semua sedang menunggu
Sistem kat KLIA2 ni dah power la sikit dari lcct dulu, Ada bridge terus masuk perut kapal terbang , Tak payah nak menapak jauh jauh dh.
Sampai akhirnya! kl-kk 2 jam setengah. Dekat pukul 10 jugak sampai niii sebab delayed almost setengah jam. Sampai2 je terus snap pic flight yang aku naik *nampak agak jakundisituh* Dan paling best tersnap sexy back mr pilot kkakaa. sexy kewww? ups tapi yeke pilot? kakaka lantakk!
KK airport
Sampai-sampai je Oi bawak aku pi dinner. perut dah lapar sebab masa kat Klia2 just beli roti dengan air vico since dekat dalam boarding tu memang ada kedai so tak payah nak menapak keluar bagai yedokk.
So first kitorang pergi makan dekat Pasar Philipine , dekat sini mostly korang akan jumpa makanan laut macam bakar2 tuh. So memang favaorite aku jugak laa. Tapi harga jangan expect murah ye , dah nama pun sea food yedakk. Kat sini jugak aku tengok banyak jugak jual barang2 tradisional sabah dan makanan tradisional sabah untuk dibawa pulang . Tapi aku focus nak makan je, so tak berapa nak into sangat tengok souvenirs bagai ni wakaka. tak mak mak langsung. :P
Aku order ikan siakap bakar, Oi yang order udang harimau besar lengan ni dengan sotong 6 ketul ni. Sedap ke tak? Sedap nak mampuis weyhhhhh. aku rasa dia memang dah marinate lama before bakar sebab dia punya rasa tu sampai ke isi dalam pehh. dengan pencicah pelbagai jenis lepas tu makan dengan nasik panas2. kembung perut weyh. hahaha tapi terbaik. aku tak ingat pun kedai no berapa, aku belasah je nasib baik sedap. Harga? Udang tu sekor dah RM38, Nasi dua , sotong 6 ketul, Ikan siakap small size, air coke and soya total RM92. Ok ke idok?
Lepas makan just jalan2 dekat Gaya Street (macam uptown) di mana kat sini korang boleh la shopping mutiara sabah and macam2 lagi laaa . Then pusing2 KK tengok suasana malam, tapi nothing special pun, tapi yang best nya angin pantai tu buat feel mood vacation sangat. Mana tak nye dia punya laut tepi jalan raya je woih. agak kalau boring2 jalan jem, boleh feeling lepak beach wakkaa. korang hado?
First night aku dah siap booked hotel awal2 tak lain tak bukan Tune Hotel. Aku pon taktau kenapa aku pilih tune sedangkan aku tak berapa nak recommended pon kat orang sebab pernah stay bfore this kat penang masa animun. Sempit+tak berapa nak bersih. Tapi disebabkan harga dia yg murah kot, menjadikkan aku terrrboooking lagi sekali kat KK ni. cuma RM73 include towel, toiletries and aircond (no window)
So far kalau setakat korang nak tidur kejap aku rasa ok jek. tapi kalau korang jenis fussy bende2 remeh aku rasa better cari hotel lain even ko bayar 98 pon tapi hotel tiptop kot. Hotel? Trivago! kakaka tiberrr.
So! esok nya sesi carik breakfast di Bandar Kota Kinabalu. Disebabkan aku pergi ni time Public Holiday, Chinese New Year, So agak lengang la since banyak kedai tutup. Tapi aku jumpa kedai Dah Hin Kartini ni so aku redah je la, sedap tak sedap belakang kiraa.
Senang mudah dan cepat kitorang just order nasi kuning ayam. Nasik ni aku rasa memang tradisional makanan sabah kot. Rasa dia mcm korang makan nasik ayam dengan ayam masak sambal merah. Sedap! Ada ikan jugak. Rm3 je sebungkus. ok la kann.
Lepas makan kitorang menapak amik gambar dekat dekat situ jeee. enkorang jangan tanya kenapa aku "kurus"
Tetiber terjumpa bangunan tak siap tapi penuh dengan art. so hape lagi, acah acah hispter la kejap
dan ni lorong lorong belakang sesuai sangat kan wall enko nak buat gambaq nampak hipsturrrrr sangattt, wakakaka
Hokey nanti aku sambung part 2. mengantuk sangat dah ni. esok kerja. btw sory trip kali ni aku tak pi pulau bagai2 tu, sebab masa singkat kat kk petang tu dah nak gerak kundasang ranau. so just buat aktiviti kering jekk. basah2 tadak. kakkaa
NAK BACA PART 2? KLIK LINK BAWAH NI TAU
|
keren banget lah, aku juga pingin naik pesawat, lihat isinya pesawat aja belum pernah.. hiks hiks
ReplyDeleteHai hehehe. ALamak tgh sonok baca, ada sambungan hihih.
ReplyDeleteTak sabo nk tggu smbungan ni hehehe
Kereta Sewa Afra Kota Kinabalu
DeleteKereta Sewa Serendah RM70/day *terma dan syarat
Whatsapp : 0128031380 untuk tempahan
Whatsapp : 0128031380 untuk tempahan
ReplyDeleteAssalamualaikum...
Kami menyediakan perkhidmatan sewa kereta dan homestay di Kota Kinabalu pada harga paling murah
1. Viva RM90
2. Myvi RM120
3 Saga RM120
4. Alza RM140
5. Exora RM150
6. Avanza RM170
7. Vios RM180
8. Urvan RM230
Homestay RM100.00 semalam
Hubungi sy Raziman utk pertanyaan lanjut 0129600702
0129600702 (Whatsapp)
Maaf tumpang iklan sekejap
ReplyDeleteKami Aj travel & services sdn.bhd menyediakan pelbagai pakej tour KK serendah RM 220 perpax untk 3D2N.untk maklumat lnjut boleh hubungi kami di 0129359772@0193959772 dan FB kami ajtravelservices..yg pasti lagi ramai lg murah..jom bercuti dgn kami di Aj Travel
https://chat.whatsapp.com/387y16twAxM8JkZcLf65AP
ReplyDelete