIP sayang. 


Jun 7, 2012

aku nak komen jujur dari engkorang ni




ni hasil lukisan Dani yang power bagi aku.

sekarang ni aku nak tanya, aku dengan Diana Amir seiras ke tak?

dah tak payah nak pikir, siapa yang komen muka aku selain dari  Diana Amir , aku tempeleng.