Pages

Total Pageviews

Feb 28, 2016

Kisah throwback lampau - Rotan

Sebut pasal kena rotan ni, adik beradik aku memang semua berpengalaman kena rotan masa kecik kecik dulu. Well mak aku memang terkenal dengan garang (tapi baik hati) dan jeritan dia boleh kalahkan bunyi guruh i tell you. Jiran jiran kitorang sampai dah masak sangat kalau mak aku start menyinga . Adik beradik aku ramai. 9 orang semua sekali. masing masing dengan peel memasing.  so dari kecik memang rotan, hanger, lidi penyapu tu memang kira dah jadi member kitorang la sebab setia menemani kala derita kah kah kah.

Lain pulak dengan ayah aku. Ayah aku jenis cool sikit. Ko buat salah pun belum tentu kena rotan. Apatah lagi tengking. Tapi, bila dia marah sekali semua kecut perut tak keluar bilik kahkah. 

Tapi dalam banyak banyak adik beradik aku, semua redho dan pasrah je kalau kena rotan. Habis kuat pon menangis dalam hati. Sebab hipotesis menyatakan, semakin kuat ko nangis, semakin kuat kena rotan. So paling2 pon tahan je la sambil mata bergenang. Tapi tak bagi adik aku Izzuddin . Adik no 7 . Dia paling berani . Kalau kena rotan dia akan lari nyorok bawah rumah which is tempat yang mak aku tak boleh masuk. hahaha. Dan macam biasa mak aku akan cakap " ko balik siap ko" 


And dia akan stay situ sampai maghrib, bila dah gelap dia akan menyelinap masuk rumah . Masa tu mak aku dah cool down sikit so kebarangkalian kena rotan lagi adalah tipis. 

Now masing masing dah besar, dah takde dah scene merotan bagai, Lagipon sebab rotan jugak laa aku rasa aku jadi berguna sikit. (berguna sangat!) Tq mak rotan kita! Tapi bila aku duduk saja saja cerita pasal mak rotan kitorang adik beradik masa kecik, mesti mak aku cam tak nak borak pon pasal hal tu. mungkin dia rasa bersalah kot yelahhh siapa tak sayang anak oiiii. 

Btw nanti dah ada anak nak rotan ke tak eh? 
love you mom and dad, thanks for everything :)



ewah ewah dah reti bagi mak menantu takkan kena rotan lagi kan, wakakakaa

4 comments:

  1. hahaha.. caption bawah tu WIN sgt ! apapun kita kena rotan jugak. sampai skrg rotan tu simpan lg buat kenangan. Sampai bercalar badan.

    ReplyDelete
  2. kite kecik kene tali pinggang.. hamek..

    insap kejap.. haha

    ReplyDelete
  3. hehehe..teringat waktu kene rotan..
    Salam Jumaat ! ;)

    www.azlindaalin.com

    ReplyDelete
  4. membuatkan mun teringat masa kecik2 dulu..kena rotan dgn ayah..biasa kena rotan klu dapat report card je.. tang subjek yg gagal je kena..hukhuk...

    ReplyDelete

komen itu penyegar jiwa