Pages

Total Pageviews

Jul 31, 2011

sayang, nikmatnya,

sayang, sayang tau tak.
bila sayang datang,
saya rasa indah sangat,
bila sayang singgah,
saya rasa nikmat sangat.


bila sayang datang,
saya rasa selamat dari gangguan,
bila sayang datang,
saya rasa lebih dekat kepada tuhan.


tapi kan sayang
betapa dosanya saya , 
kalau mensia-siakan kedatangan sayang,
mengambil sikap sambil lewa menyambut kedatangan sayang.
dan hanya biarkan sayang berlalu tanpa mengambil keberkatan daripada sayang.


dan.
semoga tahun ini, saya akan menggunakan sebaik-baik peluang kedatangan sayang. sayang tunggu saya sayang, saya nak rasa nikmat itu lagi.






Sayang : Ramadhan.












Salam Ramadhan buat semua Pembaca. 


*saya cuba untuk puasa penuh . tapi kalau tak penuh, redha je lah kan kan kan. sebab saya perempuan. Percayalah.

Jul 30, 2011

ini memang tidak masuk akal


malam itu. aku ke kedai mamak untuk menonton bola. peminat bola sepak bermusim katakan :) 

hanya berkemeja dan berseluar jean bersama farra dan rakan lain. ketika itu, kedai dipenuhi peminat bola. peminat bola ini bukan lah semuanya setia, ada yang datang cuma nak makan. ada yang datang kerana setia pada malaysia, ada yang datang kerana boyfriend diorang minat bola. alolololo, ape yang awak minat sy minat juga. tp awk janji awk kene teman saya shopping. so sueeetttt. -_-

aku berjalan dengan bersopan santun, disebabkan kebanyakan jejaka di kedai itu lebih menumpukan aku, dr bola. kahkahkah. 

tempat duduk kelihatan penuh. hampa sedikit. ambil tempat dihujung bahagian luar, tiba2 pelayan menawarkan tempat di dalam yang lebih selesa. oh baik hati pelayan. sambil duduk, sambil mata tertumpu ke arah screen tv. 

Pelayan : minum apa?
Farra :   Cincau
pelayan : minum? (sambil mengacukan pen nya terhadap aku)

mata aku tidak lari lagi dari screen (peminat bermusim katakan)

pelayan : minum? (persoalan lagi sekali diajukan)
aku : zaquan adha satu. eh, sorry. tea o ais hihihi

pelayan berlalu dengan ketawa. tak lupa juga farra, yang join ketawa. 

Note : ini memang tidak masuk akal, zaquan adha bukan sejenis minuman.




Jul 27, 2011

jangan salahkan wanita kerana dibenarkan makan di bulan puasa

aku pernah menolak cinta. kerana bagi aku hati tak boleh dipaksa. perasaan tak boleh di tipu, apatah lagi di bawa bermain petang2. itu mustahil. kerana perasaan itu bukan bola. yang boleh disepak, yang boleh di baling. 

tidak. perasaan itu bukan macam tu

kalau nak samakan perasaan dengan bege ayam pon tidak logik juga, kerana bege ayam itu sedap di makan. nak2 kalau tengah bulan puasa . tiba2 bendera jepun datang singgah. jangan salahkan wanita kerana dibenarkan makan di bulan puasa, kerana tanpa bendera jepun itu, wanita di gelar tidak subur. jejaka tidak berpeluang jadi bapa. dan bege ayam tadi. makan pulak depan jejaka. sambil buka mulut luas dan buat muka ghairah. sambil goyang2 badan. 

makan bege ayam sambil goyang badan dapat mengurangkan kadar kolestrol. tahu? 

haha. 

cinta tidak boleh dipaksa. kerana aku pernah menolak cinta seorang rakan. aku dijadikan bahan ejekan. bahan tawa. tidak apa, aku tidak mengambil kira. kerana aku anggap itu gurauan semata. pernah aku bagi harapan. tapi aku biarkan dia menunggu dengan penuh harapan. dan, harapan itu aku pandang sepi. sehingga dia membenci. aku tahu ini salah aku. kerana aku sudah beritahu. cinta dan perasaan bukan utk dipaksa.

dan sekarang, hati aku mula suka. mula tertarik ats budi baik dia. tapi jawapan yang aku dapat.

'maaf, saya bukan mcm dlu, sy dah takde hati dekat awak. awak cari orang lain'





Faham tak perasaan cinta ditolak itu bagaimana? macam makan bege ayam sambil goyang2

ini sangat memeritkan. maaf atas apa yg dilakukan dahulu.