Pages

Total Pageviews

Apr 22, 2016

TRIP TO KK- PENGALAMAN KE KOTA KINABALU PART 2


Nak baca Part 1 ? Click link bawah ni tau!



Hi semua sorryyyyy part 2 lambat sikit update sebab mood pergi bercuti ke mana tah tak datang datang ahaha.  Ok part 2 ke Kota Kinabalu. Lepas je aktiviti bergambar dekat bangunan2 berdekatan Gaya Street tu, kitorang pon terus pergi Muzium Sabah. Aku memang suka melawat muzium ni sebab aku suka sejarah. Aku sangat suka baca sejarah2 sesuatu tempat kalau aku p melawat tempat tersebut. Kalau orang tengok2 gambar je kan, aku siap baca deskripsi siap tenung pastu siap imagine cemana orang dulu2 punya style. 


Ada satu gambar tu dia cerita pasal cara cara satu kaum ni memuja apa tah, kemain aku dok bayang demeh puja siap imagine baju apa demeh pakai kakaka. punya la beriyer . So melawat Muzium Sabah adalah satu kewajipan . Harga ticket yang sangat berbaloi baloi cuma RM2 untuk korang tahu sejarah Negeri Sabah dan kaum kaum yang terdapat di dalam negeri di bawah bayu ni. Fee untuk kanak kanak pulak FREE je!









Sebelum masuk, kita snap pic dulu dekat luar, memandangkan dekat dalam tak boleh langsung bergambar. Yela kata Muzium kann. So korang kalau nak tau apa yang ada dalam Muzium Sabah ni memang kena datang tau!






Banyak info info yang aku dapat bila melawat Muzium Sabah ni. Misalnya, bagaimana dan bila Sabah, Sarawak, Singapura join Malaysia. Siap ada surat khabar pada tahun Borneo merdeka. Ada ukiran kayu muka Tunku Abdul Rahman , PM first kita dan ukiran2 muka mereka yang banyak berjasa dalam membangunkan Sabah. Selain dari tu, banyak menceritakan tentang gaya gaya etnik dan budaya kaum2 di Sabah. Barang Purba yang bersejarah dan macam macam lagiii laa. Masuk2 je Muzium ni korang akan nampak tulang ikan paus yang besar gilaaa. Nak tau lagi info korang pi website bawah ni



Selesai melawat dalam muzium, kitorang pon menapak keluar ada satu tangga kecik turun kat situ ada banyak gila rumah rumah contoh kaum kaum di Sabah. haa bawah ni boleh snap pic bebanyakk. 






Selepas habis meronda ronda di sekeliling Muzium Sabah ni, aku dengan Oi singgah Masjid Terapung atau lebih dikenali sebagai Masjid Bandaraya Kota Kinabalu. Subhanallah cantik sangat guyss ;')




Perut dah lapar, dan restoran yang menjadi pilihan aku dengan Oi ialah Restoran Kak Nong. Sedap! Aku rasa Restoran Kak Nong ni agak famous kot sebab memang ramai gila orang lunch kat sini. Menu dia plak banyak choice. No wonder laaa ramai kan..  




Nah aku snap gambar menu and harga dia. Ok la tak la mahal melampau bagi aku. Tempat tourist kekdahnyeee.





Mula mula aku nak order Mee Ayam Pangsit ni, nampak macam sedap. Tapi disebabkan tak pernah rasa and tengah lapar plus takut spoil lak kalau tak sedap kann. Maka aku order nasi ayam penyet jek hahaha. Pi sabah jauh2 nasik ayam penyet gak ko cari ezan oiii, 



Oi plak order Nasi Ayam Buttermilk. Sedap gakk.  Semua semua ni dalam RM40 somethingg la jugak. So far ok la sebab makanan sedap. So kalau orang tanya tempat makan sedap di Kota Kinabalu sabah, Restoran Kak Nong salah satu cadangan aku. Cewah





Nak citer pasal Dessert ni, aku biasa la over kan amik banyak2 lepastu tak makan hat tiga ketul warna warni dalm bekas tu. Yang layer cake tu rasa coffee sedapp! Yang sebelah tu apam kaya , biasa biasa jek boleh telan la. Yang tiga ketul tu serupa kuih kociii tapi dia punya inti kacang tumbuk tp tawar jek. so tak berapa kena dengan tekak. ingat kan rasa manis2 kakaka. dah la mahal lepastu tak mkan. perangai koooo. hahhaa 
Tapi mana tau lepas ni tersuka plak yedak? eh kejap tak gemor kejap tersuka. pasal makan boleh aje nak tersuka tetiber je hahaha. 


Okay tu je nak cerita pasal Kota Kinabalu, Next entry aku cerita road to Kundasang Ranau and Sandakan plak kkk. Thanks korang sudi baca!














1 comment:

komen itu penyegar jiwa