Pages

Total Pageviews

Feb 28, 2016

Kisah throwback lampau - Rotan

Sebut pasal kena rotan ni, adik beradik aku memang semua berpengalaman kena rotan masa kecik kecik dulu. Well mak aku memang terkenal dengan garang (tapi baik hati) dan jeritan dia boleh kalahkan bunyi guruh i tell you. Jiran jiran kitorang sampai dah masak sangat kalau mak aku start menyinga . Adik beradik aku ramai. 9 orang semua sekali. masing masing dengan peel memasing.  so dari kecik memang rotan, hanger, lidi penyapu tu memang kira dah jadi member kitorang la sebab setia menemani kala derita kah kah kah.

Lain pulak dengan ayah aku. Ayah aku jenis cool sikit. Ko buat salah pun belum tentu kena rotan. Apatah lagi tengking. Tapi, bila dia marah sekali semua kecut perut tak keluar bilik kahkah. 

Tapi dalam banyak banyak adik beradik aku, semua redho dan pasrah je kalau kena rotan. Habis kuat pon menangis dalam hati. Sebab hipotesis menyatakan, semakin kuat ko nangis, semakin kuat kena rotan. So paling2 pon tahan je la sambil mata bergenang. Tapi tak bagi adik aku Izzuddin . Adik no 7 . Dia paling berani . Kalau kena rotan dia akan lari nyorok bawah rumah which is tempat yang mak aku tak boleh masuk. hahaha. Dan macam biasa mak aku akan cakap " ko balik siap ko" 


And dia akan stay situ sampai maghrib, bila dah gelap dia akan menyelinap masuk rumah . Masa tu mak aku dah cool down sikit so kebarangkalian kena rotan lagi adalah tipis. 

Now masing masing dah besar, dah takde dah scene merotan bagai, Lagipon sebab rotan jugak laa aku rasa aku jadi berguna sikit. (berguna sangat!) Tq mak rotan kita! Tapi bila aku duduk saja saja cerita pasal mak rotan kitorang adik beradik masa kecik, mesti mak aku cam tak nak borak pon pasal hal tu. mungkin dia rasa bersalah kot yelahhh siapa tak sayang anak oiiii. 

Btw nanti dah ada anak nak rotan ke tak eh? 
love you mom and dad, thanks for everything :)



ewah ewah dah reti bagi mak menantu takkan kena rotan lagi kan, wakakakaa

Feb 26, 2016

Kuala Lipis

Sebagai pemastautin sementara di Kuala Lipis Pahang, sempat lah jugak aku snap bandar lama kuala lipis. Bangunan2 lama sebelum merdeka lagi i tell you. Bandar Lipis ni kecik je. kalau korang expect nak dapat "kebahagiaan" lepak sini macam lepak mall or bandar2 besar memang tak la kan, but for me just nice since aku suka view bandar2 lama , landasan keretapi lama, antik kottt. and sebenarnya kuala lipis pernah menjadi ibu negeri pahang yang pertama disebabkan kedudukannya yang strategik iaitu tempat pertemuan tiga sungai : Sungai Pahang, Sungai Jelai, Sungai Lipis. Well i google it ofcos hahaha!

So here we go, gambar bandar lama, next time aku snap pulak landasan keretapi and tempat yang aku rasa antik . 





Jan 20, 2016

2015 seorang ezan idma

Hello and assalammualaikum semua! Berakhir sudah 2015 dan aku rasa 2015 sangaaaatttt pantas berlaluuuu sebab many things happened every month kotttttt. so tak sempat langsung nak "feeeell" 2015 dengan feelnya. kahkah poyoo! 

so mari kita ringkaskan apa yang terjadi pada tahun 2015 secara bergambar. cewah. acah retis jap.


January 2015


Starting my 2015 with no azam at all. Sebab? Banyak benda baru aku baru belajar, hal rumahtangga pun masih level amatur, so i just let it go with the flow. no push, taknak pasang apa apa azam lagi sebab taktau lagi apa nak jadi 2015 so kito hadak jah gapo gapo pung nok mari. pulok doh. January jugak jadi bulan yang aku resign kerja di Raub bagi meneruskan hidup berkeluarga di kuala lumpur bersama Mr Nazrol. :) 



hari last kerja, bos belanja makan . thank you bos!

oh ya Happy birthday to my honeybunny on 5thJan. i sayang you  zahir batin :) kahkahkahkah






February 2015


My 1st experience duduk sama di rumah sendiri (sewa la tapi) . Gaduh-gaduh kecil perkara biasa - tak buang habuk rokok misalnya pfffttt. tak jemur towel pfttt lagi. dia pasang alarm kuat2 tapi kita yang kena tutup. pfffffft lagi dan lagi . but semua tu manis kan kalau ingat balik? cewah, hal kecik pun nak gaduh enko ni ezang. 






and my first trip to Thailand (Koh Lipe) on Feb with The Monicas . Sangat best even macam2 benda jadi last minute. dengan bilik takdak sebab book lambat sbb terlupa masa tu peak season dengan tunggu almost 2 hours but ferry still tak sampai2 siap ada yg gaduh pakcik makcik yang bawak anak sebab terlampau ramai +macam macam bau + tak bernapas sebab sangat ramai manusia di jeti pfffftttt. but selagi dengan Monicas, trip tak berapa nak follow the flow pon jadi best dengan kepala gila masing masing i tell you,




the monicas

cantiknyaaa




Feb 2015 juga mencatat hari bersejarah untuk our Bff - Ali Rasha dan Athirah Omar. Selamat dinikahkan pada tanggal 28Feb2015. Majlis akad nikah penuh syahdu, sederhana dan sangat meriah :) Congratulations to both of you!




March 2015


Bulan Feb and March aku habiskan masa dua bulan jadi suri rumah dan berbusiness part time secara online. Ikut Oi ke Yong Peng selama 2 minggu sebab saja nak ikut walaupun tahu kat sana bosan ya amat dengan tv pun takde , asik layan running man kat laptop lepas tu aku gelak buat buat sebab i-tak-minat-korea-sorry. 



April 2015


Disebabkan bosan melampau tah cemana tah aku terbuat kerja gila mintak balik kerja dekat office lama yang sangat stress tu? masa tu plak boss lama dok tanya tanya aku so aku terkerja balik tempat lama konon2 boleh handle lah stress kerja situ? kononnnyeee. 



Mei 2015


Mr Nazrol buat kejutan - mintak balik kerja di sabah dan seterussssnyaaa meninggalkan dakuuuu kesa-orang-an . k nangis jap. 


Mei jugak sangat bermakna sebab my bestfriend dunia akhirat selamat diijabkabulkan pada 30 Mei 2015. Farra Roslan dan Ariff Arshad. Happy sangat bila tok kadi cakap sah :) oh ya i jadi pengapit u know. ;P Apa ingat perut berlipat tak layak jadik pengapit? hah? hah?






June 2015


Our First Wedding Anniversary on 7th june 2015 :) oh ya my birthday oso. genap 22 tahun :') 27 tahun i mean. wakakaka. Mr Nazrol bawak i pergi short trip ke Bukit Tinggi bentong bersama newly wed Farra and Ariff and also pengikut setia yg anoyying my brother in law - yeng. kesian yeng kena tidur atas sofa :P








July 2015


errr apa jadi bulan ni eh?  nothing much sebab dah start berjauhan. everyday aku habiskan masa dengan kerja yang super stress- masa ni dah berangan nak resign balik hmmm. bulan stress i think sampai tak ingat paper pun. 


Btw ada something good to remmber, 2nd eid as a Husband and Wife :)



oh lupa aku pernah buat open house utk ofismate kat kl. sorry boss i sengaja tak jemput you :P


August 2015


well hello august, bulan wedding again and again. my bff yang last sekali kahwin for this year. Sha n Didie! Dua orang ni memang kawan lama tapi tak brcinta pun, last2 kahwin . Jodoh rahsia Allah kan? Congrats babe . Makan kenduri paling sedap i raserr. And oso kek kahwin red velvet yang super sedap. aku,farra dengan ony macam org giler tak malu pi mintak cake bebanyak wakkaa. overrrr :p






and august jugak bulan yg i treat myself something yang memang i dah lama dream on babeee!. Iphone6 come to mama please. hahahaha. Thanks Allah :)




September 2015


Kakak Ai kahwin! sekaligus dapat abang ipar pak polisi wakkaa. Korang kira sekarang tahun ni je berapa wedding i kena pura2 sibuk?? hahahaha penat toksah cite. wuhuhu tp Alhamdulillah everything goes well :)



Oktober 2015


Hi! again aku jadi penganggur balik wakkakaka. goodbye bala. u taught me a lot. and the best thing that i learned from you is HOW TO HANDLE STRESS! thanks!! kakakaka



November 2015


Bulan 10 dengan 11 memang heaven sebab aku berjaya habiskan how i met your mother 9 seasons non stop. kakaka. penganggur kateeekannn. Selain tu jalan sambil makan, food hunting area kl, bagi meraikan terlepasnya dari kehidupan yang sangat stress huhuw. 


food hunting - rasta ttdi - makan patin tempoyak sorgaaa

purple pasta at oasis!


December 2015


Benda yang paling aku susah nak buat tapi aku kena lepaskan jugak for good, rumah sewa aku duduk skrg aku let go jugak kat org lain sebab aku nak balik pahang . Kenapa aku balik pahang? Nanti aku cerita 2016 punya story. Good bye KL. Hello Pahang :)




Simple je kan 2015 aku? nothing much, sebab tu aku tak tau nak pasang azam apa sebab memang tak terfikir langsung this year apa yang aku kena achieve. everything agak kelam kabut but aku dapat jugak kemanisan nye yedak. cewahhhh sangat. 


actually banyak lagi aku nak cerita. kalau ada apa apa yang aku lupa tu anggapla aku simpan di dalam memori ku ini!! hahahaa. kalau aku cerita semua setahun baru habis guys. 


Well Hello 2016. aku rasa macam ada azam tahun ni. nanti lah aku cerita kayy, goodnight :P